Pencinta Novel

June 5, 2024

Tuan Muda Tuah Dzulkarnain - Farisha Imani

 


Tajuk: Tuan Muda Tuah Dzulkarnain
Penulis: Farisha Imani
Penerbit: Aksara Jiwa Publishing
Bil ms: 484
ISBN: 9789671622582

Sinopsis belakang buku:

Rumit perasaan yang menyapa. Dia jatuh cinta pandang pertama pada seorang gadis yang muncul dalam mimpinya. Entah siapa tidaklah Tuah tahu. Yang pasti hatinya terusik dengan kehadiran si dia.

"Tuah teringin nak kenali dia lebih dekat. Dia wujudkan, bonda?" -
TUAH
Pada saat Tuah hampir putus asa, satu kebenaran terbongkar, Ternyata gadis impiannya benar-benar wujud bahkan selama ini mereka begitu hampir sekali.

"Awak... Cik Dayang Zulaikha ke?"
"Ya, saya Dayang. Erm, tadi Encik Ajim cakap tuan nak jumpa saya."
"Mulai dari hari ni awake tak perlu lagi kerja di bahagian pembungkusan."
"Maksud tuan... saya... saya dipecat?"

Hubungan mereka terbina atas dasar majikan dan pekerja. Sehabis baik Dayang cuba membina batas antara dia dan tuan mudanya. Namun, apabila acap kali Tuah melanggarnya, hati Dayang menjadi keliru. Masihkah kukuh tembok yang dibina it setelah Tuah berkali-kali cuba merobohkannya?. 
"Saya tak merepek, Dayang. Saya betul-betul sukakan awak." - TUAH
"Saya anggap pengakuan tuan ni tak pernah wujud." - DAYANG 
Kedegilan Dayang hampir meranapkan semangat Tuah. Dia terus berusaha memujuk sehinggalah pada satu saat ada Rashida besar dibongkar oleh Dayang sendiri. Tuah terpanar pada kenyataan yang Dayang luahkan. Bahkan yang membuatnya berasa seperti dipermainkan  takdir apabila ternyata ada kisah yang pernah terkait antara mereka dulu.

"D! Aku dah ingat dekat mana aku pernah jumpa Tuah!" - LILI

Apakah yang sebenarnya pernah dilalui oleh Tuah dan Dayang? Sejauh manakah hubungan lama itu berkait? Mungkinkah andai simpulan itu dibuka salah seorang daripada mereka bakal terluka dan disakiti? 

Resensiku:

Kisah seorang wanita yang cekal melalui dugaaan hidup, dia mempunyai masa silam yang kelam dan berjaya keluar dengan bantuan seorang wanita tua. Wanita tua yang dianggap seorang ibu. Dayang tidak menyangka langsung nasibnya akan berubah, tetapi wanita tua tersebut menyelamatkannya dan memulakan hidup baru.

Bermulalah kisah antara Tuan Tuah, disebalik ketegasan seorang lelaki yang mengetuai syarikat, namun dia telah melalui ujian yang hampir meragut nyawanya.

Kisah ini mempunyai pelbagai tauladan dari sudut sosial kemasyarakatan dan tanggapan masyarakat terhadap kisah silam mangsa penyalahgunaan pekerja sosial.

Rating saya: 4/5 bintang - kisah yang agak santai tapi berat juga bila memikirkannya dengan mendalam. 

Disyorkan baca!  

 

 

 

 

 





May 22, 2024

Ada cinta untukmu Fitiya Tihani by Farisha Amani

 


 


Tajuk: Ada Cinta Untukmu Fitiya Tihani
Penulis: Farisha Imani
Tahun: September 2021
Aksara Jiwa Publishing

Sinopsis belakang buku:

Dia ibarat penyelamat. tiba-tiba Fitiya Tihani muncul dan menjadikan beban yang Uzair Azhad tanggung terasa ringan dan berkurang.

Hubungan terjalin semakin erat di antara kedua-duanya. Namun saat Fitiya tersedar Uzair tetap menganggapnya seperti orang luar, ada peramg dingin yang meletus.

"Bagi saya masa enam bulan. Lepas tu saya sendiri yang akan berpisah dengan anak awak. Itu yang awak nak kan?" FITIYA

Rajuk Fitiya buat Uzair menggelabah. Sibuk dia mencari jalan untuk memujuk si gadis.

"Bila awak ada saya rasa bahagia.  Bila awak tak ada saya rasa kehilangan. Bukan cinta ke tu, Tiya?" - UZAIR

Kerana 'rasa' itu, ada ikatan suci yang terjalin. Seikhlas hati Fitiya menerima Uzair dalam hidupnya. Namun dalam asyik menyulam kasih, Fitiya tersentak saat mengetahui bahawa Uzair Azhad...

"Jangan sentuh saya. Biarkan air mata ni terus jatuh. Sekurang-kurangnya ia akan menyedarkan saya betapa saya ni... saya ni terlalu bodoh sebab percayakan awak!" ~ FITIYA

"Awak cukup bermakna dalam hidup saya, Tiya. Percayalah, sayang..." ~ UZAIR

"Baguslah awak boleh uruskan Raihanah macam ni, Nanti kalau kita dah berpisah... senang." ~ FITIYA

Sebesar itukah kebencian Fitiya terhadao Uzair? Apa yang telah lelaki itu lakukan? Adakah benar perpisahan yang akan dipilih oleh Fitiya Tihani?

Resensiku:

Kisah mengenai serorang wanita bernama Fitiya Tihani yang mengalami kemurungan akibat ditimpa musibah kematian anak yang baru sebulan dilahirkan akibat komplikasi jantung dan saat itu juga dia diceraikan demi perempuan lain (dicurangi).

Di hospital rawatan susulan, dia terserempak dengan seorang wanita seusia ibunya yang dikenali sejak kecil (jiran), ketika itu wanita tersebut sedang menemani anak lelakinya yang sedang menguruskan isterinya yang meninggal dunia akibat komplikasi pendarahan ketika bersalin.

Maka bermulalah episod tarik menarik emosi pembaca semuanya disebabkan oleh masalah komunikasi antara dua pihak.

Kesimpulannya, cerita menarik, dan boleh baca sampai habis sebab nak tahu apa perkembangan selanjutnya. Tiada berlaku sebarang pergaduhan yang menyakitkan hati (atau dramatik sangat), namun pembaca patut ambil iktibar atas pembacaan. Contohnya: kesedaran tentang tanggungjawab dan peranan sebagai ibu susuan, perlunya berterus-terang dalam setiap hal. Jangan anggap orang boleh baca fikiran kita. Kita yang perlu jelaskan apa perasaan kita terhadap orang tersebut.

Rating saya: 4/5 bintang, sebab 1 bintang tu save untuk plot dramatik.


 


May 19, 2024

Seadanya Dia Nurul Adawiyah Uyu by Farisha Imani

 


Tajuk : Seandainya Dia
Pengarang: Farisha Imani
Penerbit:Siti Zubaidah Ibrahim
ISBN:978-967-16225-2-0

SINOPSIS

Dia jatuh cinta pada insan yang tidak sempurna.Kerana si dia terlalu 'istimewa', cinta Ahmad Tarmizi dipandang rendah oleh semua.Adik -adiknya menghalang keras cinta Mizi dan Uyu bersatu.

Orang kampung pula melempar cerca kepadanya kerana dia terlalu bodoh mencari teman hidup yang tidak sempurna akalnya.Paling membuatkan jiwa Mizi patah riuk apabila dirinya turut di fitnah.

Nurul Adawiyah gadis istimewa terencat akal tahap sederhana . Walaupun dunianya tidak normal seperti yang lain , tetapi dijalani hidup dengan cukup bahagia dan gembira.Sebelum dirinya disunting oleh Mizi,sememangnya hidup Uyu bahagia- bahagia saja walaupun berada dalam kekurangan.

Namun setelah dirinya dimiliki,Uyu berada dalam sebuah dunia yang penuh kesakitan.
Dirinya difitnah.
Dirinya dibenci.
Dirinya hampir dinodai.
Dan dirinya juga bakal disiarkan oleh lelaki yang dia paling sayangi.

Jika benar Itu itu diibarat nyawanya, bagaimana mungkin Mizi sanggup memalingkan cintanya untuk yang lain? Siapakah yang telah muncul diantara mereka berdua.

Resensi ku:

Santai. Menginsafkan. 

Ini merupakan kali pertama saya jumpa novel yang berkisahkan seorang perempuan atau wanita yang OKU kurang akalnya berkahwin dengan lelaki normal. Sekali sekala terfikir juga bagaimana pernikahan mereka, adakah wajar atau tidak wajar sebab perempuan yang memerlukan penjagaan tetapi penjaganya tiada (sudah meninggal), ada seorang lelaki yang sanggup menjaganya dan mungkin sebab kasihan atau kasih... an... ? 

Disebabkan isu itu, maka saya meng google lah apa hukum menikahi wanita yang tidak berapa waras.
maka berjumpalah saya:

Berkata Syeikh Khatib Syarbini :

"حيث رأى الولي المصلحة في تزويج المجنون، ينبغي جوازه لحصول المصلحة بذلك له"

“Sekira-kira melihat olih wali akan maslahat pada menikahkan orang yang gila maka sayugia harusnya supaya hasil maslahat dengan yang demikian itu kepada dirinya.” (Kitab Mughni Muhtaj jilid 4 m.s. 280)

Maka atas ini harus hukumnya mengahwinkan orang yang gila dengan izin qadhi apabila sabitlah dengan penetapan pakar perubatan bahawa pada mengahwinkannya itu ada kebaikkan baginya

Rating saya: **** 4/5*

May 18, 2024

Bitter Honey by Seri Maya

 


Tajuk : Bitter Honey
Penulis: Seri Maya
Terbitan: Alaf21
Tahun Terbit : 2024 (cetakan ke 2)
Bil mukasurat: 409
Paperback
Rm29

Sinopsis belakang buku:


Nurul Hannah seorang wanita yang bijak dan kerjaya menjadi keutamaannya. Dari SPM sehingga menjadi mahasiswi Ijazah Kedoktoran, satu demi satu kejayaan diraih. Namun keluarganya menerima lamaran daripada Aidil sedangkan perkahwinan dilihat sebagai ancaman kepada cita-citanya.

Aidil nekad untuk memperisterikan Hannah. Dia yakin Hannah ialah wanita yang dijadikan ALLAH daripada tulang rusuk kirinya. Jika tidak, mana mungkin perasaan cintanya terhadap wanita itu tidak pernah pudar.

Ternyata kesabaran dan ketulusan cinta Aidil berjaya mengubah Hannah. Cinta Hannah menjadi milik Aidil sepenuhnya. Biarpun begitu Aidil tidak pernah membiarkan Hannah melepaskan cita-citanya. Mereka berjaya dalam dunia profesional dan membina syurga cinta dalam perkahwinan.

Ketika segalanya kelihatan sempurna, takdir mencipta naratif berbeza. Hadir orang ketiga dalam hubungan mereka. Demi kebahagiaan anak-anak, Hannah tabahkan diri menerima wanita lain di dalam hidup Aidil. Namun sejauh manakah dia mampu bertahan? Adakah pengakhirannya sepahit hempedu atau semanis madu?


Resensiku:

Seperti dalam goodreads saya:

Geram!

Itu kesimpulan dari selepas membaca novel ni. Selepas berhempas pulas mengkhatamkan, apa yang ku rasa adalah geram, tak puas hati dan dramatik sangat.

Siapa2 yang suka drama2 memang sesuai la baca novel ni.

Ada banyak pengajaran dalam kisah keluarga ni, antaranya, kahwin tanpa cinta, penghargaan seorang ibu, kasih sayang seorang ibu susuan, harta tidak menjaminkan kebahagiaan, dan pelbagai isu menarik dikupas dalam novel ni.

Percayalah, pembaca akan dibawa seperti naik rollercoaster dan tak sabar nak khatamkan kisah ni.

Terimakasih penulis kerana mewarnai dan menceriakan hidup kami pembaca.