Pencinta Novel

June 5, 2024

Tuan Muda Tuah Dzulkarnain - Farisha Imani

 


Tajuk: Tuan Muda Tuah Dzulkarnain
Penulis: Farisha Imani
Penerbit: Aksara Jiwa Publishing
Bil ms: 484
ISBN: 9789671622582

Sinopsis belakang buku:

Rumit perasaan yang menyapa. Dia jatuh cinta pandang pertama pada seorang gadis yang muncul dalam mimpinya. Entah siapa tidaklah Tuah tahu. Yang pasti hatinya terusik dengan kehadiran si dia.

"Tuah teringin nak kenali dia lebih dekat. Dia wujudkan, bonda?" -
TUAH
Pada saat Tuah hampir putus asa, satu kebenaran terbongkar, Ternyata gadis impiannya benar-benar wujud bahkan selama ini mereka begitu hampir sekali.

"Awak... Cik Dayang Zulaikha ke?"
"Ya, saya Dayang. Erm, tadi Encik Ajim cakap tuan nak jumpa saya."
"Mulai dari hari ni awake tak perlu lagi kerja di bahagian pembungkusan."
"Maksud tuan... saya... saya dipecat?"

Hubungan mereka terbina atas dasar majikan dan pekerja. Sehabis baik Dayang cuba membina batas antara dia dan tuan mudanya. Namun, apabila acap kali Tuah melanggarnya, hati Dayang menjadi keliru. Masihkah kukuh tembok yang dibina it setelah Tuah berkali-kali cuba merobohkannya?. 
"Saya tak merepek, Dayang. Saya betul-betul sukakan awak." - TUAH
"Saya anggap pengakuan tuan ni tak pernah wujud." - DAYANG 
Kedegilan Dayang hampir meranapkan semangat Tuah. Dia terus berusaha memujuk sehinggalah pada satu saat ada Rashida besar dibongkar oleh Dayang sendiri. Tuah terpanar pada kenyataan yang Dayang luahkan. Bahkan yang membuatnya berasa seperti dipermainkan  takdir apabila ternyata ada kisah yang pernah terkait antara mereka dulu.

"D! Aku dah ingat dekat mana aku pernah jumpa Tuah!" - LILI

Apakah yang sebenarnya pernah dilalui oleh Tuah dan Dayang? Sejauh manakah hubungan lama itu berkait? Mungkinkah andai simpulan itu dibuka salah seorang daripada mereka bakal terluka dan disakiti? 

Resensiku:

Kisah seorang wanita yang cekal melalui dugaaan hidup, dia mempunyai masa silam yang kelam dan berjaya keluar dengan bantuan seorang wanita tua. Wanita tua yang dianggap seorang ibu. Dayang tidak menyangka langsung nasibnya akan berubah, tetapi wanita tua tersebut menyelamatkannya dan memulakan hidup baru.

Bermulalah kisah antara Tuan Tuah, disebalik ketegasan seorang lelaki yang mengetuai syarikat, namun dia telah melalui ujian yang hampir meragut nyawanya.

Kisah ini mempunyai pelbagai tauladan dari sudut sosial kemasyarakatan dan tanggapan masyarakat terhadap kisah silam mangsa penyalahgunaan pekerja sosial.

Rating saya: 4/5 bintang - kisah yang agak santai tapi berat juga bila memikirkannya dengan mendalam. 

Disyorkan baca!  

 

 

 

 

 





No comments: