Pencinta Novel

May 22, 2024

Ada cinta untukmu Fitiya Tihani by Farisha Amani

 


 


Tajuk: Ada Cinta Untukmu Fitiya Tihani
Penulis: Farisha Imani
Tahun: September 2021
Aksara Jiwa Publishing

Sinopsis belakang buku:

Dia ibarat penyelamat. tiba-tiba Fitiya Tihani muncul dan menjadikan beban yang Uzair Azhad tanggung terasa ringan dan berkurang.

Hubungan terjalin semakin erat di antara kedua-duanya. Namun saat Fitiya tersedar Uzair tetap menganggapnya seperti orang luar, ada peramg dingin yang meletus.

"Bagi saya masa enam bulan. Lepas tu saya sendiri yang akan berpisah dengan anak awak. Itu yang awak nak kan?" FITIYA

Rajuk Fitiya buat Uzair menggelabah. Sibuk dia mencari jalan untuk memujuk si gadis.

"Bila awak ada saya rasa bahagia.  Bila awak tak ada saya rasa kehilangan. Bukan cinta ke tu, Tiya?" - UZAIR

Kerana 'rasa' itu, ada ikatan suci yang terjalin. Seikhlas hati Fitiya menerima Uzair dalam hidupnya. Namun dalam asyik menyulam kasih, Fitiya tersentak saat mengetahui bahawa Uzair Azhad...

"Jangan sentuh saya. Biarkan air mata ni terus jatuh. Sekurang-kurangnya ia akan menyedarkan saya betapa saya ni... saya ni terlalu bodoh sebab percayakan awak!" ~ FITIYA

"Awak cukup bermakna dalam hidup saya, Tiya. Percayalah, sayang..." ~ UZAIR

"Baguslah awak boleh uruskan Raihanah macam ni, Nanti kalau kita dah berpisah... senang." ~ FITIYA

Sebesar itukah kebencian Fitiya terhadao Uzair? Apa yang telah lelaki itu lakukan? Adakah benar perpisahan yang akan dipilih oleh Fitiya Tihani?

Resensiku:

Kisah mengenai serorang wanita bernama Fitiya Tihani yang mengalami kemurungan akibat ditimpa musibah kematian anak yang baru sebulan dilahirkan akibat komplikasi jantung dan saat itu juga dia diceraikan demi perempuan lain (dicurangi).

Di hospital rawatan susulan, dia terserempak dengan seorang wanita seusia ibunya yang dikenali sejak kecil (jiran), ketika itu wanita tersebut sedang menemani anak lelakinya yang sedang menguruskan isterinya yang meninggal dunia akibat komplikasi pendarahan ketika bersalin.

Maka bermulalah episod tarik menarik emosi pembaca semuanya disebabkan oleh masalah komunikasi antara dua pihak.

Kesimpulannya, cerita menarik, dan boleh baca sampai habis sebab nak tahu apa perkembangan selanjutnya. Tiada berlaku sebarang pergaduhan yang menyakitkan hati (atau dramatik sangat), namun pembaca patut ambil iktibar atas pembacaan. Contohnya: kesedaran tentang tanggungjawab dan peranan sebagai ibu susuan, perlunya berterus-terang dalam setiap hal. Jangan anggap orang boleh baca fikiran kita. Kita yang perlu jelaskan apa perasaan kita terhadap orang tersebut.

Rating saya: 4/5 bintang, sebab 1 bintang tu save untuk plot dramatik.


 


No comments: