Pencinta Novel

August 30, 2024

Bayang Sofea by Teme Abdullah

 


Tajuk : Bayang Sofea
Penulis: Teme Abdullah
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbit: 2024
Bil ms: 495ms paperback

Sinopsis belakang buku:

“Do you really think you can run from us, Sofea?” * Sofea, seorang pekerja yang berdedikasi dan bijak, bercita-cita ingin berjaya di syarikat RICE dengan hasil usaha sendiri. Dia menyangka kehidupannya akan menjadi normal sepertimana orang lain. Namun, pertemuan dengan Danny — seorang atlet tinju tersohor — mengingatkan Sofea kepada sesuatu yang sudah lama dilupakan. Sebuah organisasi misteri yang telah membantunya berjaya — tetapi dengan harga yang mahal. Semenjak itu, perjalanan hidup Sofea mula teruji apabila seorang lelaki daripada organisasi misteri tersebut tiba-tiba muncul dan menuntut janji lama Sofea. “Anda bukan siapa-siapa tanpa kita. Kita lebih dekat daripada bayang anda, Sofea.” Sofea mula dihantui mimpi ngeri. Jika dia tidak menurut apa yang diminta, nyawa diri dan orang kesayangannya akan berada dalam bahaya. “Tugas anda sangat mudah, Sofea. Patuh!” Dalam keterdesakan, Sofea hanya ada dua pilihan – turuti permintaan mereka agar orang sekelilingnya selamat, atau ingkar lalu menerima padah. Mampukah dia membuat pilihan yang tepat?

Resensi saya: (4/5 bintang , ia kisah buli di pejabat, bagaimana pandangan seorang supervisor yang hanya memilih kasih, demi mencapai tujuan dan matlamat menjadi ketua, kisah masa lalu bersama rakan sekolah yang salah sangka, kisah misteri bilamana sofea menjadi multi dalam satu badan, bila dah start baca susah nak letak hingga jumpa penamat.. tapi... penamatnya macam permulaan kisah baru... )



Bukan Encik Sempurna by Yumi Hyra

 


Tajuk: Bukan Encik Sempurna
Penulis: Yumi Hyra
Penerbit: Love Novel Publication
Tahun Terbit: January 2017
Bil ms: 505 paperback
ISBN: 9789670907529

Sinopsis belakang buku:

Setiap wanita mempunyai definisi dan ciri-ciri tersendiri 'Encik Sempurna' mereka.

Begitu juga dengan Ulya Hana. Dia percaya dan yakin yang Encik Sempurna a.k.a jodoh dia wujud kerana dia yakin dengan jodoh Allah. Jodoh akan datang kalau dia berusaha untuk mencari dan berdoa.

Sebaik sahaja misi pencarian 'Encik Sempurna' bermula, ramai pula calon-calon yang muncul.

"Perfect guys only exist in books" ~Luth Hannan~

"Saya takkan lupa orang yang sudah membuatkan saya tersenyum"~ Tengku Hud Harraz~

"One is loved because one is loved. No reason is needed for loving." ~Encik anonymous~

"Perfect guys don't exist, but there is always one guy that is perfect for me" ~Ulya Hana~

Siapa agaknya 'Encik Sempurna' Ulya Hana? Adakah betul dia itu sempurna? Atau sebenarnya Bukan Encik Sempurna?

Resensi saya:

Good book untuk lari dari kesibukan harian dan sterss. Santai, menyegarkan dan senyum lepas baca.

Rating saya: **** (4/5 bintang yeah!)


August 27, 2024

Pemilik Hati Paling Chill - Eina Afrina

 


ajuk : Pemilik Hati Paling Chill
Penulis : Eina Afrina
Penerbit: Alaf21
Tahun: April 2018
Bil ms: 186 paperback  
ISBN: 9789678608558

Sinopsis belakang buku:

Permintaan Mak Leha untuk menjodohkan Syamin dengan Nazril membuatkan Syamin dalam dilema. Hana, sahabat baiknya meminati Nazril dalam diam. Takkan dia mahu potong jalan Hana macam tu saja? Antara ibu dan sahabat, yang mana satu harus dia utamakan?

“Sya tolak sebab Sya sangka Hana pun sukakan abang. Sya tak sanggup nak lukakan hati Hana. Susah tau Sya nak buat keputusan. Tiga hari tiga malam Sya fikirkan sampai naik sewel.” - Syamin

Saat Syamin dibelenggu pelbagai tekanan, Nazril buat pengakuan berani mati yang dia cintakan Syamin. Saat Syamin sedar kesilapannya, dia harus menagih semula cinta yang sudah dilepaskan.

“Iyalah, anak manja tapi anak manja inilah yang jadi pilihan calon menantu ibu untuk anak gadis dia, kan?” - Nazril

Resensiku:

Kisah yang agak klise, antara Syamin (watak utama) dan mereka disekitar kehidupannya. Kisah masyarakat yang suka memandang rendah dengan orang yang tidak mampu, dan perlu diambil iktibar, supaya kita tak berperangi seperti itu.

Agak menarik jalan ceritanya, dimulakan dengan Syamin yang menyukai Nazril dalam diam kerana keperibadiannya, termasuk antara peribadi Nazril yang disukainya ialah dia melaungkan azan yang sangat sedap ditelinga Syamin. Namun begitu Syamin hanya memendam perasaannya kerana dia masih muda dan tidak berminat untuk berpasangan seperti perempuan lain. Dia hanya menjalankan tugasnya di bengkel yang sama dengan Nazril, sehinggalah ibunya jatuh sakit, dan abang serta kakaknya memaksa dia untuk berhenti kerja dan menjaga ibu sepenuh masa. 

Ada juga diselitkan adegan bagaiman dia diganggu oleh anak jirannya, (yang ni paling perlu ambil iktibar). Akak sangat puas hati bila endingnya ada pembalasan untuk orang yang berlagak dan disokong pula perangainya oleh mak nya) - memang patut dapat pembalasan.

Akhirnya, yes happy ending dan plot twist juga, yeay!


Ratingku: **** (4/5 bintang sebab satu bintang tu, saya tak suka baca elaboration apa yang dialog tu buat, membaca dialog tu sahaja boleh agak apa yang berlaku dan siapa yang bercakap)

August 25, 2024

Hero Untuk Jiyan - Yumi Hyra

 


Tajuk: Hero Untuk Jiyan
Penerbit: Manes Wordworks
Tahun Terbit: September 2022
Bil m/s: 365 paperback

Sinopsis belakang buku: 

Pertemuan kali pertama antara Jiyan dan Han tidaklah semanis mana pun. Dan... siapa sangka selepas itu, rupa-rupanya Han ialah jiran baharu sebelah rumah Jiyan.

Bagaimanapun hubungan yang tidak semanis mana itu, bertukar manis dan seindah roti Pelangi Kafe Dapur Isma apabila Han si mamat stone itu menjadi tutor matematik bidan terjun untuk Jiyan yang nakal. Han yang sentiasa ada untuk Jiyan itu membuatkan hati Jiyan selalu berbunga-bunga.

"Awak cari apa lama sangat tu?" ~Han
"Cari perhatian awak." ~Jiyan

Namun bunga yang mahu berkembang terus layu apabila rasa hati Jiyan ditolak tanpa konar-konar lagi oleh Han. Jiyan memujuk diri sendiri agar dapat melupakan Han.

Sepuluh tahun kemudian, mereka bertemu semula.

"Kenapalah awak ni muncul balik tiba-tiba dan ada aje kat mana-mana?" ~Jiyan
"Sebab, hero kan kena sentiasa ada di sisi heroin dia." ~Han

Hati Jiyan masih berdebar-debar dan suka pada Han untuk sekali lagi. Cuma antara mereka adanya Carissa. Adakah benar dan tertulis yang Han itu hero untuk Jiyan?

Resensiku:

Wahhhh..... dapat cerita yang refreshing. suka sangat dengan gaya tulisan Yumi, santai dan bersahaja, tak keterlaluan dalam pengulasan sesuatu keadaan. Nice!

Bermula dengan kisah Jiyan dan Han yang berebutkan roti pelangi!, sampai kan aku pun buat lah roti pelangi tu kat rumah, nak cuba rasa jugak, kena pakai mozarella cheese pastu warnakan dia 3 kaler, pastu kena tutup tau pan tu kalau nak dia melting. kalau tak nanti jadilah roti pelangi berketul2 ahahahaha....

Kemudian insiden2 yang tidak disangka2, rupanya Han tu jiran pulak dengan Jiyan... well... macam cerita korea pulak situ.. tapi tak pe, teruskan pembacaan, ups and downs lah jugak geram kat dalam cerita nih... 

Kemudian korang semua jangan lupa pulak, dah habiskan novel ni, follow pulak next novel tajuk Sunshine Buat Nara (ni ada mention sikit lah nama Jiyan dan Han tu), aaaaa yang ni sweet betul, orang melayu dulu2 kata apa, sweet potong kaki? nauzubillah!

Okaylah ratingku: ***** (5/5 sebab suka sangat!)

August 22, 2024

Perempuan Yang Paling Aku Cinta by Acik Lana


Tajuk: Perempuan Yang Paling Aku Cinta by Acik Lana
Tahun Terbitan: 2019
Penerbit: Booku
ISBN: 97899671163504


Sinopsis belakang buku:

Bunga dan Karl Hakimi bertemu buat kali pertama ketika masih menuntut disebuah kolej. Bunga si gadis jelita, dan Karl Hakimi si kasanova telah terjerumus ke dalam hubungan yang cukup merumitkan. Usia yang mentah, fikiran yang belum matang menyebabkan mereka terlanjur dalam hubungan terlarang. Selepas itu Karl Hakimi menghilang, dan Bunga pula terpaksa melalui keperitan hidup seorang diri setelah dibuang oleh keluarga. 

Bertahun berlalu, sekali lagi mereka dipertemukan. Dendam di hati Bunga terlalu mendalam apatah lagi apabila Karl Hakimi langsung tak mengenalinya. Bagaimana hati lelaki itu bol beeh berubah terlalu kejam sehingga melupakan apa yang telah berlaku antara mereka berdua? Dan tatkala Karl Hakimi tersedar, segalanya telah terlambat. Kebencian di hati bunga bukan biasa-biasa, terlalu hebat. 

Cinta membenih di jiwa, namun bisakah Karl Hakimi kembali meraih sekeping hati milik Bunga. Dan di pihak Bunga, rahsia besar yang sekian lama disimpan kembali menghantui. Rahsia yang akan terus mengheret dirinya lebih dekat kepada Karl Hakimi. Gila! Jadi di mana kesudahan kisah mereka berdua? Mampukah kebahagiaan yang dinanti dikecapi bersama?


Resensiku:

 Ya, kisah yang agak klise, seperti mana lengguk bahasa Acik Lana, sama seperti novel2 sebelumnya. 
Tak banyak yang boleh aku resensikan kerana aku membaca dengan agak laju, seperti nya kalau tertinggal satu dua perenggan tu, sudah dapat faham isi jalan cerita. Begitulah.

Ratingku: *** (3/5 jalan cerita best, cuma elaboration yang agak keterlaluan menyebabkan terpaksa skip perenggan)

 

August 19, 2024

Our Scars - Acik Lana

 


Tajuk: Our Scars
Penulis: Acik Lana
Tahun Terbitan: 2023
Penerbit: Booku
Bil ms: 682


Sinopsis belakang buku:

Keterlaluankah impian Elaina? Dia hanya inginkan kehidupan normal seperti orang lain. Berkahwin, memiliki zuriat dan bahagia sehingga ke hari tua. Malang sekali kesilapannya bermula sejak dari langkah pertama. Dia tersalah memilih suami! Akashah yang tidak pernah ikhlas sangat licik memanipulasi dirinya. Elaina benar-benar rasa tertipu. Dia telah diperdaya tanpa sedar!

Dicurangi berulangkali, diceraikan atas alasan yang remeh, semua itu belum mampu mengecewakan hati batu Elaina. Namun bila satu-satunya cahayamata dibawa lari oleh si bekas suami, langit seperti runtuh menyembah bumi. Seribu emosi meledak dalam pergelutan menuntut haknya sebagai seorang ibu.

Rahsia besar, identiti sebenar, satu per satu mula tersingkap sepanjang perjuangan epik ini. Ternyata Akashah sudah tersalah memilih sasaran. Elaina yang disangka mudah diperlekeh dan dipergunakan, rupa-rupanya jauh lebih ganas dan buas. Brutal. She’s violent!

Zack Iman yang turut terkait dengan Akashah muncul disaat konflik bekas pasangan suami isteri itu mula memuncak. Sifat berbeza Elaina membuatkan Zack Iman benar-benar tertarik untuk menggali sejarah silam gadis itu. Dia yakin ada rahsia lama telah dikuburkan oleh Elaina. Lalu ditawarkan diri menjadi ‘sidekick’ demi menumpaskan niat jahat Akashah.

Namun tangan yang menghulur bantuan berubah menjadi pegangan yang tak mungkin dapat dilepaskan. Zack Iman enggan berundur, enggan mengalah. Menurut kehendak hati, bermati-matian dia bergelut melindungi Elaina dari segenap arah. Malah mempertaruhkan nyawa sendiri umpama bukan lagi satu masalah. Dia memang sanggup!

Oh Tuhan, kegilaan jenis apakah ini? Cinta?

Jika sebegini hebat gelora cinta Elaina, Zack Iman rela berkorban berkali-kali. Biar hancur lumat segenap inci tubuhnya, dia tetap akan berdiri teguh di depan Elaina. Tegak. Takkan pernah berganjak.
“Don’t do something stupid. Because I will hunt you, and I will kill you!”

Itu amaran keras Zack Iman. Namun jelas sekali perjalanan penuh liku ini bukan mudah. Mampukah Elaina dan Zack Iman berdepan dengan ugutan serta keganasan si musuh yang jauh lebih berkuasa? Atau ada jiwa yang bakal terkorban dalam pertarungan yang tanpa kesudahan?


Resensiku:

Suatu kelainan kali ini, kisah yang penuh dengan aksi-aksi lincah pertarungan gangster-gangster.
Bermula dengan kisah perceraian Elaina, dengan VVIP pemilik tv, maka mereka berdua berebut satu-satunya anak mereka yang masih bayi, Aryna.
Zack Iman pula muncul secara tidak sengaja, apabila Elaina berpindah ke sebelah rumah condonya setelah diusir keluar oleh bekas suaminya Akashah.
Rupa-rupanya ada kisah disebalik perceraian dan perebutan hak penjagaan anak, sehingga Aryna diculik oleh Akashah ketika Elaina pergi bekerja. Elaina berkeras mahu merampas anaknya dengan cara menculiknya semula, dan berlakulah pergelutan yang mana nampak seperti Elaina bukan calang2 wanita (spy rupanya, lengkap pakej menembak dan berlawan), walaupun begitu Zack Iman berjaya masuk campur dan dari situlah mereka berdua berganding bahu dalam misi mendapatkan semula Aryna.

Rating saya: **** (4/5 bintang sebab banyak adegan2 menarik dan lincah)

August 18, 2024

Bukan Crush Biasa - Yumi Hyra


ebook
Tahun terbit: 2021
bil ms: 170ms

Sinopsis belakang buku: 
Tiada, sebab ebook tak de kulit buku.


Resensi ku:


Kisah menarik antara Sarah sejak 10 tahun lalu, menyimpan perasaan pada Luke, tapi berjaya move on sebab masih muda dan crush dia menolak sebarang hubungan, kawan ke special ke... Luke nak concentrate pada pelajaran je... 
Selepas 10 tahun, diorang pun bawa haluan masing2, dan ter jumpa semula semasa Sarah bertugas membuat liputan untuk projek video mengenai terengganu.
Berlakulah peristiwa demi peristiwa kelakar antara mereka berdua.
Tapi langit tidak selalu cerah, disebabkan sangka sangka Sarah tentang Luke, maka berlakulah salah faham.. makin menarik... Seterusnya silalah baca ebook ni.









 

August 12, 2024

Sunshine Untuk Nara - Yumi Hyra



Tajuk: Sunshine Untuk Nara
Penulis: Yumi Hyra
Penerbit: ManesWordwork
Tahun Terbitan: March 2024
Bil ms: 336 paperback
ISBN: 9786299784890

Sinopsis belakang buku:

Kata orang, jangan terlalu benci seseorang kerana takut nanti terjatuh suka. Nara bukanlah benci pada Kid tetapi lelaki berlesung pipit itu, suka sangat mengusiknya sejak kali pertama mereka bertemu di Pulau Langkawi. Nara jatuh ke dalam bendang buat pertama kali juga disebabkan Kid.

“Saya rasa awak ni memang bertuah tapi satu aje yang awak tak ada.” – Kid

“Saya tak ada apa?” – Nara

“Awak tak ada saya.” – Kid


Kata Nina; Si Bff Nara, Kid ibarat ‘sunshine’ yang menceriakan hari-hari Nara. Ada sahaja telatah Kid yang membuatkan Nara geram, tenang, terhibur dan berbunga-bunga walaupun mummy dia mula masuk campur dengan mengatur hidupnya.


“Awak ni memang suka senyum, eh?” – Nara,

“Kenapa? Kalau saya senyum; awak akan rasa berdebar-debar, ke?” – Kid


Bagi Kid pula, perkenalannya dengan Nara membuatkan dia melakukan perkara-perkara di luar kawalan sendiri termasuklah mengusik Nara.


“Love is when you sit beside someone doing nothing yet you feel perfectly happy. And to me, you are that someone.” – Kid


Apabila Nara sudah mula jatuh hati, Kid pula nampak seperti sudah berubah hati. Adakah benar yang kita mempunyai hak untuk memilih bahagia mengikut cara kita?

Resensiku:

Kisah antara seorang gadis akauntan yang bekerja di Melbourne, akhirnya kembali ke tanah air for good demi mengelakkan kahwin aturan mummynya.

Jodoh dan pertemuan di tangan tuhan. Pertemuan demi pertemuan tidak sengaja terjadi antara Nara dan Kid, menyebabkan Nara rasa hatinya terusik dengan Kid. Pada Kid pula, Nara sahaja yang berjaya membuat dia selesa, mengusik menyakat tanpa rasa malu segan atau awkward.

Kisah yang kelakar, membuatkan kadang2 sewaktu membacanya tersenyum sendirian dan ketawa. 

Rating saya: 4/5 bintang (recommended).


 

Demi Kamu Anna Balqis - Myra Ameer


Tajuk: Demi Kamu Anna Balqis
Penulis : Myra Ameer
Penerbit: Penulisan2u
Tahun Terbit: Jun2018
Bil ms: 619




Sinopsis belakang buku:

Tak perlu sempurna untuk jatuh cinta kerana yang sempurna itu hanyalah Dia. HAKIM, hidupnya dari mula lagi tidak sesempurna mana. Lahirnya tanpa dia sendiri ketahui dari mana asal usulnya. Kehilangan ibu kandung ketika dia baru berusia 16 tahun membuat dia terpaksa berjerih untuk meneruskan hidup. BALQIS, hidupnya juga jauh dari sempurna. Dia keseorangan. Dibesarkan oleh lelaki yang tidak jelas ikatan mereka malah terlibat dengan dunia hitam membuatkan hidupnya terkongkong dan tidak pernah aman. Disebabkan satu kesilapan, Balqis diburu. Pelariannya menemukan dia dengan Hakim secara tidak sengaja.

“Kau datang nak mencuri eh?” – HAKIM

“Mencuri dekat bengkel buruk ni? Hello! Kalau setakat besi buruk aje yang ada, apa yang boleh aku curi dan jual?” – BALQIS

Pertemuan tersebut tidak terhenti di situ. Mereka bertemu lagi dan setiap kali Balqis berada di dalam kesusahan, Hakim pasti muncul sebagai wira penyelamatnya. Disebabkan satu peristiwa yang tidak diduga, juga demi menyelamatkan nyawa dan maruah Balqis, Hakim yang terpaksa menjadi pelindungnya.

“Kalau kau dah tak sayang nyawa sangat, aku tak kisah. Lantak kaulah situ. Lagi senang hidup aku sebab tak payah fikirkan tentang keselamatan kau lagi.” – HAKIM

“Aku bukannya pergi mana-mana, aku turun bawah aje.” – BALQIS

“Pergi bawah aje? Kau tahu tak kalau kau leka sikit, dekat bawah tu pun kau boleh mati!” – HAKIM

Terbiasa hidup keseorangan menyebabkan kehadiran Balqis terasa begitu menyusahkan. Apatah lagi dengan kedegilan Balqis yang membuatkan mereka sering tak sehaluan. Tetapi, di saat mereka memilih untuk berdamai, satu kebenaran yang memeritkan terbongkar. Hakim hampir rebah dan Balqis mula hilang arah. Sesungguhnya, setiap apa yang berlaku itu ada sebabnya. Sesungguhnya, takdir Allah itu benar! Dan sesungguhnya, Dia yang menentukan segala-galanya juga benar! Hakim dan Balqis, mampukah mereka reda andai kisah silam itulah yang membuatkan jiwa mereka goyah dan lukanya semakin parah?

“Hakim…kalaulah aku mampu undurkan waktu, aku lebih rela jika kita tidak pernah bertemu!” – ANNA BALQIS


Resensiku:

Jalan cerita yang menarik, plot demi plot, kisah antara seorang gadis 18tahun yang terpaksa mengharungi liku kehidupan yang ganas. Dia dibesarkan oleh ayahnya, sementara ibunya telahpun meninggal dunia. Pada usia 18 tahun dia kehilangan ayahnya yang dipercayai dibunuh oleh gangster. Gangster yang tidak puas hati dengan ayahnya mula mengejarnya dan ingin menculiknya supaya ayahnya keluar dari persembunyian (gangster tersebut tidak percaya yang ayahnya telah meninggal sewaktu menyelesaikan misi).

Ketika itulah dia diselamatkan oleh seorang pemuda bengkel kereta (sewaktu Anna Balqis mencuri masuk ke bengkel yang kebetulan tidak dikunci - untuk bersembunyi dari gangster2 tersebut).

Bermulalah kehidupan ups and downs Balqis (Q) mana nak menyelamatkan diri, dan mana nak cari ayahnya, pulak tu dia terpaksa berkahwin dengan Hakim (ini bukan terpaksa, tapi Hakim sendiri rela untuk melindungi Balqis).

Dalam cerita ini, Balqis dibesarkan tanpa ilmu agama, dan dia pula dari keturunan yang bercampur2. Ayahnya pula langsung tidak mengamalkan kehidupan beragama. Jadi banyak perkara dia belajar dari Hakim. 

Seterusnya, plot akhir dia, berjaya menjumpai ayahnya, tetapi dalam keadaan gangster masih mengejarnya (adegan suspens).

Rating saya: **** (4/5 bintang) - berjaya menarik saya untuk baca sampai mencapai titik TAMAT. plot2 yang cukup menarik dan suspens.