Pencinta Novel

January 5, 2025

Tuan Bard Suami Perasan Bagus by Hana Efrina


Tajuk: Tuan Bard Suami Perasan Bagus
Penulis: Hana Efrina
Penerbit: HE Dynamic Enterprise
Bil ms: 314 paperback
Tahun: Disember 2021

Sinopsis belakang buku:
Tuan Bard, ditinggalkan membesar di bumi Jerman selepas Datin Juwita dan Tuan Bryan bercerai hampir 20 tahun yang lalu. Bard tak membenci, cuma Bard terkilan kenapa seorang ibu sanggup meninggalkan anak kandung sendiri? Disebabkan itulah tiap kali Datin Juwita ajak Bard pulang ke Malaysia, Bard tolak. Terperangkap dengan helah Tok Lan, Bard akhirnya tercampak di bumi Malaysia. Itu pun bila Tok Lan tipu yang Datin Juwita jatuh sakit. Ke main hebat lagi mereka semua berlakon.

Bard ingat setakat itu sajalah helah mereka, rupa-rupanya ada lagi. Semata-mata nak pastikan Bard terus berada di bumi Malaysia, Tok Lan dan Datin Juwita rancang nak kahwinkan Bard dengan Darisa Putri. Anak angkat Datuk Feroz, suami kedua Datin Juwita. Bard memang nak tolak. Gagal pabila Datin Juwita pandai gunakan kelemahan dia.

Kalau ikutkan hati, aku tak nak kahwin dengan perempuan Melayu macam kau ni. Sekurang-kurangnya isteri aku tu nanti kalau tak kacuk Jerman, mesti ada kacuk dengan keturunan Arab. Baru anak aku tu keluar nanti cantik dan segak macam aku. - Tuan Bard

Perasan bagus. Itu yang Darisa labelkan Bard selepas kali pertama dia bersua empat mata dengan lelaki itu. Serba-serbi lelaki itu saja yang paling hebat . Mentang-mentanglah membesar di Luar Negara. Bard ingat Darisa nak duduk diam saja? Darisa ni kalau dah keluar jurus mengata dia, memang boleh terbelah jantung, hati dan limpa. Deep!

Setakat ada darah mat saleh tapi muka macam lepat ubi, tak payah nak kecoh. - Darisa Putri

Kalau aku lepat ubi, bakal anak kau dengan aku nanti mungkin ada peluang nak jadi lepat pisang. Sebab muka kau dengan pisang pun dah tak ada beza. - Tuan Bard

Pantang bersua, memang berperang mulut sajalah mereka berdua. Masing-masing tak mahu mengaku kalah. Tapi selalunya sekeras mana pun si Darisa, alih-alih Bard juga yang akan menang.

BIRD! Kau buat apa dengan pencuci muka aku? - Darisa Putri

Nama aku, Tuan Bard bin Tuan Bryan. Bukan ‘Bird’. Kau jangan sampai aku tunjuk ‘bird’ yang ada dekat dalam seluar ni. Terjojol biji mata kau nanti. Kau dah teringin nak tengok sangat ke? - Tuan Bard

Tak pernah ‘sunyi’ banglo mereka. Hari demi hari, Allah SWT terbalikkan hati Darisa daripada benci bertukar cinta. Memandangkan Darisa ni jenis suka berterus-terang, diluahkan saja isi hati pada si suami. Malangnya, tak diterima.

Tok Lan pernah kata nak cucu. Mama dan papa pun sama. Memandangkan aku rasa aku dah jatuh cinta pada kau, boleh ke kalau aku nak jadikan kau ayah kepada anak-anak aku? - Darisa Putri

Selera aku bukan pada perempuan Melayu. Macam mana aku nak sentuh kau sedangkan aku langsung tak bernafsu? Perkahwinan ni tak ada makna. Sampai masa, aku akan kembali semula ke Jerman dan tinggalkan Malaysia. - Tuan Bard

Bard tak mengaku Bard dah jatuh suka. Sebab Bard tak nak senangkan hati Datin Juwita. Ya, Bard akur. Tapi dalam masa yang sama Bard protes dengan apa yang Datin Juwita pernah lakukan pada dia. Pengakuan Bard tak buat Darisa cepat melatah. Bagi Darisa seego mana pun seorang Tuan Bard, Darissa akan cuba bersabar. Perkahwinan ini Darissa akan pastikan kekal sampai ke hujung nyawa. Supaya mereka tidak mengikuti jejak langkah orang tua masing-masing. Mulut cuba menepis, hakikatnya Bard cemburu pabila ada lelaki lain yang cuba mendekati Darisa.

I don’t share. Bukan sebab Darisa tu isteri aku, tapi memang aku tak suka berkongsi apa yang masih jadi hak aku. Kalau kau nak, bersepah lagi perempuan lain yang ada. - Tuan Bard

Dan aku pula memang jenis suka ambil hak orang. Best man wins, bro. - Althaf

Sakit hati Bard. Tapi takkanlah dia nak mengaku depan Darisa? Lelaki perasan bagus macam dia, mana boleh kalah dengan hati dan perasaan. Cuma kalau dah sampai nama si Althaf tu terbawa-bawa sampai ke dalam mimpi, mampu lagi ke Bard nak bersabar?

Sekali lagi kau sebut nama yang sama, aku bunuh lelaki tu. Berani eh kau mimpikan lelaki lain depan suami sendiri? Kau ingat aku ni tunggul? - Tuan Bard

Lakonan Darisa menjadi. Terima kasih kepada Tok Lan sebab bagi idea mengarut macam ni. Cuma tunggu masa saja untuk Darisa tundukkan lelaki perasan bagus bernama Tuan Bard ini. Agak-agak berjaya ke Darisa nanti?

Resensiku:

Dengan pantas menghabiskan novel ini ye, kerana geram dengan watak utama iaitu Tuan Bard, sesuai sangat dengan tajuknya Tuan Bard perasan Bagus sangat!.

Kisah Darisa seorang anak yatim piatu yang diambil dan dibesarkan oleh Datin Juwita, dipaksa (Eh bukan Darisa yang di paksa, Tuan Bard yang dipaksa) kahwin oleh atoknya Tuan Bard demi kesinambungan keturunan Tok Lan.

Sebenarnya Tuan Bard ini mempunyai childhood trauma (sebab dipisahkan dari Datin Juwita semasa berusia 7 tahun). Ayah Tuan Bard membawanya ke Jerman dan membesarkannya, dengan isteri barunya - mat salleh Jerman. Tuan Bard membesar dengan anggapan yang salah terhadap mamanya dan berdedam dengan mamanya Datin Juwita. 

Tuan Bard ni ada attitude problem juga (maklumlah yang membesarkannya omputeh), Jadi dia kasar, arrogant dan sentiasa memberontak terhadap apa saja usul atau perkataan yang keluar dari mulut mamanya Datin Juwita (sementelah Datin Juwita selepas bercerai dgn ayah tuan bard tu, dia berkahwin lain dan ada seorang anak lelaki dgn suami barunya).

So, salah faham demi salah faham, menyebabkan saya rasa geram sangat2 dengan Tuan Bard ni, nasib baik hujung2 tu baru sedar diri sikit.

Rating saya: 4/5 *


 

Bulan Tak Lagi Sama by Ema Deesyiaqis

 

Tajuk: Bulan Tak Lagi Sama
Penulis: Ema Deesyiaqis
Penerbit: Prolog Media
Tahun: 2024
Bil ms: 448 paperback

Sinopsis belakang buku:

KEHILANGAN Aluna secara tiba-tiba dan tanpa sebarang petunjuk membingungkan kawan-kawannya. Terdesak untuk mencari jawapan, Sean, Amrin, Burn, dan Tasnim pergi ke Kampung Damai untuk memaklumkan kepada keluarganya, berharap mereka menemukan petunjuk tentang kehilangannya.


Namun, pertemuan mereka dengan Alis—kembar Aluna—hanya menambah persoalan yang belum terjawab. Dengan penuh tekad, mereka mengikut Alis ke Pulau Dingin untuk menjejaki Aluna, tempat yang dikenali sebagai Pulau Puaka, di mana desas-desus gelap dan rahsia tersembunyi di sana. Tetapi perjalanan itu tidak seperti yang mereka jangka, dan pulau tersebut segera berubah menjadi perangkap. Mereka kini terpaksa bertempur dan bertahan dari makhluk-makhluk aneh yang menghuni pulau tersebut, setiap langkah mereka membawa lebih banyak misteri dan bahaya.

Mampukah mereka menyelamatkan Aluna dan keluar dari Pulau Puaka dengan selamat? Atau adakah mereka akan menjadi mangsa seterusnya di pulau itu, di mana sebelum ini tiada seorang pun yang pernah pulang dengan selamat? Rahsia apa yang sebenarnya tersembunyi di pulau yang penuh misteri ini?

Resensiku:

Kisah bermula dengan Aluna yang bekerja sebagai seorang pemcari rumah untuk syarikatnya. Rumah busuk untuk diberi nafas baru dan dijual semula.
Dalam perjalanan balik ke pejabat, Aluna terpandang sebuah rumah yang agak usang. Mereka cuba mencari tuan rumahnya dan didapati bahawa tuan rumah memang hendak menjual rumah tersebut dengan harga di bawah pasaran. Selepas selesai jual beli, Aluna dan pasukan pergi ke rumah tersebut untuk kerja2 pembersihan. Dia tertarik dengan sebuah lukisan dan mengambilnya, namun Sean pula merampas lukisan tersebut, maka berlakulah perebutan, akhirnya mereka bersetuju untuk menggantung sahaja lukisan di pejabat mereka.

Ketika kerja2 paperwork, Aluna mengambil kopi dan duduk memerhati lukisan tersebut, secara tiba2 dia tersedar dan berada di dalam lukisan tersebut sambil masih memegang kopinya.

Seorang lelaki melintasinya, dan sangat peliknya lelaki tersebut memakai baju fesyen orang dahulu kala....

Seterusnya, kisahnya menarik, recommended untuk bacaan misteri

Rating saya: **** (4/5)

 

January 1, 2025

Bagasi Yang Ingin Dilepaskan by Anna Lee

 


Tajuk: Bagasi yang Ingin Dilepaskan.
Penulis: Anna Lee
Penerbit: Prolog Media
Tahun Terbitan: May 2024
Bil ms: 432 paperback.

Sinopsis belakang buku:

Orang kata ... pertemuan pertama itu kebetulan. Pertemuan kedua itu takdir.

Luna Audra tidak menyangka perjalanan tiga harinya ke Türkiye ditambah dengan tiga lagi pakej yang dia tidak pernah minta!

Misteri. Jatuh cinta. Momen yang indah.

Hati Luna luka sangat. Dia lebih selesa memencilkan diri dan menenangkan diri. Namun ketenangannya terusik tatkala sahabat baiknya Zara, membuat satu permintaan mengarut.

Permintaan daripada sahabat yang sedang duduk atas katil menunggu ajal dekat hospital ni, kau kata karut? – Zara

Dalam terpaksa, permintaan sahabat dunia akhiratnya itu cuba ditunaikan. Namun lain yang dirancang, lain pula yang terjadi saat dia tiba di Istanbul. Takdir membawa dia bertemu lelaki yang bicaranya sentiasa mendamaikan jiwa.

Melepaskan masa lalu bukanlah proses yang cepat. Ia perjalanan yang memerlukan waktu. Bersabarlah dengan diri sendiri. – Mateen

Dengan bantuan Mateen, Luna cuba menunaikan permintaan terakhir Zara. Namun tanpa sengaja, mereka terperangkap dalam satu skandal pembunuhan yang mengejutkan bumi Türkiye.

Berjayakah Luna dan Mateen keluar daripada kemelut kes pembunuhan itu? Dan ... benarkah Mateen benar-benar ikhlas membantu Luna?

Resensiku:

Kisah yang menarik, genre romcom thriller. Luna seorang gadis bekerja sebagai programmer sebuah syarikat di KL dan mempunyai sahabat baik sejak sekolah hingga universiti bernama Zara. Luna sebenarnya kecewa dengan keluarganya sendiri, apabila berlaku satu peristiwa di mana dia telah difitnah dengan sangat dahsyat. Pada waktu yang sangat tertekan itulah Zara membantunya untuk bangkit kembali, malangnya Zara mendapat penyakit kanser tahap akhir dan menjalani terapi, jadi Luna yang menjaga Zara dan permintaan Zara supaya Luna pergi ke Turkiye untuk mendapat tandatangan dari penulis favnya iaitu Ogus Dogan.

Bermulalah episod Luna ke Turkiye dan tak semena2 dia berkenalan dengan Mateen (kena baca mcm mana). Kemudian Mateen membantunya mendapatkan tandatangan Ogus Dogan, malangnya selepas beberapa jam berjumpa dengan Ogus, keesokkan nya Ogus didapati meninggal dunia di bilik hotel. 

Bermulalah episod mendebarkan bagaimana Luna dan Mateen keluar dari kemelut penyiasatan polis. 

Komenku:

Must read book. Sangat laju dan ada sweet2 juga akhirnya.

Rating saya: **** 4/5 bintang (1 bintang hilang sebab ada sedikit dua typo disitu)