Pencinta Novel

August 8, 2025

Seikhlas Kasih Ahmad Nanas - Izzraff

 


Penerbit: Aha
Penulis: Izzraff
Tahun Terbitan: July 2025
Bil ms: 275 paperback

Sinopsis belakang buku:

Aku sangka, cukup dengan cinta aku akan bahagia. Aku sangka, anak-anak yang aku kandungkan selama 9 bulan 10 hari akan cukup untuk mengikat kembali kasih sayang kami yang kian pudar.

Bukan sekadar peluang pertama, sejuta peluang sekalipun aku akan beri kepadanya supaya anak-anak aku tidak kehilangan kasih sayang seorang ayah.

Namun, dia sudah melampau.

Aku nekad untuk keluar daripada perkahwinan ini. Kerana anak aku bertahan, sekarang kerana anak juga aku akan lepaskan.

“Perempuan kotor macam kau ni, tak payah tunggu hukuman akhirat. Aku boleh wakilkan Tuhan untuk hukum kau.” - IKRAM

Aku tak mahu lagi buka hati ini untuk sesiapa, cukuplah aku bersama dengan anak-anak aku sahaja.

Sehinggalah muncul dia…

“Ya Allah, Puan Sara rupanya. Puan panggil saya Ahmad aje. Dekat sini orang tak kenal Ahmad Fahim. Orang kenal Ahmad Nanas. Tapi mana puan tahu nama saya ya?” - AHMAD FAHIM

Wahai sekeping hati, perlukah aku luahkan rasa ini?

Resensiku:

Cukup rencah cukup rasa, saya kategorikan ia sebagai 'slice of life' dan keganasan rumahtangga.
Kisah yang dipaparkan ini amat meruntun hati namun ada ciri2 islamik yang sangat menyentuh perasaan, kisah bagaimana perlunya seorang isteri keluar dari keganasan rumahtangga dan menyelamatkan diri serta anak2nya dari terus menjadi mangsa.

Selepas hujan sudah tentu akan muncul matahari menerangi kegelapan, begitu juga selepas gelapnya malam sudah tentu akan munculnya matahari menerangi bumi. Begitu juga dengan hidup kita yang penuh dengan ujian dan duka, tidak selama nya kita sentiasa dirundung duka, akan ada ceria yang mendatang asalkan kita terus berusaha mencarinya...

Rating saya: *****5/5 bintang.

No comments: