Penerbit: Mangosteen
Tahun Terbit: May 2025
Bil ms: 444 paperback
Sinopsis belakang buku:
Misteri Pulau Jengka telah mengheret Iman Falah, Henry Mikail dan Iman Nadrah menembusi hutan untuk memburu "wanita di timur".
Di sebalik tekad mereka memadam khurafat yang menyesatkan, tersingkap satu demi satu rahsia lama.
Pertemuan dengan seorang gadis hutan membawa mereka lebih dekat dengan kebenaran dan bahaya.
Akhirnya ... peperangan tercetus.
Antara kepercayaan yang dibina atas ketakutan, dan keberanian yang lahir daripada iman.
Ini bukan kisah ringkas yang akan ditamatkan dengan mudah.
Ini ialah sebuah kisah perjuangan yang sangat besar untuk dihikayatkan.
Untuk mengakhiri semuanya, mereka harus memusnahkan satu simbol terakhir kejahatan.
Serunai Maut.

Resensiku:
Sambungan atau spin off dari Serunai Maut 2, kisah bagaimana Inspektor Falah bertarung dengan khurafat dan di plot twistkan dengan sangat sempurna, sampai kita pembaca ni macam cakap dalam hati, what????
Conclusionnya: saya suka style leena syiha sampai saya cari semua novel2 dia. Inspektor Falah yang dibina sangat kukuh karakternya, dan membuatkan penanda aras lelaki qawwam menjadi sangat tinggi ye...
Banyak points2 yang sangat membina dan nasihat2, cth: Falah mencuci hidungnya semasa wuduk, dia sentiasa mementingkan solat berjemaah, sentiasa tidak tinggal tahajjud... dan banyak lagi.
Saya bagi 5/5 bintang!
No comments:
Post a Comment