Penerbit: AhaTahun Terbitan: Nov 2023Bil ms: 640 paperbackSinopsis belakang buku:Semuanya bermula apabila Ameer menyiasat sebuah syarikat terkemuka bernama MIMA pada awal tahun 2011, sehingga akhirnya dia terlibat dalam misi menyelamatkan seseorang dari sindiket haram bernama KING’S. Misi itu mempertemukan dia dengan Hana, gadis 18 tahun yang baru gagal SPM. Gadis yang memanggilnya tuanku tanpa sengaja.“Lain kali jangan sesuka hati ambil barang orang.” – Ameer Uthman“Ya, tuanku.” – Hana SolehahTujuh tahun berlalu. 2018. Bumi Madinah menjadi saksi pertemuan mereka buat kali kedua. Pertemuan yang membuahkan luka demi luka. Pertemuan yang meranapkan harapan seorang Hana.“Aku cuma minta kau berlagak lupakan sahaja. Bukan betul-betul lupakan.” – Ameer Uthman“Dan itu tak mudah!” – Hana Solehah“Abang saya takkan pandang perempuan... Macam awak.” – Saadah2019. Segalanya bermula. Perkara yang ditakutkan Ameer berlaku.Kemunculan Hariz menjadi permulaan rentetan peristiwa menakutkan yang berlaku.Rentetan kehancuran seorang Ameer Uthman.“Ameer, kita ada Allah. Segala perkara yang berlaku semua disusun oleh-Nya.” – Luqman Annasaie“Kau punca semua ini, Ameer.” – Hariz“Sudah berapa lama kamu tidak mendalami jiwa kamu sendiri, Uthman?” – Maulana Ishaq
Resensiku:
Tajukknya sahaja Tuanku Hana, tetapi bukan seorang, bahkan dua orang, Tuanku itu ML dan Hana itu FL.
Pertemuan tidak sengaja semasa Hana marah dengan jirannya yang bising, (mana tak marah, hari dia SPM math lah dia terlambat, sehingga dia terpaksa gagal kerana tidak hadir). Tuanku itu di panggil gelaran kepada Ameer akibat dia marah2 pada Ameer yang disangka jirannya, padahal Ameer mengunjungi sahabat/pekerja upahannya penyewa sebenar. Lepas kena marah2, Ameer pulak tawarkan HAna menjadi setiausahanya untuk membantu dia mencari seseorang dalam syarikat MIMA. Tanpa mengetahui nama sebenar Ameer, Hana hanya memanggilnya Tuanku.
Dalam usia 18 tahun itu Hana crush pada Ameer, sebab first time la boss bagi hp kat dia suruh call kalau ada maklumat. Rupa2nya, sisatan tersebut tidak berhasil sehingga beberapa tahun dan Ameer dah balik Arab Saudi. Hana pun dipaksa keluarganya untuk ikut bisnes keluarga, catering di Mekah.
Mereka terpisah bertahun2, dan Hana berjaya graduate univ tapi tak dapat lupakan la Ameer tu, hinggalah berlaku sesuatuuuuu.....
Rating saya: 5/5 bintang (saya tengah cari Tuanku Hana 2 - dah sold out tak reprint balik buat masa ni)
No comments:
Post a Comment