Tajuk: Introvert
Penulis: Abstrakim
Penerbit: Fixi
Tahun Terbitan: 2022
Bil m/s: 272 paperback
Sinopsis belakang buku:
Mereka kata, orang introvert selalunya perahsia dan suka memendam perasaan. Farady mengaku dia memang sukar untuk meluahkan apa yang dia rasa. Sejak kecil dia selalu merasa kesunyian dan sukar untuk mencari rakan yang boleh dia percayai. Selepas ditimpa satu tragedi, Farady naik ke puncak Bangunan Alam dengan satu niat: dia ingin mengakhiri segala-galanya. Tapi hasratnya dipatahkan oleh seorang gadis misteri bernama Haura.
“Percayalah cakap aku. Kau nak hidup, kau tak nak mati. Sebenarnya, kau cuma tak nak rasa sakit lagi. Tapi kau kena percayakan aku. Rasa sakit ini semuanya akan hilang. Semuanya akan berakhir seiring dengan masa berjalan. Semuanya akan jadi lebih baik.” – Haura.
Untuk pertama kali, Farady rasa ada orang yang mendengar suara hatinya yang selama ini tidak didengari sesiapa. Tapi siapakah gerangan gadis misteri yang tiba-tiba muncul di atas bumbung bangunan tinggal itu?

Resensiku:
Seperti yang tercatat di belakang buku (sinopsis) kisah seorang pemuda bernama Farady yang diselamatkan oleh Haura ketika cubaannya untuk mengakhiri hidupnya kerana mengalami depresi. Dalam novel ni pada permulaan suku novel, saya rasa nak ada misteri, tapi tidak begitu. Watak-watak baru diperkenal kan dalam pertengahan novel dan penceritaan menyebabkan saya rasa terganggu dengan jalan cerita Farady Haura ini.
Sungguhpun Haura tidak confess pada Farady dan vice versa, tapi watak2 sampingan di adakan dalam tengah2 novel menyebabkan saya rasa kenapakah penulis memunculkan watak baru?, adakah penulis lain join dengan Abstrakim untuk memenarikkan kisah introvert ini?. Apabila sampai ke hampir 20 ms terakhir barulah perkembangan hubungan Haura-Farady dipulihkan, tetapi muncul dengan plot2 twist lain (yang ini sangat menarik dan patut dikembangkan lagi).
Secara keseluruhannya saya kali kedua membaca buku Fixi (yg pertama tajuk Kelabu - saya tak minat). Harap pihak editor Fixi boleh baiki lagi mutu Fixi, sebab novel introvert ni sangat menarik dan patut diperkembangkan lagi plot2 twist tersebut. Tetapi malangnya berlaku penciptaan watak2 baru yang tidak sepatutnya ada (seolah2 untuk tebalkan novel?) - ini pendapat saya sahaja.
Rating saya: *** (3/5 bintang)