Pencinta Novel

May 20, 2011

Periglah Air Mata - Hanni Ramsul

Add to cart



ISBN 978-967-5067-37-2


Bil Ms: 857


Penerbit: Kaki Novel
RM28.00
Cetakan 2010


Sinopsis belakang buku:


Noktah bahagia yang menjadi anganku, ternyata cuma titik mula pada derita yang tidak bertepi. Sumpah bukan ini yang aku mahu. Sumpah juga, aku tidak pernah mahu membuat kau terseksa. Tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu. Atas rasa bersalah, aku rela melihat kau menganyam bahagia bersamanya. Namun, mengapa perlahan-lahan layananmu memberi tanda tanya di hati ini? Mungkinkah kita sama-sama berkongsi stau rasa? Mungkinkah kita suda sama-sama terpaut? Atau... mungkinkah segala yang berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri? Mungkin... kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah sayang. Bencimu padaku setinggi awan yang menyapu langit..... SABRINA.



Memang aku benci. Memang aku tidak pernah rela dengan takdir ini. Namun, kenapa tulusmu terus mengikat aku ada ikatan yang paling kubenci ini? Mengapa hati ini penasaran setiap kali kau menagih perpisahan yang pernah aku janjikan? Cintakah ini, apabila aku tewas tiap kali memandang wajahmu? Sayangkah ini, apabila hatiku digaru resah tiap kali aku cuba lari darimu? Mustahil cinta kerana citnaku sudah kusimpul kukuh di hati dia. Lalu, apa sebenarnya yang berlaku di antara kita? Bagaimana cara untuk aku hapus wajahmu yang terus menemani mimpiku? Di mana noktahnya mainan perasaan ini..... BADRUL.



Sinopsis dari Kaki Novel:


Sebuah bala… sebuah malapetaka telah merantai Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina ke alam rumah tangga. Badrul yang tidak dapat menerima kenyataan ini tegar menyakiti hati Sabrina yang tidak bersalah. Air matalah peneman setia Sabrina, di dalam sangkar emas keluarga Datuk Hamidi. Tanpa ketahuan mereka, rupa-rupanya bala tersebut adalah rancangan seseorang yang tidak senang dengan kebahagiaan Sabrina. Hiduplah Badrul dengan salah sangkanya terhadap Sabrina dan Sabrina dengan kesedihan yang tidak berpenghujung. Mujurlah Datuk Hamidi tidak mudah melatah, tetap melayan Sabrina dengan baik. Namun, lama-kelamaan benci Badrul mula berubah rindu… Sepanjang masa hanya wajah Sabrina yang melekat di ingatan, senyuman Sabrina yang menari-nari di mindanya. Tetapi, hatinya masih belum mempercayai Sabrina sepenuhnya. Masih ada syak yang melingkari sukmanya. Walaupun bencinya masih ada, perpisahan yang dipinta oleh Sabrina telah mencarik hatinya. Akan kulepaskan jua air mata ini pergi… jauh… sejauhnya… sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu.



Ringkasan dariku:


Walaupun novel ni dah lama keluar, tapi baru sekarang teringin nak baca. Dulu sebab tengok tebal sangat, tak berani nak mula, takut tak abis pulak baca. Ni pinjam di perpustakaan Presint 9, Putrajaya.


Di awal penceritaan agak slow juga, Sabrina tertangkap khalwat dengan Badrul, anak Dato Hamidi dan dipaksa kahwin, lalu berkahwin la mereka, hampir separuh buku menceritakan tentang Sabrina yang terseksa di rumah banglo Dato Hamidi. Menangis hampir berminggu-minggu, lalu dia bangkit semula, keluar dari perasaan sedih, dan menerima hakikat sebenar, sedangkan Badrul masih menyalahkan Sabrina kerana kekhilafan Sabrina memasuki bilik hotelnya, dan akhirnya terpaksa berkahwin dengan Sabrina. Sabrina dibuat seperti tunggul dirumah banglo besar, tidak dibenarkan keluar dari rumah, dan memutuskan hubungan dengan dunia luar. Kehidupannya cuma lah bilik, dapur, taman didepan rumah yang mana minatnya terhadap bunga dikongsi bersama Datin, ibu mertuanya.


Separuh akhir novel, barulah jalan cerita sangat menarik, hingga tak sedar membaca dari malam hingga ke 4 pagi!. Berjurai-jurai air mata sedih dan terharu bilamana Sabrina mulai jatuh cinta pada suaminya, dan Badrul pula mula menerima Sabrina, walaupun dia berkahwin juga dengan Dayana kekasihnya sejak di universiti. Konflik berlaku bilamana saat manis mula berputik antara Sabrina dan Badrul, tiba-tiba pula Dayana menagih janji Sabrina. Di situlah Badrul tersalah cakap, dan telah menghiris hati Sabrina, lalu dia membawa diri jauh dari keluarga Dato' Hamidi. ~ sedeyyy ~


Lastly mestilah happy ending...


Rating saya:


****1/2 dari lima bintang...


BEST!

Post a Comment