Pencinta Novel
August 5, 2025
Bayang Sofea - Teme Abdullah
QAID The Unknown - Effalee
“Aku percaya, satu hari nanti kau akan tikam belakang aku.” – Damien
“Aku takkan tikam belakang kau, D. Aku akan tikam kau depan-depan.” – Amra
Dalam menjejak motif dan identiti pembunuh, misteri demi misteri yang berangkai mula terungkap. Rahsia yang selama ini tenggelam dalam lipatan memori kini memanipulasi kewarasan.
“Usaha kita selama ni sia-sia, Amra.” – Damien
Saat kebenaran terbongkar, Amra dan Damien terpaksa memilih antara dua jalan yang menuntut pengorbanan teramat memeritkan. Dua jalan yang akhirnya memisahkan mereka.
“Kalau semua ni terlalu berat untuk kau, tinggalkan aku.” – Amra
Dalam ketidakpastian, dapatkah Amra dan Damien membuat sebaik-baik pilihan? Sedang
maut dan derita menanti di hujungnya. Lalu, apakah jalan yang dipilih itu akan dapat menyatukan mereka kembali?
***
EFFALEE memang pandai bercerita. Cerita dia pandai mempermainkan perasaan kita.
Perasaan kita pula pandai-pandai aje buat kita rasa macam-macam. Lain macam sungguh!
– Pingu Toha, Editor
Rasa Cerita Kita - Yumi Hyra
“Saya sebenarnya nak offer awak untuk bekerja di Laman Cinta.” – Haris
“Ini bukan work scam, kan?” – Bunga
Laman Cinta, sebuah rumah orang-orang tua elit telah mempertemukan Bunga Elisa, yang meletakkan jiwanya dalam masakan, dengan Haris Hayyan, arkitek yang telah membina dan mengasaskan Laman Cinta.
“Saya cari orang yang boleh memasak dengan ikhlas daripada hati.
Seseorang yang seperti awak, Bunga.” – Haris
Bunga bukan hanya pengurus di Laman Cinta, tetapi dia dapat menelusuri cerita para penghuni di situ menerusi rasa. Dalam dapur yang tenang itu, setiap hidangan yang disediakan membuka pintu kepada cerita lalu yang tersimpan kemas. Ruang yang sarat dengan memori itu telah membawa Bunga menyelami kisah cinta, kehilangan dan harapan yang tidak pernah mati.
Kadang-kadang, cerita kita tidak disampaikan dengan kata-kata. Ia dirasai… dan dirasai semula, melalui sesuatu yang lebih halus.
Kerana setiap kita punya cerita kita yang tersendiri.
Resensiku:
Lain dari yang lain. Dalam satu novel ada beberapa kisah silam dan menyentuh hati dipaparkan di setiap bab. Bermula dengan Bunga yang tegas dengan pendiriannya, meletak jawatan sebagai chef di restoran terkenal, kebetulan pula Haris sedang mencari chef untuk mengganti chef di Rumah orang2 tua yang dikendalikannya, dia terus melamar Bunga untuk menjadi chef, jadi Bunga tak sempat mengganggur.
Setiap bab mempunyai resepi tersendiri khas untuk penghuni2 rumah jagaan itu, dan kebanyakkannya akan membawa kita kembali ke zaman silam apabila resepi yang dimasak oleh Bunga diceritakan dengan jelas. (Kalau tengah lapar baca makin lapar la jawabnya).
Sweetnya perjalanan kisah mereka dalam novel ini, dan menghasilkan kelainan yang tersendiri.
Ku berikan 4 bintang sebab enjoyable (****4/5)
August 4, 2025
Hanya Ingin Kau Tahu - Msroses
Blurb—
Haris Wafi—lelaki yang tidak pernah tahu erti setia. Baginya, wanita hanya alat hiburan, bukan insan untuk dilindungi. Tapi satu peristiwa memaksa dia ‘membayar’ sesuatu yang tak ternilai … dengan sebuah perkahwinan.
Nur Nisrina—mawar putih yang dijaga rapi dengan didikan agama. Dia tidak pernah meminta apa-apa, cuma ingin
menjaga maruah dan takdirnya … meskipun terpaksa menjadi isteri kepada lelaki yang tidak pernah menginginkannya.
Namun, siapa sangka dalam perkahwinan tanpa cinta ini, tersimpan rahsia yang mampu menghancurkan segalanya? Pampasan apa yang membuatkan lelaki seperti Haris sanggup berkahwin?
Dalam pada Haris cuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi
sang mawar putih milik si jejaka.
“Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya …” - Nur Nisrina
“But you are my white rose …” - Haris Wafi
Resensiku (pendapatku):
Ceritanya walaupun agak cliche(omputeh kata) tapi berjaya menarik pembaca seperti saya untuk menghabiskannya. Plot demi plot menarik ku untuk meneruskan pembacaan.
Kisah seorang lelaki yang mengalami PTSD (post traumatic syndrome disorder) - sebab tengok mak dia memb*n*h diri, dia dihantar ke luar negara sejak kecil demi memulihkan semangatnya. Bila dah besar dia jadi anti wanita dan tiada perasaan kepada mana2 wanita, dia menganggap wanita hanya satu objek.
Sehinggalah satu peristiwa berlaku, dia terpaksa menyelamatkan Nisrina akibat perbuatannya sendiri. Bermulakah kisah penceritaan yang naik turun, ada sedih ada gembira dan ada yang kelakar.
Overall ku berikan 4 bintang dari 5: kudosss to msroses
****4/5
July 30, 2025
Tunggu Teduh Dulu - Faisal Tehrani
Penulis: Faisal Tehrani
Tahun Terbitan: 2025
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 978-629-95362-8-4
Bil. Muka surat: 744m/s
Format: Paperback
Harga: RM40.00
Berat: 0.5kg
Sinopsis:
Sinopsis belakang buku:
“Orang tak boleh pandang kita lemah. Kita perempuan Islam yang ada kekuatan dan maruah.”
*
Salsabila Fahim mahu menjadi usahawan ladang betik yang berjaya.
Meski arena bisnes dan perladangan bukan sesuatu yang sinonim dengan wanita sepertinya, Salsabila yakin, dengan Teh Sofia — kawan baiknya di sisi, mereka pasti dapat mengharunginya.
Namun pada saat ladangnya diserang ancaman birokrasi dan tragedi, Teh Sofia menghilang, meninggalkan dia sendiri.
Detik itu juga, dua jejaka merangkap rakan lamanya, Kamil dan Lam mendesak Salsabila memilih; siapakah cinta hatinya.
Ibu pula semakin tenat. Sal, tak bolehkah kau tinggalkan ladang sebentar?
*
Bergelut dengan urusan-urusan yang tak lekang mendesak, Salsabila terhimpit, lalu kembali kepada-Nya berkali-kali.
Ini cerita mengenai hubungan manusia dengan manusia; dan hubungan manusia dengan Penciptanya. Cinta boleh pudar, tetapi belas kasihan atas nama Allah akan berkekalan.
Resensi dariku:
Sebuah naskah Faisal Tehrani, yang mana kali pertama ku membacanya, walaupun sudah lama namanya di persada penulisan, baru nak cuba baca berkat keracunan rakan2 seperti nadee di tt, maka aku pun membuka la dengan bismillah. 750ms ketebalannya dan ternyata mempunyai pelbagai citarasa.
Genrenya bolehlah ku kategorikan sebagai 'slice of life', kecekalan dua orang wanita besi, yang sengaja menceburkan diri dalam bidang perladangan betik, dengan hanya menggunakan tanah pusaka yang arwah ayahnya tinggalkan.
Tajuk Tunggu Teduh Dulu sebenarnya adalah cetusan hati dari Salsabila Fahim watak utama dalam buku ini, terhadap dua rakankarib semasa kecilnya (Lam Ping Hai dan Kamil), maka bff Salsabila (Teh Sofia) pula dah ada hati pada Kamil, padahal Kamil memang suka sangat pada Salsabila selepas bertemu kembali dalam kerja2 perladangan (kebetulan Kamil tu pegawai FAMA).
Cerita menjadi semakin menarik dengan kisah2 ladang yang sangat saspens dan kisah cinta bersegi2 itu.
Jangan tak sangka ye, ada sedikit plot twist di situ yang sangat seronok bila kita dapat tau,
Sekian.
Rating saya: ***** 5/5 bintang!