Pencinta Novel
March 8, 2005
Setulus Janji - Aina Emir
Tajuk: Setulus Janji
Penulis: Aina Emir
Penerbit: Alaf21
Harga: RM19.90
Sinopsis : SETULUS JANJI
Ilham dan Insyirah, dua beradik angkat yang membesar bersama bagai abang dan adik. Tanpa diduga, ada rindu yang bertamu di hati mereka. Dalam diam, masing-masing menyimpan rasa. Cinta, kasih dan rindu mereka bersatu menjadi tugu. Namun, Ilham atau Insyirah tidak berani bersuara. Bimbang kasih yang hadir, hanya bertepuk sebelah tangan.
Bertahun-tahun mereka memendam rasa. Ilham hanya memandang dari jauh meleraikan resah. Insyirah pula menyulam gelisah di tabir mimpi. Mengapa tidak berterus terang? Adakah mereka takut pada jawapan ya atau tidak sedangkan cinta harus dilafazkan dengan kata-kata!
Dugaan datang bila Aiman berjaya mendekati impian Insyirah. Ilham yang tersilap menduga, bertindak mengikat Juwita sebagai tunangannya. Mereka berpura-pura menerima orang lain sedangkan hati tidak benar-benar rela. Hanya bulan dan bintang yang setia mendengar rintihan mereka.
Cinta yang hampir terhumban, kembali marak menyala. Keajaiban ALLAH, akhirnya menyatukan Ilham dan Insyirah sebagai suami isteri. Begitulah setulus janji dua kekasih yang pernah terluka dan dilukai, agar pengalaman di masa silam dijadikan kenangan.
Harga : RM 18.00
Halaman :464
ISBN : 983-124-179-7
Komen saya:
Seperti kulit bukunya, novel ini penuh dengan ketenangan dan santai apabila membacanya. Kategori best dan boleh dibuat koleksi. Nama2 dalam watak yang digunakan sangat kena dengan sifat watak tersebut. Keindahan lokasi diceritakan dengan terang dan romantik.
Kemelut Insyirah diolah dengan penuh rasa emosi seolah2 pembaca adalah Insyirah.
Walaubagaimanapun ada sedikit typo dimana dalam bab akhir watak sepatutnya Ilham ditulis Insyirah. Saya membaca berkali2 dialog tersebut dan ternyata dialog milik Ilham. Pembaca juga dibawa ke bayang2 seorang anak kecil yang dibesarkan di UK dengan petah bercakap Inggeris dan boleh menyebabkan pembaca tersenyum sendirian.
Seronok baca kerana penuh dengan perasaan romantik dan membara.
Rating: **** boleh dikoleksikan dan dibaca berulang2.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
erm
dlm byk2 novel awk rs novel per yg paling best...
sbnrnyer kapel sy nie kaki novel pas2 sy brcadang nk bg yer novel...
novel aper yg paling sesuai???
nie blog sy
http://taqeem.wordpress.com
novel ni mmg best!!! bnyk kali sy bc..x jemu2...tahniah Kak Aina..
bk nie best dgt..sye sanggup bce dlm mase sehari demi nk bce habes bk nie..
tahniah Kak Aina..
Dapatkan 3 in 1 novel sesuci cinta, seharum kasih dan setulus janji dalam 1 novel rm45.00 termasuk pos
x dpt dinafikan novel ni mmg best sgt2...sy suka watak ilham yang agak low profile tu....
salam.. sesiapa yang ada novel setulus janji dan ingin menjual nyer, tolong jual pada saya.. saya teringin mendapatkannya, dulu ppinjam dari kawan, tapi kawan kata buku tu org lain dah pinjam dan xingat sapa yang pin.. tolong lawati facebook saya.. www.faceboo.com/applerashidi.. no hp saya 0173318593.. sesiapa ada boleh sms no ini.. tq harga boleh runding.. tolong ye, saya teringin nak ada novel itu sendiri
Novel first sy bc...sbnanyer sy bknlh pncinta novel stlh pcbaan mmbc novel setulus jnji mmbuat an sy ingin mmliki novel trsbt. Sblum ni sy pnjm dr kwn krn itupn kwn yg pkse bc. Skli bc novel stulus jnji ni trus nk bc byk kli cuz rntangn dan dugaan byk yg mreka tmpuhi...nma watak ilham dan insyirah ni mmg mnmpkkn yg mrka ni bnr2 spdn...saat yg plg best time insyirah dgr lgu yg dutrakn d corong radio iaitu "kau ilhamku"...mang tersentuh...ap2 hal novel ni mang best...
Post a Comment