Pencinta Novel

December 28, 2012

Setia Hujung Nyawa


Buy at Novel-online.com


Setia Hujung Nyawa
RM19.90Fatin NabilaPengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

December 18, 2012

Duri - available now



Duri - Fauziah Ashari




Buy at Novel-online.com Pengarang : Fauziah Ashari
Penerbit : Intens Media
Harga : RM21.50
ISBN : 983-4316-20-8



Sinopsis :

Kerapuhan ikatan kekeluargaan serta sikap egoistik membantutkan cinta dan kecintaan.

DURI menyajikan konflik pada hati yang membawa duka dan dendam. Sufi sanggup melakukan apa sahaja demi melunaskan dendamnya dan melihat insan itu tersungkur.

Dia ditinggal kekasih, kehilangan sahabat, bertemu jodoh dengan lelaki yang menyintai adik kandungnya dan berhadapan pula ibu mentua yang egoistik.

Di hatinya tiada simpati dan tidak pernah berasa gentar. Berhadapan dengan ibu mentua bagaikan pertemuan buku dengan ruas sahaja. Hidupnya penuh kepura-puraan. Apabila peluang terhidang dan ruang terbuka, terlunaskah dendam yang membara?

Mampukah elemen cinta Zhaf membendung sifat dendamnya? Mampukah cinta wujud di hati sufi yang penuh duka dan dendam?
Ikutilah kisah sufi yang cuba mencabut DURI di hati.

Read more: http://novelmalay.blogspot.com/2006/12/duri-fauziah-ashari_16.html#ixzz2FPP8jHvg


November 27, 2012

Pergilah Sepi - Dan Sepi pun Berlalu

Dan Sepi Pun Berlalu - Fauziah Ashari
Harga RM30.00
Beli Sekarang





Sambungan kepada novel Pergilah Sepi. Kisah Syafiq seorang lelaki hidung belang yang pantang melihat perempuan jelita. Azi , perempuan cantik yang sentiasa teruja memandang lelaki berharta. Dan…

Afiqah, gadis setia dengan cinta tetapi malang, terperangkap dalam dunia Syafiq angkara Azi.
Ketika aku sudah yakin mahu menerima, mengapa begini pula jadinya? Sesaat kemudian, Syafiq menoleh. Pandangan mereka bersatu. Sejenak, Afiqah terkaku. Seketika kemudian, dia tersenyum. Ikhlas demi penerimaannya yang jujur. Namun, Syafiq terus menoleh semula pada dua bakal iparnya bersama wajah selamba. Langsung tidak membalas senyuman isterinya. Afiqah menunduk. Mengapa hati ini bagaikan ditusuk oleh sebilah pisau? Mengapa jantung ini bagaikan direntap kasar olehnya? Dan, mengapa tubuh ini bagaikan dicencang? Ya Allah… dugaanMu saat hati ini sedia menerima, saat cinta masih setia pada…
“Tolonglah, hentikan semuanya ni. Di mata manusia, di fikiran masyarakat, kita memang suami isteri. Tapi ,pandangan Allah, antara kita dengan Allah, abang lebih tau. Kita tau. Jadi, tolonglah buat sesuatu yang menghalalkan di sisi Allah.” – Afiqah
Jantung Afiqah tambah berdebar. Renungan suaminya memang tajam membunuh. Dia tau telefonnya sudah berada dalam genggaman Syafiq. Cuma perlu angkat tangan dan tekan butang hijau sahaja untuk mendengar suara Zikri di hujung talian. Bagaimana keras Syafiq mahu mengambil, kian kejap dia memegang tangan suaminya bersama pandangan yang sukar ditafsir.
“Abang rayu, Ammar tak bersalah apa-apa pun. Abang tau Iqa tersinggung, marah kerana itu anak Rozi, err… Azi tapi…” – Syafiq

July 10, 2012

Seindah Sakura - Liza Zahra















Tajuk: Seindah Sakura
Penulis: Liza Zahira
ISBN: 978-983-124-489-0
Bil m/s: 501
Buy at Novel-online.com
 Sinopsis Belakang Novel:

SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam.

Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil ter halang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu.

Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi. Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya.

Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar...

Ringkasan Cerita dari saya:

Kisah pengalaman kehidupan Shakira yang penuh dengan ranjau berduri. Novel ini memaparkan kisah hidup masyarakat yang agak keterlaluan dari segi kemiskinan hidup. Mungkin ada yang senasib dengan Shakira di luar sana, yang mana jiran-jiran hanya mampu melihat, dan jiran juga tidak mampu untuk menghulurkan bantuan lantaran kemiskinan sekampung. (Oh apekah masih ada segelintar masyarakat kampung yang begini?)

Shakira yang tidak mempunyai ayah, ditinggalkan oleh ibunya Rosmah yang mencari pekerjaan di Pulau Pinang. Dengan usia yang masih mentah, Shakira bekerja sementara di kedai runcit demi mencari sesuap nasi untuk moyangnya yang sudah terlalu tua. Rumah yang didiaminya juga hampir roboh, dan tragisnya, sewaktu Shakira sedang belajar di dalam kelas, dan tiba-tiba hujan turun mencurah-curah, Shakira menyelinap lari balik kerumahnya demi mengingatkan moyangnya yang mungkin akan mati kesejukkan akibat atap rumah yang bocor. (Uhhh sadis dan sedih sungguh part ni).

Keesokkannya moyangnya meninggal dunia. Tinggallah Shakira keseorangan. Datuk Walid, ahli perniagaan di kampung tersebut menawarkan diri untuk mengambilnya sebagai anak angkat, tetapi Shakira enggan dan tetap setia menunggu Rosmah pulang membawa wang untuk berpindah dari rumah buruk yang hampir roboh.

Keesokkannya Rosmah pulang, Shakira teruja dan memasak ubi rebus untuk ibunya, malangnya pihak polis datang dan menangkap Rosmah atas tuduhan membunuh tanpa niat. Shakira berlari meminta tolong dengan tok penghulu, dan terlupa dengan ubi rebus yang hampir empuk.

Sekembali dari rumah tok penghulu, rumah Shakira yang hampir roboh hangus dijilat api. -Sadisnya- 

Sementara itu, Cikgu Airil pula yang mulanya mengherdik Shakira akibat lari dari sekolah tempohari, terkejut melihatkan kedaifan Shakira. Dia mula jatuh hati pada Shakira. Datuk Walid pula mengambil Shakira tinggal dengannya. Datuk Walid mempunyai seorang anak perempuan (Anida) yang sangat bencikan Shakira walaupun sekelas.

Anida seorang antagonis yang menghina kemiskinan, manakala ayahnya pula seorang yang sangat pemurah dan baik budi. Airil pula adalah anak saudara Datuk Walid. Bermulalah kehidupan Shakira yang penuh dengan derita, terpaksa berhadapan dengan Anida. Sementara itu orang gaji Datuk Walid sangat sukakan Shakira dan teringin hendak menyatukan Shakira dengan Cikgu Airil. Tetapi hasrat nya tidak kesampaian kerana siapa lah dia di dalam rumah Datuk Walid.

Sewaktu cuti persekolahan, Shakira menyatakan hasrat untuk menziarah Rosmah di penjara Pulau Pinang. Anida mula mengatur rancangan jahatnya untuk menfitnah Shakira. Di bilik hotel, Anida sengaja menukar kunci bilik dengan cikgu Airil. Shakira difitnah berkelakuan sumbang. Cikgu Airil tidak dapat menahan rasa marahnya lalu menghantar Shakira ke rumah pemulihan akhlak tanpa sebarang soal. Shakira akur, mungkin ini hikmahnya, kerana dia berasa tenang berada di rumah pemulihan akhlak.

Cikgu Airil pergi dengan hati yang kesal, dan pergi membawa diri ke kota London untuk melanjutkan pelajaran dan bertekad tidak akan pulang. Shakira pula, selesai SPM, dia telah dipinang Datuk Walid, dan dia terpaksa menerimanya.

Ada lagi adegan2 suspen. Shakira diceraikan, Shakira kahwin dgn Roni yang memukul dan menipunya, Shakira menguruskan syarikat yang ditinggalkan Datuk Walid. Datuk Walid sebenarnya memadukan Syakira dengan Nadrah. Anida yang hilang arah, moral dan menjadi gadis sosial di kota London. Anida akhirnya berkahwin dengan Cikgu Airil demi Datuk Walid. Datuk Walid pengsan dihari pelancaran Novel Shakira, dan menemui ajal sehari selepas itu akibat perbuatan Anida.

Akhirnya ..... mesti la happy ending ... tapi trauma demi trauma, dan supens demi suspens..

Rating saya: **** (4/5 bintang.....) Saya suka novel ni sebab tiap2 kali tukar bab, mesti ada doa sebelum permulaan paragraph... Best lah!.

June 23, 2012

Sebenarnya Saya Isteri Dia - Zura Asyfar


Add to Cart!
Tajuk : Sebenarnya, Saya Isteri Dia
Penulis : Zura Asyfar
Harga : RM30.00 diskaun 30% off.. Rm21.00
ISBN : 978-967-0246-17-8

Sinopsis belakang novel:

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

Ringkasan dari saya:

Kisah percintaan selepas perkahwinan antara Syafa Aqira dan Firash Arshad. Selepas menghadiri jamuan harijadi di rumah Raimy, Syafa dipaksa bernikah dengan Firash Arshad tanpa persetujuannya. Firash Arshad yang muda 4 tahun darinya pasrah. Raimy cuba memerangkap Syafa Aqira dengan meletakkan serbuk dadah kedalam minuman Syafa, sementara itu Raina (adik Raimy) berbuat yang sama pada Firash Arshad.

Syafa lena di bilik tamu, dan tiba-tiba Firash pula masuk dan khayal disitu. Firash tanpa pertimbangan telah menodai Syafa tanpa pengetahuannya. Semasa berlaku kejadian di rumah Raimy, teman lelaki Syafa datang lewat ke majlis (Farish). Farish terjumpa mereka berdua dalam keadaan mengaibkan di bilik tamu sewaktu rakan-rakan lain sibuk menyanyikan lagu selamat harijadi Raimy. Farish terkejut dan memaksa mereka berdua bernikah. Setelah peristiwa tersebut diceritakan dengan panjang lebar kepada Datin Farizah (Ibu Farish dan Firash), Datin bersetuju menikahkan terus Firash dan Syafa. Syafa pula memang kebetulan anak angkat Datin Farizah, pasrah.

Farish pula meninggal dunia saat hari pernikahan Firash dan Syafa. Datin Farizah pula ditinggalkan suaminya, Datuk Fakhrul setelah Datuk mengahwini Puan Aida (isteri kedua, dan merangkap ibu kepada Raimy dan Raina). Masing-masing tidak mengetahui yang Firash adalah anak Datuk Fakhrul.

Perkahwinan Firash dan Syafa sengaja dirahsiakan Firash dan Syafa dari pengetahuan rakan-rakan kolej dan pejabat. Tetapi takdir menemukan mereka berdua bekerjasama dalam satu pejabat di Kerteh. Di situ bermulalah episod saling jatuh cinta, emosi dan cemburu antara Firash dan Syafa. Sampai ke kemuncaknya, Raina cuba mendapatkan Firash dengan cara yang kotor, dengan mengupah PI untuk melakukan tugas memerangkap Firash dan mengambil gambar yang mengaibkan antara Firash dan Raina.

Gambar yang di'super imposed' kan tersebut dihantar ke meja Syafa, menyebabkan cinta yang baru berputik antara Syafa- Firash, terus terpadam. Pada malam annual dinner, Firash yang tertekan dengan gambar2 tersebut telah memaksa Syafa menunaikan hak seorang suami. Setelah itu, Syafa melarikan diri ke Shah Alam, dan Firash terkapai-kapai merindui isterinya.

Akhirnya mestilah happy ending.....


Rating saya:
**** (4/5 bintang)

May 14, 2012

Biarkan Indah Berlalu - Ramlah Rashid


Buy at Novel-online.com
RAMLAH RASHID
RM 25.90
ISBN: 978-967-0342-28-3
~656 hlm
Bahasa Melayu
Demi cintanya, Danial dengan rasa terpaksa memaksa hati membiar Indah berlalu. Cinta bukan bererti memiliki, tetapi berusaha membahagiakan yang tercinta mengutip bahagia dengan caranya. Dan demi Putri juga, relalah Danial mencari sirih jampi bagi melupai mereka. Namun demi harapan terindah Putri, berusaha juga Danial menjejak diari lama, bukan untuk merampas yang bukan miliknya tetapi sekadar melunasi apa yang dia sudah berjanji. Dan demi menebus doa silam, Azril mahu melupai semuanya. Mahu dibimbing Indah dan Putri menjejak esok yang masih misteri. Demi Putri juga, Indah mengajar hati menerima yang dibenci.
Tarikh Terbit: 15 Mac 2012

Sinopsis dari saya:

Walaupun cover buku ni tak menarik perhatian saya, tapi saya cuba juga beli dan baca. Sungguh memang tidak mengecewakan. Kisah seorang gadis bernama Indah, tinggal dengan family mak sedara dia sebab nak pergi kolej dekat. Tiba2 satu hari tu, dia kena rape dengan abang sepupu dia, lepas tu dia trauma sebab mak sedara dan pak sedara dia tak mau bocor rahsia. Dia pregnant. Dia kena tibai dengan ayah dia (x jeneral komando) hari-hari bila kolej panggil mak ayah dan beritahu tentang kes rogol tu. Mak ayah dia tak boleh terima, paksa dia bagitau siapa yang buat. Tapi dia ni demi nak jaga nama baik mak sedara dan pak sedara dia, dia x buka mulut. Abang sepupu dia pulak lari terus ke Australia.

Abang sepupu dia pulak ada reason, sebenarniya waktu tu dia putus cinta dengan xgf dia indon. Indon tu ckp penah buat ngan bf sblm abg sepupu dia. So dia jadi geram, dan tala kat adik sepupu dia, masa tu kebetulan mak ayah g kenduri kawin.

Sadis nya Indah ni bawa diri ikut kaki, lari dan lari, keje kat salon cina, sampai perut dia dah dekat nak bersalin, dia lari g tepi surau dan bersalin kat bawah pokok pisang senja tu. Bila dia sedar, baby dia dah kena gigit semut, dia pun kena gigit semut.. aduyai sedihnyaaa.... pastu dia x tau nak buat apa, dia nak letak kat depan surau, time ni la ada sorang tua, toknyang tegur dia, dan ambil dia bawak balik rumah, dan belia dia, buat macam cucu sendiri (tok dan tok nyang - depa berdua ni x de zuriat, coz anak depa mati masa kecik2... - so Indah ni tinggalkan baby dia kat both tok n toknyang ni sampai umur 3 tahun.... - tok n toknyang ni pulak jenis alim, ajar ngaji budak2 kampung)...

peh tu, Indah ni kerja kat KL, boss dia Danial minat lak kat dia, cuba tackle dia x dapat2.. tup tup masa Indah g jenguk anak dia Putri kat kg toknyang, Danial ni dok bersembang ngan toknyang dia pasal insurans.. jumpa kat situ, terus Danial tanya kat toknyang pasal Indah..

Time ni pulak Azril (abg sepupu dia) dah balik dari Australia dan insaf, nak cari semula Indah dan nak nikah dengan Indah, menyesal dengan perbuatan dia....

Azril sebenarnya accident teruk masa kat Australia, koma 2 minggu, dan meracau sebut2 nama Indah berkali2... (so time ni pembaca jadi dilemma... nak pilih Azril ke nak pilih Danial) dua dua ada aura tersendiri, dua2 hensem, dua2 ada pekerjaan yg baik, dua2 anak emak.. hmmmmmm

Balik Msia, Azril dah pulih sepenuhnya, tapi doc kata x mungkin Azril boleh dapat zuriat lagi.. uhuhuhuhuuuu

Dan juga Azril banyak buat solat taubat, munajat pada Allah, dan merangkak2 baca Alquran... uhuhuhu... terharu nya...

Azril lak ada kawan pompuan sejak zaman sekolah, namanya Nazira.. (dia mcm ada hati kat Azril, tapi x cakap apa2 coz Nazira ni pun dah ada bf, tapi x bila ajak kawin, sentiasa je mengelak)... so dia pertikaikanlah kenapa Azril nak kawin ngan sepupu dia..

 Then, mak ayah Azril dan mak ayah Indah, mula dah berebut cucu - Putri. Putri ni akak bayangkan macam Mia Sara, bijak sangat bercakap, dan kesian kat dia, sentiasa tumpang mainan, makanan dgn jiran dia (kawan2 sepermainan selalu ajak Putri pergi main kat rumah diorang esp rumak makcik Syarifah akak Syasya)... dan Putri ni citer pasal kek besday, ayah Syasya yang rakam video, gelang kaki syasya, rantai syasya... kesiannya... (mcm budak2 yg teringin tapi x de, sbb meskin)

Danial ajak Indah balik kg Indah untuk dapatkan restu, dan tunjuk cucu.. tu yg both family yg cuma ada anak sorang, berebut cucu tu....

Nice and well put. Bahasa yang menarik. Tahniah Ramlah Rashid!...

Rating saya: **** (4/5 bintang)


April 5, 2012

Novel Kasih Antara Kita - Aleya Aneesa


Tajuk: Kasih Antara Kita
Penulis: Aleya Aneesa
Harga: RM19.90
Add to cart



Sinopsis belakang buku:


Emelda sama sekali tidak menduga begini lipatan takdir yang dijanjikan untuknya. Namun dia tetap pasrah dan reda dengan setiap ujian yang datang. Yakin… Sesukar mana pun perjalanan hidup, masih ada keindahan dan kemanisan yang akan dikecapi.
Lantaran itu, dia rela bila melihat derita yang ditanggung oleh si kakak. Jika inilah yang dinamakan pengorbanan, dia tahu dia telah melakukan pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Masa depan dan harga diri! Namun, apa pilihan yang dia ada?
“Tapi… dalam hidup ini tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apa lagi bila melibatkan perasaan orang lain.”
Akur dengan kata-kata itulah, Emelda akhirnya rela memperjudikan nasib bersama Aril Fatah. Meskipun saat memandang wajah itu tidak ubah seperti melihat kertas putih. Tapi demi Atiea dan Dania, dia tetap mencuba sedaya yang boleh. Walaupun dia tahu, bila kebenaran terbongkar, dia yang akan karam sendiri!
“Benarkah perkahwinan tanpa cinta itu teguhnya seperti sebuah istana pasir? Diusik ombak, pasti akan goyang. Apatah lagi jika gelombang yang tiada taranya.”
Lantas hati kecil Emelda bertanya, “Inikah balasan atas pengorbanan yang kulakukan selama bertahun-tahun ini?”
Sedangkan dalam waktu yang sama, Aril Fatah leka memikirkan kata-kata tulus Hakimi yang lebih kepada cabaran. “Kalau benar sayang, berusahalah untuk mendapatkan cintanya!”.
Rating saya: 4/5 bintang

April 2, 2012

Kan Ku Kejar Cinta Kamu - Fauziah Ashari - bakal difilemkan


Tajuk: Kan Ku Kejar Cinta Kamu
Penulis: Fauziah Ashari
Penerbit: Intens
Bil m/s: 795
Berat: 700gm
ISBN : 978-967-5289-19-4
Sinopsis Belakang Buku:


Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air.

Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, " Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan)."

Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut, "Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa." Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler!

Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus-terang, hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari!

You ni cantik. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau, - Raiyan

"Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sngat bukan kesilapan." Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Delila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bonda si Hitler.


Ringkasan dari saya:

Kisah suami-isteri yang terpaksa menempuh dugaan yang diciptakan oleh keluarga masing-masing. Demi kerakusan harta dan pangkat, mereka terpaksa mengalah, tetapi tidak kalah.....

Kan Kukejar Cinta KamuKan Kukejar Cinta Kamu by Fauziah Ashari
My rating: 4 of 5 stars

Dah baca lama dah, since baru diterbitkan.. Not bad.

Kisah suami-isteri yang terpaksa menempuh dugaan yang diciptakan oleh keluarga masing-masing. Demi kerakusan harta dan pangkat, mereka terpaksa mengalah, tetapi tidak kalah.....

Read more: http://novelmalay.blogspot.com/2012/0...

View all my reviews

March 26, 2012

Duri - Cover Baru


Tajuk : Duri
Penulis - Fauziah Ashari
Harga : RM19.90
Ringkasan :

Ia mengisahkan kekuatan di jiwa Nur Amalsufi (Sufi) yang ditinggalkan oleh kekasihnya, Hazim Fikri. Kekentalan jiwanya bertukar sakit hati yang parah di mana bagaikan ada duri yang sentiasa mencucuk-cucuk sekeping hatinya. Sufi sentiasa berada dalam kesakitan selagi 'dendam' tidak terlunas. Dendam apabila bukan sahaja ditinggalkan oleh Hazim tetapi Durrah iaitu ibu Hazim telah menjadi punca ibunya koma sehingga menemui ajal.

Bermula kisah yang tragis itu, dan apabila peluang terhidang di hadapan mata, dia tidak pernah menoleh ke belakang lagi. Adiknya Nur Adamnuri (Nuri) yang terpisah sejak kecil kerana dibela oleh ibu tiri mereka rupanya sedang asyik mahsyuk bercinta dengan Muzhaffar Zaman (Zhaf) iaitu abang kepada bekas kekasihnya.. 

Suatu hari, Nuri melarikan diri daripada majlis perkahwinan yang dirancang dan diketahui oleh umum demi mengejar cita-citanya di luar negara.

Fathurrahman buntu dan berasa malu dengan sikap anak bongsunya, meminta pertolongan Sufi untuk menjadi pengantin kepada Muzhaffar. Sufi dengan rela hati bersetuju demi melunaskan dendamnya terhadap Durrah. Sufi merancang untuk menyakiti perasaan Durrah dan akan berpisah dengan Muzhaffar sebelum Nuri pulang ke tanah air.

Perancangan demi perancangannya sememangnya semakin mudah apabila Muzhaffar meninggalkannya untuk mencari Nuri setelah beberapa hari mereka bernikah. Ketiadaan Muzhaffar membolekannya bekerja dengan bapa merntuanya, Hasif. Kelicikan Sufi menyebabkan bapa mentuanya jatuh cinta padanya. Durrah pula lumpuh dan hanya berkerusi roda. Mahalh tanpa disengajakannya, Hasif dan Durrah juga bercerai talak tiga.

Namun, Sufi masih tidak puas. Dia merancang untuk punya anak pula dengan Muzhaffar demi adanya keturunan keluarga Durrah dari warisan keluarganya yang dihina oleh Durrah dahulu. Kepulangan Muzhaffar tanpa Nuri buat hati Sufi menjadi nakal. Dia cuba goda suaminya dalam diam hingga Muzhaffar jatuh cinta padanya. Muzhaffar yang berasa keseorangan dan kian jauh dari Nuri mudah terpesona. Muzhaffar mula membandingkan dua beradik itu dan lama-kelamaan hatinya pula terpikat dengan Sufi.

Keadaan menjadi genting apabila Sufi disahkan hamil dan dalam masa yang sama Nuri pulang ke tanah air untuk memiliki semula kekasih hatinya, Muzhaffar. Muzhaffar serba-salah dan Sufi juga serba tak kena kerana dia sayangkan adiknya, Nuri. Dalam waktu sama, bibit-bibit cintanya terhadap suaminya mula tercipta tanpa sedar....


Ringkasan di ambil dari majalah pop club. TQ.

Untuk membeli sila klik di sini http://novel-online.com

March 12, 2012

Jodoh Itu Milik Kita

Klik untuk membeli
Tajuk: Jodoh Itu Milik Kita
Penulis: Sara Aisha
Terbitan: Karya Seni
Bil mukasurat: 800
Masa yg saya ambil utk habiskan 1 minggu.

Sinopsis belakang buku:


Dahlia Binti Darius…..nama yang cukup ringkas, seringkas tuan empunya nama. Namun sayang, kehidupan yang ringkas dan bahagia berubah sekelip mata. Air matanya menitis buat kali pertama tatkala ditinggalkan bakal suami pada hari pernikahan. Lagi menggemparkan apabila dia sah menjadi isteri kepada lelaki yang langsung tidak dikenali!

“Ya Allah! Berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi cubaan yang Engkau hadiahkan padaku ini. Mungkin dia adalah lelaki terbaik yang Engkau utuskan buat hamba-Mu ini….” – Dahlia

Aariz Danial Bin Abdullah…..kehidupannya tidak seindah nama, terlalu berat dan terlalu menyakitkan. Hanya pada keluarga itu, kasihnya tumpah dan dia sanggup melakukan apa saja demi hutang budi yang menggunung. Dan sekelip mata, dia sah menjadi suami kepada gadis yang langsung tidak dikenali!

“Ya Allah! Aku memohon pada-Mu, berikanlah aku kekuatan untuk menghalang hatiku daripada menyintai dia. Dia wanita sempurna, dan aku tidak layak untuknya….” – Aariz

Mereka merancang, mereka menghitung perjalanan hidup dengan mengharapkan kebahagiaan abadi, namun siapa mereka untuk menghalang bila Yang Maha Esa punya rancangan-Nya sendiri? Maka benarlah, kata-kata itu….Manusia hanya mampu merancang dan meneka, namun kepada Allah juga segala ketetapan.


“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”- Aariz + Dahlia


Ringkasan dari saya:

 Jodoh Itu Milik Kita kisah keluarga yang memaparkan konflik dalaman seorang suami. Antara kasih seorang abang dan kasih sebagai seorang suami. Aariz terpaksa menawarkan dirinya tampil di saat-saat akhir mengganti tempat adiknya yang lari pada hari perkahwinan adiknya Syafiq dan Dahlia. Awalnya Dahlia tidak sanggup, tetapi setelah dinasihatkan umi dan ibunya, Dahlia turut akur dengan jodohnya dengan Aaariz. Konflik dalaman berlaku apabila Syafiq, kembali menagih Dahlia dari Aariz, dan Aariz serba salah dengan perasaanya sendiri.

Syafiq pula mula memananam jarum di hati Dahlia dengan menyucuk rasa ragu-ragu dengan personaliti Aariz. Ada satu rahsia yang disimpan kemas oleh keluarga Tuan Haikal - bapa angkaat Aariz dan sebagai ketua keluarga, Tuan Haikal perlu merungkai segala yang telah kusut disebabkan rahsia tersebut. Apakah Rahsia itu? hampir 3/4 novel dah muka surat 500 masih tak dapat solve lagi misteri kewujudan Aariz dalam keluarga Tuan Haikal, yang menyebabkan perkahwinan Aariz dan Dahlia goyah. Akhirnya Jodoh mereka masih kuat dan tiada apa yang dapat pisahkan mereka berdua kecuali takdir...

 rating saya: *** 3 bintang....

January 25, 2012

Terlanjur Mencintaimu - Syamnuriezmi



Tajuk: Terlanjur Mencintaimu
Penulis: Syamnuriezmil
Penerbit: KaryaSeni - Fajar Pakeer
Harga: RM18
ISBN: 9789670246000
Tarikh terbitan: Cetakan keempat Jun 2011
Bil m/s:  441

Sinopsis belakang buku:


Johan Iskandar mempunyai dua sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaikha. Satu, sebab wasiat Tok Din, satu lagi sebab Izhar, ayahnya. Tercetus satu perasaan di antara dia dan Tengku Hanis. Sudah terlanjur mencintai isteri paksaannya, apakah Tengku Hanis menerima Johan setelah mendapat tahu sebab utama Johan mengahwininya?
Johan Iskandar : "Tahu tak kenapa perasaan itu tidak ada? Kerana Johan Iskandar sudah jatuh cinta dengan Tengku Hanis Zulaikha, tak ada... dan tak akan ada wanita lain di hati Johan Iskandar selain Tengku Hanis Zulaikha!"
Tengku Hanis terpaksa menerima keputusan wasiat itu kerana takut keluarganya merempat. Dia mulanya tidak mencintai Johan disebabkan rasa takut yang mendalam, takut ditinggalkan. Tetapi di dalam diam, dia sudah terlanjur mencintai Johan. Adakah Tengku Hanis akan rela membuka sepenuh pintu hatinya kepada Johan Iskandar?
Tengku Hanis Zulaikha : "Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu!"
Wasiat Tok Din mempunyai 'due-date', adakah kedua-dua mereka berjaya memenuhi wasiat itu sebelum tamat tempohnya?

Ringkasan dari saya:

Kisah seorang wanita yang egois, terlalu pentingkan diri sendiri, sanggup menafikan rasa kasih sayang dan cinta yang timbul setelah pernikahan dilangsungkan demi wasiat nendanya. Johan Iskandar bukan siapa-siapa, dia anak rakan baik bekas rakan niaga nenda Tengku Hanis sendiri. Nenda nya mempunyai sebab kukuh kenapa wasiat yang sedemikian di wartakan pada Tengku Hanis. Johan Iskandar pula akur demi menyiasat mengapa atuknya membawa diri yang lara ke negeri yang jauh dari syarikat gah yang pernah atuknya dan nenda Hanis pelopori dahulu.

Rating saya:
**** (4/5 bintang)

January 17, 2012

Bicara Hati - Damya Hanna



Klik Untuk Membeli
ISBN: 983-124-110-x
Halaman: ~576
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 500 gram
Tarikh Terbit: 6 Mac 2003

Sinopsis belakang buku:


DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.

Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.

Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.


Resensi saya:

Pada waktu saya mencatat di blog resensi ini, 17/1/2012, malam ini merupakan episod ke 3 di Astro Prima. Boleh layan tengok di youtube untuk episod2 sebelumnya. Tapi saya pun tak sempat nak layan.

Kisah tentang nikah kontrak yang diusul oleh Tengku Syahran untuk mengelakkan diri dari bernikah dengan Linda, yang mana Linda setelah diintip oleh Tengku Syahran, dia didapati curang, ada banyak boyfriend dan suka bersosial bertukar-tukar pasangan. Walaupun begitu Linda pandai mengambil hati ibu Syahran dengan memberikan hadiah-hadiah, beramah tamah dengan keluarga Syahran.

Pertemuan secara tidak sengaja (accident) memberikan Syahran idea. Dia berjaya memujuk Zahlia untuk bernikah, dan diberikan wang RM30k. Zahlia pula menerima tawaran tersebut kerana, 1. Dia terlanggar kereta Syahran disebabkan kecuaian dia. 2. Memerlukan wang untuk menampung kos rawatan pembedahan Razif yang sama tempat dia dibesarkan iaitu Rumah Anak Yatim.

Sepanjang perkahwinan, mereka berdua terpaksa berlakon mesra apabila berhadapan dengan keluarga Syahran. Sementara itu, Zahlia sendiri mempunyai keluarga angkat yang membelanya sejak kecil.

Konflik timbul apabila Linda cemburu melihat kebahagian Zahlia dan Syahran dan mula menabur fitnah. Dia mengupah orang suruhan untuk mengambil gambar-gambar. Syahran dan Zahlia sedikitpun tidak terpengaruh dengan gambar yang dihantar. Bernard rupanya rakan sekelas Syahran semasa di Universiti dulu.

Zahlia pula didatangi oleh ibu kandungnya sendiri Raja Khalidah. Cerita disebalik Zahlia dihantar ke rumah anak yatim sejak kecil terbongkar. Raja Khalida dikhianati ibu (nenek Zahlia) sehingga sanggup memisahkan antara ibu-anak dan ayah.

Akhirnya, Zahlia dan Syahran terpisah setelah ibu Syahran terpengaruh dengan hasutan Linda yang memberikan salinan surat perjanjian kontrak pernikahan mereka berdua. Tengku Badriah (ibu Syahran) tidak mahu sebarang keturunan zuriat yang tidak diketahui asal-usul, dan Zahlia membawa diri ke rumah rakan baik mereka Anissa dan Adli. Sementara itu, Syahran yang sudah jatuh cinta dan menyayangi Zahlia membawa diri yang lara... dan pada waktu yang sama Zahlia sudah pun mengandung 2 bulan...

Rating saya: **** (best, boleh buat koleksi nangis nangis)..



January 6, 2012

Novel Gemersik Kalbu vs Drama Gemersik Kalbu


Klik untuk membeli

GEMERSIK KALBU Isnin - Khamis jam 7 ptg
Pelakon:
Aqasha - Sufian
Ayu Raudhah - Raihanna
Fazreen Rafi - Wan Ariffin
Anzalna - (suria di cordoba x tunang adi putra) - Tasha
Aida Khalida - ibu sufian
Khatijah Tan - ibu Wan Ariffin
Dian P /ramlee - ibu Raihanna


Komen saya:

Baru tengok 1 episod, dari beberapa episod.. Tayangan jam 7mlm memang tak memberansangkan dengan kesibukkan kita yang bekerja untuk memasak, solat dan bantu anak buat kerja sekolah.. so option nya.. tak tengok la jawabnya.

Sempat tengok Wan Ariffin terpikat ngan Raihanna yang keluar dari surau usai solat Isya'. Teringat pula drama Tahajjud Cinta bila tengok Fazreen. Sesuai juga dia dengan watak ala alim-alim kucing tu dalam Gemersik Kalbu ni.. huhuhuhu... PAda yang belum baca novel ni, nanti Wan Ariffin akan meninggal dunia, dan Raihanna frust sangat-sangat.. Nak kena baca semula buat revision!...

Ape kata anda?

Lagu Aqasha

Obsesiku - aqasha

Matamu…bibirmu..pipimu dan juga senyum mu
Membuat aku lebur hanyut di dalam ghairah kernamu
Tubuh mu..
Harum mu..
Hatimu oh semua aku mahu

Inginku gigit-gigit cuping telinga kecilmu
Luahkan perasaanku
Membisikan aku cinta kamu
Asmara disetiap pagi hari mu
Dengan harapan agar kau tahu
Semoga kau tahu

Ku gilakan mu
Aura mu memujuk rayu hatiku
Sering bergoncang jiwa ini
Siang malam ku gundah
Tiada melihat wajah mu
Ku rindu
Tubuh mu
Harum mu
Hati mu
Oh semua aku mahu