Pencinta Novel

November 11, 2007

Moga Kau Mengerti - Lily Haslina Nasir



Moga Kau Mengerti

Penulis: Lily Haslina Nasir
Terbitan ALAF 21
Halaman :544
ISBN : 978-983-124-317-6

Sinopsis Belakang Buku:

Perpisahan membuatkan Adeena Adalia sengsara menanggung rindu. Semakin disisih wajah dan nama Kamali dari ingatan, semakin memanggil-manggil kerinduan di jiwa. Sepuluh tahun berlalu, dia tidak pernah berputus asa menanti agar dipertemukan de-ngan lelaki itu.

Melayari lautan kehidupan yang sesekali bergelora mempertemukannya dengan Dr. Adib yang nyata kasihnya sebening air dari pergunungan. Dia cuba memujuk diri menerima huluran cinta itu. Namun, setiap ceruk hatinya hanya menyebut nama Kamali.

Kehadiran e-mel daripada Wani membuka jalan untuk Adeena menghubungi Kamali semula. Biarpun di persimpangan yang amat mengelirukan, hatinya memilih jejaka yang dikenali sejak di bangku sekolah. Sihir cinta yang dirasai amat luar biasa. Tetapi syurga yang dicari bersama Kamali rupa-rupanya neraka yang tiada penghujung.

Adeena masih tidak berhenti berdoa, masih mengharap agar Kamali mengerti. Cinta bukan untuk dipersenda. Namun, bercahayakah cinta di hati setelah dihancurluluhkan?

Komen Saya:

Puas saya cari novel dari Lily Haslina, semasa bulan puasa yang lalu, MPH ada membuat promosi di ruang legar Alamanda, tapi malangnya tiada sebuah pun novel Lily Haslina walaupun ada dalam sistem. Agaknya sebab promosi, jadi MPH tak pamerkan buku2 baru, hanya buku lama mcm Marah2 Sayang tu ada dan buku2 novel inggeris yg popular, trionovel dari penerbit lain selain alaf pun ada. Akhirnya Minerva juga yg dituju.

OK, setelah menatap, membelek dan memerhati, saya pun beli novel ni, memang berbaloi juga la, dalam masa sehari saya habis baca. Sebenarnya dah habis 3 minggu lepas tapi tak sempat nak upload di sini.

Dalam novel ni ada macam2 perasaan, macam makan ikan tiga rasa, masam,manis dan masin. Ada sedih, sayang dan ketawa. Kisah hidup Adeena dikupas dari umurnya remaja (masih sekolah) hingga la ke universiti dan bidang pekerjaan. Kisah cinta monyet (pakai surat-menyurat) zaman dulu tersambung kembali sewaktu di alam pekerjaan.

Adeena sebagai journalist berkahwin dengan suaminya yg dulu cinta monyet nya, tapi dia tersiksa dan didera. Orang yang dianggap sebagai pelindung, telah menjadi musuh nya, namun dia pasrah. Hinggalah kemuncaknya dia telah dipukul hingga dimasukkan ke wad kecemasan. Akhirnya suaminya melepaskan Adeena dan pergi berubat.

Adeena pula telah dilamar Doktor yang merawatnya walaupun pada mulanya tiada perasaan cinta pada dr Adib.

Akhir cerita ini seolah2 tergantung... Namun syabas Lily kerana berjaya menggambarkan kehidupan sebenar seorang journalist.

Rating saya:
****1/2

September 21, 2007

Bunga-Bunga Kemboja- Aina Emir KARNADYA

Bunga-bunga Kemboja
Penulis : Aina Emir
Penerbit : KarnaDya Solutions Sdn Bhd
ISBN : 978-3316-05-2
HArga : RM19.90
Sinopsis
Kekecewaan kerana gagal cinta pertama membawa Nabil ke negara Kemboja. Niatnya adalah untuk berjihad. Namun, di sana, dia bertemu dengan sesuatu yang mengubah hidupnya. Dalam begitu, dia keliru bila tiba-tiba tersepit antara cinta lama dan perasaan sayang yang mula menjelma."Cinta itu adalah rasa yang harus diberi dan dikongsi"

Komen saya:

Mula membaca bab pertama menarik, bila diselak ke bab seterusnya terasa lambat untuk membaca, ingin tahu apa kesudahan nasib si Nabil di Kemboja.
Saya membaca secara skimming and scanning sebab nak tahu apa terjadi kepada Nabil. Secara keseluruhan Nabil punya watak yg agak lemah, sebagai lelaki dia mempunyai pandangan dan minat pada perempuan yang timbul didepan matanya.

Nabil berkahwin dengan mix kemboja malaysian dan isterinya kembali ke kemboja kerana difikir yang Nabil tidak menyintainya, asyik diganggu oleh bekas kekasih dan masih melayan bekas kekasih.

Rating saya:
** baca nak cepat abis je..

September 6, 2007

Cinta Sang Ratu - Ramlee Awang Mursheed

Cinta Sang RAtu



Sinopsis dari saya:

Kisah kesinambungan dari Bagaikan Puteri. Haryani yang sedar dari koma dan masih dalam proses penyembuhan dari penyakit jiwanya masih teringatkan Laksamana Sunan dari zaman silam. Dani pula yang menyimpan perasaan terhadap Haryani pergi ke Acheh menjejak susur galur Laksamana Sunan. Akibat dari Tsunami Dani terdampar dan hilang waras.

Sementara itu di zaman silam, Laksamana Sunan diserang hendap oleh anak Maharani iaitu Ratu Sulaman, tetapi Ratu Sulaman tertewas dan Laksamana Sunan memberinya peluang untuk mendekati Islam, akhirnya Ratu Sulaman disunting Saifudin untuk menjadi surinya dan dinamakan Ratna. Maharani murka dan berdendam, dihantar gagak hitam yg jahat untuk mengintip dan dengan tipu muslihatnya, dia menculik Ratna dan menyihir menjadi Ratu Sulaman semula.

Di zaman kini, Haryani pergi menjejaki Dani ke Medan setelah diketahui isi hati Dani melalui poskad yg dihantar Dani. Menurut kedutaan MAlaysia, Dani telah hilang dalam Tsunami di Acheh, namun begitu Haryani masih yakin yang Dani masih hidup. Walaupun ditegah keluarga, Haryani tetap menyelinap lari ke Medan. Semasa dalam pencarian, Haryani telah di tipu oleh Ponah, pemandu yang sanggup membawanya ke Acheh. Dia telah diperangkap di Manggala, tempat manusia berupa serigala jadian sewaktu bulan mengambang. Semasa dalam tahanan Bahadur, (ketua manusia serigala), Haryani berjaya melarikan diri dan terjumpa Ponah yang telah mnjadi mayat hancur dibaham serigala jadian.

Senggara yang merupakan makhluk manusia bertopeng mempunyai kuasa yang kuat dan mampu menyerang tentera secara bersendirian. Senggara merupakan mahkluk dua jiwa, 1 yang jahat dan yang baik. Maharani menyihir Senggara menjadi amat jahat dan menyerang bahtera Laksamana Sunan. Walaupun kuat Senggara tertewas, rupa2nya dengan keris Nangroe Senggara ditikam dijantung lalu hilang berpusar menjadi cahaya menuju ke langit. Senggara baik adalah dari roh Dani yang tersesat ke zaman silam.

Manakala Dani telah dirawat oleh Pak Mustakim dan Saliha. Pak Mustakim risau tentang makhuk serigala jadian yang mana dia merupakan keturunan dari Manggala juga. Ada beberapa penduduk dalam khemah Tsunami yang pernah ternampak serigala jadian, bermakna Pak Mustakim dan Saliha mungkin menjadi serigala jadian sewaktu bulan mengambang. Mereka cuba berubat dengan pergi ke Manggala. Di sini lah mereka terjumpa Bahadur dan Haryani. Haryani dan Dani bertemu, tetapi Dani masih belum sedar di dunia nyata.

Setelah Saifudin menikam Senggara, Dani menggelupur bagai terkena sawan, Dani tersedar dari dunia gilanya dan mengenali Haryani.

April 26, 2007

Kau Laksana Bulan - Aina Emir


Sebenarnya dah lama saya baca novel ni, tapi tak sempat nak update dalam blog. Saya masih dalam keadaan sedih atas pemergian arwah ayah saya Hj Yusof Bin Abu Bakar. Dia telah kembali ke rahmatullah pada 17hb Mac 2007. Semoga roh nya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.


Berbalik kepada novel Kau Laksana Bulan.

Pengarang : Aina Emir
Penerbit : Karna Dya
Harga : RM19.90
ISBN : 983-4276-13-3


Kisah seorang penulis novel thriller dan persekitaran hidupnya. Bermula dengan pertemuan secara tidak sengaja dia atas komuter dari Nilai ke KL, pertemuan yang melucukan antara heroin dan hero.

Konflik berlaku bila mana x-boyfriend cuba2 untuk menghampirinya dan cuba memenangi hati keluarganya. Di sini berlaku lah perebutan, serba sedikit menyebabkan dia rasa pasrah atas kehidupannya.....

February 12, 2007

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki - Norhayati Berahim

Add to cart Tajuk : Pesanan Terakhir Seorang Lelaki
Author: Norhayati Berahim
Terbitan : CESB Sdn Bhd, KL
Bil Mukasurat: 444 ms
Harga: RM21.90
ISBN: 9838934275

Sinopsis saya (Part 1)

Komen saya:

Ada beberapa watak utama dalam novel ini. Atiqah, Nik Arif dan Datuk Marzuki. Mulanya kisah Atiqah yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat komputer kecil yang mana dia telah diperkecil-kecilkan, dan hampir jatuh cinta dengan bossnya, anak Tuan Ahmad. Namun begitu, Tuan Ahmad terlalu angkuh, sangguh menjatuhkan air muka Atiqah dihadapan rakan sekerja nya dengan mencaci pekerjaan Atiqah sebagai kerani tetapi mahu berkawan dengan anaknya seorang boss.

Atiqah tidak tertekan walau sedikit pun, dia menganggap itu cuma salah satu dugaan dan cabaran dalam bidang pekerjaan, kerana dugaan lebih besar dari itu pernah dia hadapi dengan tabah. Kisah silam Atiqah dihalau keluar dari rumah oleh ayahnya selalu bermain dibenak kepalanya. Dia benci ayahnya Datuk Marzuki. Dia cuba menyimpan rahsia tentang dirinya yang merupakan anak Datuk Marzuki yang terkenal dengan kaki perempuan. Dia malu.

Manakala itu, anak tuan rumahnya, Nik Arif pulang dari luar negara, dan mula berkawan dengan June, yang merupakan rakan serumah Atiqah. Tuan rumah Atiqah Hajah Mimah, memang baik dengan Atiqah dan sangat menyukai Atiqah. Malah Hajah Mimah cuba menggandingkan Nik Arif anaknya dengan Atiqah, namum Nik Arif pada mulanya tidak mahu terburu2.

Bibit percintaan mula timbul, setelah beberapa kali Atiqah ke rumah Hajah Mimah untuk menghantar kuih dan membetulkan komputer Nik Arif. Mulanya hanya pandang-memandang, kemudian mula bersama-sama bermain squash. June mula cemburu dengan hubungan Atiqah-Nik Arif.

Sinopsis dari saya (Part 2)

Sementara itu, Datuk Marzuki terkejut dengan paparan akhbar muka anaknya yang membantu Sekolah Orang Kurang Upaya dengan menyumbangkan beberapa komputer. Datuk Marzuki mula sedar bahawa dirinya telah jauh dari landasan agama. Isteri barunya hanya mengejar kekayaan nya dan tidak memperdulikan dirinya yang semakin tua.

Barulah Datuk Marzuki teringat kembali pengorbanan Zainab (isterinya). Dia mengarahkan bodyguardnya, Baharom untuk menjejak isteri dan anaknya. Dia mula menyalurkan bantuan secara senyap kepada Zainab. Akhirnya Atiqah dapat dijejaki, Datuk Marzuki mengajak Atiqah menerajui syarikat besar miliknya. Walaupun begitu Atiqah keberatan kerana sangsi dengan perubahan Datuk Marzuki.

Akhirnya setelah beberapa perjumpaan, Atiqah mula yakin bahawai ayahnya sudah kembali kepangkal jalan. Dia bersetuju untuk meninggalkan syarikat komputer, dan menerajui anak syarikat milik ayahnya yang berkaitan dengan komputer.

Di situ dia bertembung dengan Nik Arif, yang menjalan kan urusan penghantaran komputer syarikatnya ke luar negara.

Pertembungan, rahsia mula disingkap, akhirnya Atiqah terpaksa berterus terang.



Rating saya:
**** (Best, tapi permulaan episod agak lembab).

January 22, 2007

Dunia Cinta Kita -Auryss

Photobucket - Video and Image Hosting

Tajuk : Dunia Cinta Kita
Penulis: Auryss Syaquira
Penerbit: Nylea Publishing
ISBN : 9833686079
Harga: RM 22.90 *


Ringkasan dari pemahamanku:

Kisah cinta dan konflik keluarga. Antara Masrina, Hafiz, Syaz, Edry. Kisah kekeluargaan, poligami Tan Sri (bapa Syaz), dgn Atiqah dan Puan Sri.

Bermula bab 1, kisah bagaimana Masrina melarikan diri dari Edry, lalu bertemu pula dengan Hafiz (keluarga En Kamal - pembantu peribadi Tan Sri). Hafiz meminati Masrina dalam diam. Cinta dipendam dan sukar meluahkan. Kemudian timbul pula kisah Syaz yang dijumpai ditepi jalan oleh Anuar dengan keadaan mengaibkan. Syaz telah dirogol lalu dibuang ditepi jalan. Anuar lalu mengambil dan merawatnya di kampung Atiqah.

Syaz mendapati dirinya kotor, dia sebelum ini seorang artis popular dan merupakan anak Tan Sri yang amat meminati Hafiz (lawyer dan anak kepada pembantu peribadi ayahnya). Syaz mula menyedari diri yang telah jauh dan hanyut dari pegangan agama. Keluarga Anuar banyak membantu memberi bimbingan pada Syaz kembali ke pangkal jalan.

2 bulan kemudian Syaz mendapati dirinya mengandung akibat perbuatan Edry.
:
:

Banyak lagi adegan2 lain. Kalau cerita kat sini mungkin boleh jadi cerpen pula.

Komen Dunia cinta kita

Komen saya:
*** (3 bintang bagi saya)

Ketidakpuasan hati saya, bila tak tahu di mana gerangan bapa Masrina yang hilang dilautan, sampai habis novel. Saya ingatkan Tan Sri tu bapa Masrina, tapi Tan Sri tak jumpa pun dgn ibu Masrina. Sebaliknya klimaks cerita ni berkisar pada diri Syaz, yg pada saya merupakan 2nd heroin.......... Tak puas baca, walaupun banyak adegan2 lain yang menarik, mungkin pada saya, Watak Masrina dalam cerita ini tak perlu ada pada permulaan novel.

Kalau ada sesiapa yg pernah baca novel ni, berilah komen di sini, sebab novel ni tebal dan banyak adegan.