Pencinta Novel

August 29, 2005

Satu Janji - Ramli Awang Murshid



Sinopsis : SATU JANJI
Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman.
Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia.
Janji yang begitu teguh di hati Luqman akhirnya membawa musibah. Dengan segala kudrat, Luqman berusaha bangkit untuk menggapai janjinya semula.
Dan di hadapannya ada seseorang yang telah menghulurkan tangan untuk membantu Luqman melaksanakan satu janji yang pernah terungkai.
Harga : RM 19.90
Halaman :568
ISBN : 983-124-118-5


Komen saya:

Ramli Awang Murshid, karya nya memang patut dipuji. Banyak unsur2 penyiasatan, kali ini melibatkan polis diraja malaysia. Seperti biasa, kalau terlibat dengan pelacuran, mesti ada pengedaran dadah. Dalam kisah ini, Luqman Datuk Abdullah menjadi mangsa situasi, di mana ayahnya telah dibunuh oleh sindeket pengedar dadah.

Jalan cerita begitu menyentuh perasaan, disamping di warnai adegan2 suspens. Mungkin juga banyak fail polis yg penulis selidiki, menyebab kan jalan cerita seperti betul2 terjadi. Bagaikan menonton filem olahan Yusuf Haslam!...

Rating saya:

**** (Juga bagus!)

August 19, 2005

Emilya Zulaikha - Ariff Affandy



Sinopsis : EMILYA ZULAIKHA
EMILYA! Sebaris nama yang tidak pernah luput daripada ingatan Asrul. Dia mencari bayangan gadis itu sejak sepuluh tahun yang lalu. Dunia nan terang bagaikan gelita. Keluhan hatinya membawa derita. Di mana dan ke mana, persoalan itu tidak pernah berjawab. Harapannya terlonta-lonta sendiri mencari, sedangkan Emilya tak sekalipun kunjung menjelma.

Di bawah pohon cinta mereka, Asrul mengucapkan selamat tinggal pada kenangan. Farida, dikahwininya sebagai memenuhi satu wasiat. Bagaimana dia harus membelai wanita itu sebagai isteri, sedangkan antara mereka hanya sebagai saudara? Jiwa lelakinya menangis dan Farida sendiri amat mengerti...

Akhirnya Emilya pulang. Namun, bukan Asrul yang dicari, kerana baginya lelaki itu sudah mati! Dan cinta itu juga tiada lagi. Janji setia dan impian mereka seabad lalu kerana desakan perasaan remaja. Begitulah pujukan Emilya untuk melunakkan perasaannya yang kecewa.

Tetapi ada sesuatu yang menjadi milik Asrul dan Farida yang harus diambil semula. Sama ada mereka rela atau dipaksa, Emilya nekad! Ika harus dirampas dan dibawa pergi. Asrul bagaikan hilang kata-kata. Farida pula benar-benar diduga. Tegakah Emilya merampas kebahagiaan mereka, sedangkan kesilapan lalu tidak harus berulang lagi.

Namun, pilihan ada di tangan Emilya atau Asrul mahupun Farida.Realitinya, bukan kalah atau menang, tetapi mereka harus bersatu!

Harga : RM 17.00
Halaman :448
ISBN : 983-124-195-9

Komen saya:

Membaca dalam keadaan santai, tidak tergesa-gesa nak menghabiskan cerita, jalan cerita mudah. Mulanya dengan flash back kisah silam cinta dua insan yg berlainan bangsa dan agama, terhalang oleh kedua ibu bapa.
Emilya sebagai anak yg patuh kepada kedua orang tuanya, dibawa lari dari kemelut cinta yg dibina sehingga Asrul bagaikan manusia tanpa arah, mencari cinta, akhirnya berkahwin juga dengan adik angkat nya sendiri tanpa cinta, tetapi sayang sebagai adik. Walaubagaimana pun kisah bagaimana perkahwinan berlaku tidak diulas disini, jika diulas sudah tentu tebal ceritanya, tetapi apasalahnya kalau ia boleh menyebabkan plot menjadi lebih kuat.
Plot suspens juga diselitkan disini, di mana Farida tidak mahu melalukan pembedahan menukar buah pinggangnya yang rosak. Akhirnya bersetuju juga..

Sedih sungguh, di akhir cerita yg sungguh tak disangka-sangka. Penulis berjaya membuat saya mengalirkan airmata. Pun juga novel ini boleh dibuat sequel sebab masih belum sampai akhir ceritanya cinta Asrul....

Rating saya:
***** Best!

August 8, 2005

Cinta Jangan Kau Pergi - Norhayati Berahim

Sungguh cantik papan di Jawa
Disulam dengan daun kencana
Sungguh enak fitnah dibawa
Diri menerima jiwa merana

Disulam dengan daun kencana
Papan di Jawa dibuat peti
Diri menerima jiwa merana
Sampai mati tetap diingati





Sinopsis:

Novel ni diterbitkan oleh NB Kara, tiada sinopis di belakang novel.

Komen saya:

Kisah gadis yang tabah (Zulfa), difitnah oleh orang yang paling disayangi nya. Dia membawa diri hingga terdampar di Cameron Highlands dan bekerja sebagai pakar botani di salah sebuah ladang milik rakan baik ibunya.

Dibesarkan oleh ibu saudara dan bapa saudaranya, kerana kematian ibu semasa dilahirkan, dan bapanya membawa diri ke New Zealand. Disebabkan dibesarkan dengan cara tomboy, maka dia kesulitan mencari identiti hinggalah tamat pengajian di Australia.

Semasa di Australia dia mengenali lelaki yang disayanginya itu, dan mengorbankan wang ringgit untuk lelaki tersebut. Walaubagaimanapun setelah tamat pengajian, dia telah difitnah oleh lelaki yang tidak sedar diuntung.

Setelah 10 tahun cuba melupakan kejadian tersebut, lelaki itu kembali. Di saat itu dia telah melupakan segala kejadian lepas. Zulfa juga diuji dengan dua lelaki yang meminati dirinya, Doktor Sufian, yang mana merupakan abang kepada Qosim.

Antara dua pilihan, akhirnya Zulfa pasrah.

Rating saya:
**** Best!