Pencinta Novel

December 18, 2010

CTA dan DURI

Kepada peminat Fauziah Ashari, saya akan memborong CTA dan DURI pada hari Ahad ini.
Sesiapa yang berminat untuk memilikkinya, sila sms pada saya 012 3313004 dengan segera.

December 14, 2010

Laskar Pelangi - Andrea Hirata


Harga: RM 28.00 / RM 31.00
ISBN-13: -78-983-3892-00-6
ISBN-10: 10: 983-3892-00-0
Tarikh Terbit: 23 Feb 2007
Jumlah Muka Surat : 464

Sinopsis belakang buku:
Sebuah kisah keajaiban masa kecil 11 anggota Laskar Pelangi yang luar biasa dan menghiburkan. Pengembaraan anak-anak Melayu Belitong yang menyentuh dan sukar dilupakan. Kecintaan terhadap pendidikan, keunggulan nilai persahabatan dalam menempuh kesukaran hidup dan kemurnian prinsip menghiasi perjalanan Laskar Pelangi. Novel ini dipersembahkan untuk mereka yang meyakini the magic of childhood memories, dan untuk mereka yang masih percaya akan adanya pintu keajaiban lain untuk mengubah dunia pendidikan.

Ringkasan dari ku:
Kisah yang sangat menarik. Membuatkan saya terkejar-kejar membaca hingga habis dalam masa 2 hari. Hmmm dah lama juga saya tak sempat membaca 1 novel hingga habis, tup-tup pinjam buku ni dari library, kejap aje habis.

Tentang Ikal sejak di bangku persekolahan, bagaimana perit getir rakyat Indonesia yang dibesarkan dalam kemiskinan dan bersekolah di sekolah aliran agama swasta yang hampir sahaja ditutup atau dipaksa tutup akibat kekurangan pelajar. Ikal yang menceritakan persekitaran persekolahan dan hidupnya membesar bersama-sama sekolah Muhamadiyyah, beserta 8 orang lagi pelajar lain didalam kelasnya.

Antaranya,
Sahara - yang tegas dan bila marah alisnya bercantum,
Lintang - pelajar dari perkampungan nelayan yang sanggup berkayuh basikal sejauh 10 km demi ilmu, dan ternyata dia seorang yang genius.
Mahar - yang taksub dengan dunia mistik keseniannya hingga membawa Flo gadis tomboi berhenti sekolah moden dan masuk ke sekolah Muhamaddiyyah.
Trapani - yang tidak boleh berenggang langsung dengan ibunya.
Syahdan - yang sentiasa menurut dan menemani Ikal membeli kapur.
A Kiong - satu-satunya bangsa tionghua yang dihantar ke sekolah Muhamadiyyah, namun masih diterima oleh guru besar sekolah itu.
Harun - kanak-kanak lelaki yang terperangkap dalam badan orang dewasa.

Tidak sabar rasanya membaca kisah mereka dan apa yang terjadi akhirnya kepada mereka setelah dewasa...

Kemuncak bila Lintang memasuki quiz antara sekolah PN, sekolah2 moden yang tidak pernah kalah, tiba-tiba Sekolah Muhamadiyyah berjaya menjadi juara, bila Lintang membolot keseluruhan soalan dengan jawapan yang tepat.

Rating saya:
****1/2 dari 5 bintang..

** Novel ni dah lama dan dah di filemkan, cuma saya je yang baru baca...

February 11, 2010

Odisi Bulan Biru - John Norafizan



Judul: Odisi Bulan Biru
Penulis: John Norafizan
ISBN: 978-967-5118-15-9
Harga: RM20.00
Sinopsis Belakang Buku:
JOHN NORAFIZAN kembali membawa anda mengembara bersamanya meneroka keindahan bumi Jepun dan Turki.

Kata ibu, zaman dulu hanya perawan-perawan sahaja yang dibenarkan memetik bunga-bunga saf. Sekiranya jari mereka terluka, darah merah sang perawan akan menyerap masuk ke kelopak bunga kuning itu. Kononnya, darah inilah yang membuatkan kelopak-kelopak bunga saf bertukar merah apabila dijemur dan dikeringkan nanti! Kini ibu tiada lagi untuk bercerita.

Ibu dan adiknya yang cacat mati lemas di Sungai Sorachi. Sedih dan sesal membalutinya sepanjang waktu. Mujurlah pertemuan dengan seorang darwis yang bijaksana mengubah seluruh hidupnya. Pertemuan yang memulakan sebuah pengembaraan mencari ayah yang bersedih, sekali gus dirinya sendiri. Dapatkah dia menemui apa yang dicarinya itu?

Sebuah roman pengembaraan dalam bentur keras hakikat kehidupan disulami iri dan dendam: antara ‘sang pencari’ dan ‘yang mencari’.
Ringkasan dari saya:
Kisah nya agak berbelit-belit. Bermula dengan cerita saya(Akira) yang bermusuhan dengan adiknya Umazaki, hinggakan adiknya terbunuh didalam Sungai Sorachi bersama-sama ibunya. Akira menyesal dan hampir-hampir membunuh diri, tapi berjaya diselamatkan oleh seorang penghuni hutan dipanggil 'darwis'. (Yamata). Yamata yang mempunyai amalan-amalan kuat sebagai seorang muslim sejati dan merawatnya sehingga sembuh dan menginsafkan diri Akira lalu dia bertaubat. Apabila pulang ke rumah, didapati sudah tiada siapa lagi disitu, malah bapanya juga sudah tiada dirumah dan Akira berjanji pada dirinya untuk mencari ayahnya sehingga berjumpa.
Dalam perjalanan mencari ayahnya, pelbagai dugaan terpaksa ditempuhi. Pertama sekali berjumpa dengan pakar psikologi, Dr Ayumi. Dari sini dia menjadi subjek ujikaji buat Dr Ayumi pagi penyakit synesthesia = boleh melihat bunyi2 dalam bentuk warna-warni. Akira yang beragama islam dan sentiasa solat, telah diasak dengan pertanyaan oleh adik Ayumi tentang nama tuhan. Akibat pertelagahan tersebut, Adik Ayumi (Kafka) melarikan diri ke Turki. Bermulalah pengembaraan mereka berdua (Dr Ayumi dan Akira) yang penuh dengan kesukaran dan keajaiban. Bertemu dengan seorang budak hafiz yang buta tetapi tidak buta hati, yang menunjukkan jalan didalam gua yang gelap ketika menjejaki Kafka. Bertemu pula dengan Kafka yang sedang koma akibat diracun oleh seorang Turki yang mengganggap Kafka pencuri kitab sesat. Bergaduh dan bergelut didalam gempa bumi di bawah tanah dilorong gelap dan bergua.
Kafka dijumpai, tetapi Dr Ayumi pula di culik. Mereka pulang semula ke Jepun demi menjejak Dr Ayumi dan kekurangan wang. Kebetulan pula terjumpa semula dengan Qistina yang mempunyai penyakit ingatan hilang dalam tempoh sehari. Rupa2nya Qistina juga mempunyai kaitan dengan mereka. Professor Nakamura yang mendendami Dr Ayumi merupakan kunci kepada segala permasalahan. Untuk kisah seterusnya, dapatkan buku ini dipasaran....
Rasa Saya:
*** (3/5 adventure tetapi kenapa saya baca je mengantuk ye, dalam adventure tersebut?)