Pencinta Novel

October 30, 2024

Miss Nina Cucu Tok Pa by Sha Ibrahim

 


Tajuk: Miss Nina Cucu Tok Pa
Penulis: Sha Ibrahim
Penerbit: Prolog Media
Tahun Terbitan : Januari 2024
Paperback
Bil ms: 432

Sinopsis belakang buku:

Miss Nina Cucu Tok Pa!

Itu gelaran yang selalu meniti di bibir orang kampung. Miss Nina yang tidak memilih kerja walaupun graduan lepasan universiti. Miss Nina yang suka menolong dan juga Miss Nina yang lantang bersuara. Kelantangan dia dalam menyuarakan pendapat dan ketidakpuasan hati tentang sesuatu isu menyebabkan dia mengumpul musuh dalam diam.

Di kampung itu, dia hanyalah si penjual ikan. Berbekalkan lori kecil yang sudah ditelan usia, dia meronda ke setiap pelosok kampung demi kelangsungan hidupnya bersama dengan tok ayah.

Dalam kehidupan seorang Miss Nina, dia hanya ada tok ayah, Fifi dan Din, si ‘bisu’ yang menjadi peneman dan pendengar setia.

Din dipandang hina kerana dahulunya pernah terjerumus dengan najis dadah sehingga dianggap gila dan bisu. Namun, tiada sesiapapun yang tahu kehidupan sebenar di sebalik lelaki yang bernama Solehuddin yang menyimpan seribu satu rahsia.
Siapakah sebenarnya musuh Miss Nina? Siapa pula Din di sisi seorang Miss Nina? Adakah Nina masih mampu menganggap Din sebagai seorang kawan setelah rahsia terbesar lelaki itu akhirnya terbongkar?


Resensiku:

Kisah Miss Nina yang menjadi seorang penjual ikan dengan lori dan bergerak disekeliling kampung walaupun mempunyai segulung ijazah. Dia tidak tega meninggalkan Tok Pa setelah neneknya meninggal dunia. Sejak dia di sekolah menengah lagi dia telah diganggu oleh Din, tetapi tidak lah secara keterlaluan.

Sejak Din kembali ke kampung, hanya Nina sahaja yang melayan kerenah Din, kerana semua orang kampung mengganggap Din sudah lagi tidak siuman setelah pulih dari kancah dadah. Din hanya membisu seperti orang bisu.

Rupa-rupanya Din mempunyai rahsia besar, dan dikampung tersebut juga berlaku tidak sefahaman antara haji Basri pemegang amanah duit kutipan dana kampung. Tok Pa pula secara senyap2 menyiasat kemana pergi duit dana kampung tersebut tetapi terkorban dalam kebakaran rumahnya(Rumah Nina duduk, kebetulan Nina tiada). Paling misteri, forensik mendapati rumahnya terbakar disebabkan oleh gas yang tidak ditutup, padahal Tok Pa tak pernah ke dapur waima memasak air sekali pun.

Rating saya: ***** (5/5 best and recommended)


October 29, 2024

Thinking of Loving You by Ain Nabilah

 



Tajuk: Thinking of Loving You 
Penulis: Ain Nabilah
Penerbit: IMAN Publication
Tahun terbitan: Sept 2024
Bahasa Inggeris
Paperback
Bil ms: 235


Sinopsis belakang buku:

umna has struggled all her life trying to define her own worth and prove that she is capable of achieving success. But everything always falls short in the eyes of the one person most dear to her — her father.

An exciting opportunity to work overseas is the chance that Yumna has been waiting for to prove that she can succeed in life.

But a condition was set before Yumna was allowed to go. Andika will look after her because her father doesn’t think she could survive on her own.

Once there, just when life is about to turn for the better, challenges begin to appear one after another. When Yumna discovered a betrayal, a big fight ensued between her and Andika.

Feeling alone and without support, Yumna questions if her father was right all along — that she'll never be independent and always helpless.

"I feel like I’ve been living a lie. They were all involved, and I didn’t know.”


***


What if your heart was broken by the person dearest to you? Will you learn to love again?

Resensiku:

Ini adalah entry pertama review buku bacaan bahasa Inggeris. Kisah tentang seorang gadis Yumna yang sentiasa merasa rendah diri dengan pencapaiannya, hinggalah dia habis belajar, dan mencari kerja. Namun begitu, akhirnya dia mendapat tawaran pekerjaan di Sri Lanka dalam bidang pemasaran di sebuah syarikat yang berkaitan dengan Andika. 

Andika pula merupakan anak kepada kawan ayah Yumna dan mereka telah berkenalan sejak kecil. 
Jadi Yumna ingat dia dapat kerja tu sebab keupayaan dia sendiri, rupa-rupanya Andika lah dalang yang mencaturkan kerjayanya dan rakan tempat dia bekerja pun dibawah pengetahuan Andika. Yumna merasakan dirinya dipermainkan oleh ayah dan Andika. (ni bila di overheard perbulaan Andika dan ayah Yumna tu).

Lastly, Andika pun reveal the truth, dan hubungan dia dan Yumna makin baik, tetiba habis, tak sempat sampai naik pelamin pun cerita ni, patut boleh panjangkan sikit sampai happy ending, dapat anak ke kan....

Overall rating: ** (nice book, kulit cantik, cuma agak dragging tak kesudahan), Author boleh perbaiki lagi for next novel, jalan cerita dah cantik dah, cuma last2 tu mcm nak cepat je abiskan.



October 21, 2024

Warisnya Kalbu - Sri Rahayu Mohd Yusop


Tajuk: Warisnya Kalbu
ISBN: 9789672899150
Penerbit: Jiwa
Penulis: Sri Rahayu Mohd Yusop
Tahun Terbitan: 2024
Bil m/s: 159



Sinopsis belakang buku:
 
Hassan Basri terjumpa buku lama pusaka datuknya. Rupa-rupanya itu adalah jurnal Tun Cempaka pada era Perang Bendahara Pahang. Tun Cempaka menjadi saksi kepada pengajian seni pantun Kakandanya, Hassan Perwira dengan anak saudara Gabenor British, Katherine Cavenagh. Menjadi persoalan yang besar. Kenapa perempuan inggeris itu berminat hendak mendalami seni pantun Melayu sedangkan hubungan Melayu dan British sedang tegang? Hassan Basri tersentak. 

Sahabatnya Khadija menunjukkan buku yang hampir sama dengannya yang mempunyai kesan seperti tikaman. “Awak begitu benci dengan buku ini sampai awak tikam dengan pisau?” “Tidak!” Khadija hampir-hampir membentak. Tanpa mereka sangka, 2 naskhah usang berusia ratusan tahun itu menyimpan sejarah bangsa yang tidak pernah terungkap.

Apakah kisah di sebaliknya? 

Penghargaan buku:
Warisnya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2008) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007.

Resensiku:

Kisah dimulakan dengan Hassan Basri bersama 3 orang rakan sekelas yang bertarung dalam pertandingan pantun antara sekolah. Kebetulan pula dia terjumpa sebuah jurnal milik datuknya yang mempunyai kisah zaman peperangan zaman kesultanan melayu. Khadija salah seorang calon pantun yang merupakan darah keturunan Inggeris juga mempunyai satu jurnal milik nendanya dan mempunyai pantun yang diterjemahkan dari melayu ke inggeris. Kedua-dua jurnal tersebut rupanya mempunyai pertalian kisah bila digabungkan.

Rating saya: ***** (5/5 best, recommended walaupun novel ini baik untuk usia belasan tahun tapi sesuai juga dibaca oleh semua golongan masyarakat).



October 10, 2024

Twin's Territory by Effalee


Tajuk Twins Territory
Penulis: Effalee
Penerbit: Maneswordworks
Tahun Terbitan: Mac 2023
Bil ms: 478 paperback

Sinopsis belakang buku:

Sejak pertemuan dengan si kembar tak seiras – Haneef dan Hadeef – hidup Alara Irdina tunggang terbalik dalam sekelip mata. Satu demi satu kejadian mencemaskan silih berganti dan mengganggu hidupnya. Entah bagaimana pula, dia tiba-tiba dikaitkan dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Shadow’.

Tapi... kenapa, dia? Apa kaitan dia dengan Shadow sehingga dia menjadi sasaran dan diancam oleh musuh-musuh lelaki misteri itu?

“The moment you know the truth, that’ll be the end of your life.” – Shadow

Lara terpaksa mengorbankan masa depan demi keselamatan dirinya sendiri. Dia harus masuk ke lembah kehancuran demi melindungi orang yang disayanginya.

“Lara, sekali awak masuk kawasan ni, awak tak boleh keluar.” – Hadeef Ezri

Dan demi sebuah kebenaran, ada bayaran yang harus dilunaskan. Dia akan
terperangkap dalam dunia itu selama-lamanya. Sanggupkah dia?

“When I told you there’s no escape after entering our world, there is really no way out.” – Haneef Ezra.

Tapi, mengetahui kebenaran itu lebih baik daripada hidup dalam sangkaan yang
berpaksikan penipuan, bukan?

Namun, bagaimana pula jika kebenaran itu terlalu... menyakitkan?


Resensiku:

Kisah mengenai Alara yang mulanya bekerja sebagai supervisor dan akhirnya dia terbabit dalam misi rahsia kerajaan,
Kisahnya penuh dengan plot twist, adegan aksi lawan2 serta tembak2, seperti melihat tayangan polis evo di pawagam, silat ada, muatai ada, taekwando ada dan si lembut pun ada.
Dalam keadaan aksi ganas itu pula ada komedi di sana sini terutama sekali bila mengetahui nama2 samaran orang2 Shadow, seperti Hello Kitty, Bumble Bee dan beberapa karaktor kartun yang tak masuk akal dengan aksi ganas mereka.

Rating saya: (5/5 pada saya ia perfect, penuh rencah, romantik, komedi, ganas, dark dan misteri)

 

Kelab Duka Lara by Kamalia

 


Tajuk : Kelab Duka Lara
Penulis: Kamalia
Penerbit: PrologMedia
Tahun Terbitan: 1 Nov 2022
Bil ms: 363



Sinopsis belakang buku:

Bagi Dian, ketika ini hanya Roni saja yang mampu memberi terang dalam hidupnya. Tapi sayang seribu kali sayang, Ella, si sahabat baik pula yang bertunang dengan Roni.

Kemunculan tiba-tiba lelaki misteri bernama Zain itu tidak pernah dijemput. Dian cuba menjauhkan diri, tapi anehnya, dia sendiri yang kembali datang kepada Zain. Tujuannya hanya satu; demi untuk mendapatkan Roni semula.

“Saya boleh tolong selesaikan masalah awak. Saya boleh tolong awak dapatkan orang itu semula.” – ZAIN.

Bermula sebagai orang asing, hubungan mereka semakin lama semakin erat sehingga menguak rahsia antara satu sama lain.

Apabila logik akal dan mitos saling bersatu. Dongeng dan realiti mula bertaut.

Tanpa sedar dua hati semakin berbunga.

Namun, untuk jatuh cinta adalah mustahil. Garis masa kehidupan mereka berbeza, tujuan mereka pula tidak sehala.

Pada Roni tergantungnya impian, pada Zain tersandarnya harapan.

Siapakah yang bakal bertakhta dalam hati Dian?

Dan yang paling utama ...

Siapakah Zain yang sebenarnya?

Resensiku:

Kisah seorang gadis bernama Dian yang terlalu merendah diri dan tiada keyakinan diri, selalu menyalahkan diri sendiri dan tidak berani. Manakala Roni pula anak lelaki rakan ayah si Dian, sebelum ayah si Dian meninggal dunia, sempat ayahnya berpesan kepada ayah Roni untuk menjaga atau melihat2 anaknya si Dian ni. Jadi, apabila kedua2 ibubapa Dian meninggal dalam kemalangan, Dian dijaga oleh maksunya yang masih bujang, dan apabila di sekolah, Roni kerapkali datang menemani Dian. 

Zain pula sebenarnya tertarik dengan aura yang dimilikki Dian, setelah Roni memberikan satu kalung yang dibeli dari kedai terpakai. Roni sebenarnya hendak move on, sebab Roni menyimpan perasaaan pada Dian, tetapi ditolak mentah2 oleh Dian kerana keadaan kekurangan yakin dirinya.

Bermulalah episod2 menarik antara Zain dan Dian.

Kisah ini mengenai kisah timetravel dan meninggalkan si pembaca dengan tanda tanya, adakah ia tidak mustahil?

Rating saya: **** (4/5 bintang)