Pencinta Novel

October 15, 2015

Sejuta nafas cintamu

Kay delila memaparkan kisah sosial masyarakat yang dikupas dengan sinis sekali. .

Akibat mengejar harta dunia, anak kecil diabaikan dan aufa terjerumus ke lembah maksiat.. tetapi dia bangkit dan menyesal lalu cuba melupakan semuanya..

Luzman.. lelaki yang tidak pernah melupakan si puteri manis.. akhirnya bertemu kembali dengan puteri manisnya dan semuanya terbongkar. .

Kay delila berjaya membawa saya ke muka surat terakhir sebab nak cari apakah rahsia yang aufa simpan dalam hati selama ini.. hingga memendam dendam bertahun dengan keluarga sendiri..


4 bintang


October 2, 2015

Akadku Yang terakhir - Acik Lana Kakinovel


Novel latest baca. Done in 4 days. Tajuk Akadku Yang Terakhir. 2.00am.

Review.

Start baca dari internet masa browsing tentang acik lana. Terus terpikat dengan adegan psychiatrist.

Kisah seorang lelaki yang berkahwin sekejap sahaja dan menceraikan isterinya disebabkan oleh trauma yang dialami sejak kecil. Trauma dengan peristiwa pak usunya membunuh diri kerana tekanan perasaan terhadap isterinya yang berkahwin tetapi curang serta boros.

Apabila Irham Zahri berkahwin, seringkali dia memandang isteri2nya itu sebagai perempuan pengikis seperti mak usunya. Jadi Tuan Alaudin menghantar Irham ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Malangnya sesi terapi yang dikendalikan dr rania menjadi sesi cinta.

Cinta.pertama Irham Zahri. Dan cinta pertama rania. Pelbagai dugaan dan rintangan melanda hingga rani menjadi isteri ke 4 diceraikan!... sadis dan tragis.. sungguhpun masing2 masih mencintai diri namun jodoh tidak panjang....

Ending? Happy...

Rating: 4/5 bintang...
 

June 17, 2015

ABSTRAK CINTA AKU & DIA


ISBN: 978-967-12400-5-2

SINOPSIS

Zack, seorang ‘Average Joe’ yang masih sendiri setelah putus cinta lebih setahun dulu. Jadual hariannya berlalu seperti biasa sehinggalah kehadiran empat orang wanita telah merubah hidupnya menjadi seperti ‘Roller-Coaster’.





Farizah – Si Jelitawan Penggoda
Gadis ini amat diminati ketika zaman sekolah dulu. Berpisah sekian lama tetapi, bila bertemu kembali, rasa itu masih ada. Namun, Zack kurang pasti. Apakah perasaan yang dirasa ini ikhlas atau hanya tarikan nafsu semata-mata?

Kate – Best Friend Forever
Dari perkenalan biasa menjadikan mereka sahabat karib yang mampu berkongsi apa saja rasa dan cerita.  Kata-kata sayang dan rindu terungkap tanpa sempadan tapi itu hanyalah ekspresi kasih-sayang dari sahabat, untuk sahabat. Benarkah hanya sahabat ataupun telah wujud rasa cinta? 



Zareen – The Lady Boss
Jatuh cinta tatkala bertentangan mata buat kali pertama. Semakin hari, rasa di jiwa semakin mekar dan Zack yakin, dia tidak bertepuk sebelah tangan. Namun, Zareen menyimpan satu rahsia. Mampukah Zack menerima Zareen setelah ketahuan siapa Zareen yang sebenarnya?            

Amy – Si Kakak Tiri
Membesar bersama dari kecil kerana mereka saudara tiri. Hubungan mereka bagaikan Tom & Jerry kerana sering bertelagah. Namun, dalam diam Amy menyimpan kasih untuk Zack tanpa Zack sedari. Apakah Zack terima Amy setelah isi hati Amy diketahui?      


                                               “Cerita kita, sudah lama terukir atas bintang”


                                                 Cerita siapa yang telah terukir atas sana?

June 16, 2015

ARISSA DANIEL PART 1


ISBN : 978-967-12400-3-8

SINOPSIS :

ARISSA....seorang saintis muda berjaya di makmal JN Biotechnology Sdn Bhd,  menjadi kebanggaan Tan Sri Johari Nasir. Anak yatim yang kematian ayah dan ibu yang menghilang sejak 20 tahun dulu itu sudah dianggap sebagai anak sendiri oleh Tan Sri Johari Nasir. Namun semua itu tidak lama. Kerana salah faham, Arissa diheret ke dunia lelaki bernama Daniel yang begitu dendam pada Tan Sri Johari Nasir dan menjadi mangsa dendam Daniel.

“Apa pun alasan kau, kau telah rosakkan aku! I have nothing! Nothing! And for the rest of my life, I hate you!!”...ARISSA

DANIEL....seorang usahawan berjaya, anak Datuk James Brandon tidak dapat menerima kematian ayahnya apatah lagi bila dia mendapat tahu makmal JN Biotechnology Sdn Bhd adalah sebenarnya milik ayahnya yang telah dikhianati.

“Dad...you still alive in this world..still alive. And..as promised, I will take revenge for all these!”...DANIEL.

Namun takdir juga mengikat Arissa dan Daniel. Hanya Daniel yang tahu di mana ibunya berada, ibu yang dicari Arissa selama ini. Daniel yang pertama kali jatuh cinta pada seorang gadis mula mengambil kesempatan itu untuk mengikat Arissa menjadi miliknya.

“Jadi kau temukan aku dengan ibu kandung aku kerana nakkan balasan?”...ARISSA

“Saya ingin bertanggungjawab...”...DANIEL

Perasaan cinta Daniel pada Arissa telah menemukan Daniel dengan cahaya hidayah. Daripada seorang lelaki yang tiada pegangan agama kini sudah bertemu cahaya hidup dan memeluk Islam. Dapatkah Arissa menerima Daniel setelah apa yang berlaku? 


June 9, 2015

Dia Isteri Luarbiasa - Umi Nadzimah


Harga: RM24  Beli Sekarang
Terbitan: Penulisan2u


Sinopsis
SINGLE is simple, double is trouble...
Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan!
Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy... Mesti ada jalanlah…
Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB aka Nasi Ayam Bonda.
“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu aku chaw . No husband anymore . Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” - DEWI YUSRA
Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan 'Suami Sementara' dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang.
“Saya Amzar... errr ... Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu...” - RADEN AMZAR
Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?
Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih sebagai 'Suami Sementara'nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya?
Temui jawapannya dalam DIA... Isteri Luar Biasa , kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari peristiwa kelam hidupnya.
SINGLE is simple, double is trouble...
Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan!
Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy... Mesti ada jalanlah…
Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB aka Nasi Ayam Bonda.
“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu aku chaw . No husband anymore . Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” - DEWI YUSRA
Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan 'Suami Sementara' dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang.
“Saya Amzar... errr ... Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu...” - RADEN AMZAR
Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?
Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih sebagai 'Suami Sementara'nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya?
Temui jawapannya dalam DIA... Isteri Luar Biasa , kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari peristiwa kelam hidupnya.

GADIS KEBAYA MERAH



GADIS KEBAYA MERAH
ISBN : 978-967-12400-4-5
Terbitan: Ilham Pena
HArga: 

SINOPSIS:


Kudin yang sudah bosan dengan dunia kerjanya yang tidak bersempadan, mula mencari ketenangan di kampung sendiri.  Kedatangan dua lelaki yang membawa berita kematian ayahnya dan dia menjadi waris untuk mengambilalih syarikat telah memaksanya untuk kembali mengadap dunia kota yang penuh liku.

Ditambah lagi dengan kes pembuangan mayat ke kampungnya dan jelmaan gadis kebaya merah yang ada kaitan dengan kematian ayahnya, turut membawa penghijrahan semula Kudin ke kota. Misteri mayat yang dijumpai di kampung itu belum lagi terbongkar, timbul pula kehilangan Anum dan Senah. Segalanya menjadi misteri dan sukar dirungkai sehinggalah pertemuan yang tidak diduga dengan Ana Dahlia yang turut menyiasat kes pembuangan mayat dan kehilangan Anum dan Senah. Dalam diam Kudin mencintai Ana Dahlia tanpa mengetahui siapa gadis itu sebenarnya. Namun cintanya hanya bertepuk sebelah tangan. Muncul pula Jai, Jo dan Chad, sahabat lama yang telah lama menghilang.

Pertemuan semula keempat sahabat itu semakin bertambah rumit bila mereka tercampak pula ke dunia bunian. Maka bermulalah dunia mistik mereka.

Siapakah jelmaan gadis kebaya merah yang sering muncul dan mengganggu penduduk kampung? Ke mana menghilangnya Anum dan Senah? Bisakah Kudin mencapai impiannya untuk memliki Ana Dahlia setelah dia tahu siapa gadis itu sebenarnya? Semua persoalan terjawab bila misteri gadis kebaya merah dan punca kematian sebenar ayah Kudin terbongkar dan sepanjang penyiasatan  itu, tanpa sedar cinta mistik turut tersemai.

June 8, 2015

ARISSA DANIEL PART TWO



ISBN: 978-967-12400-6-9
HARGA: RM34 
Terbitan: Ilham Pena Publishing

Sinopsis:

BAB 1
MAJLIS pernikahan Daniel dan Arissa terpaksa dibatalkan. Kemunculan seorang perempuan yang secara tiba-tiba di rumah Arissa itulah yang menjadi punca majlis akad nikah itu terhenti. Keadaan kecoh seketika dan setelah menghambur kata-kata kesat dan amaran pada pengantin baru, perempuan itu terus saja beredar dari rumah itu.
Para tetamu yang sudah memenuhi ruang tamu juga turut terdiam dengan tingkah perempuan itu. Mereka mula beransur pulang setelah Fatimah memberitahu keadaan yang tidak mengizinkan. Ustaz Hakimi dan Ustazah Waddah juga turut bingung dengan kejadian yang tak semena-mena tadi. Mereka turut minta diri untuk pulang kerana tidak mahu mengusutkan keadaan. Biarlah Arissa sekeluarga menyelesaikan hal itu dengan baik.
Daniel yang segak dengan baju Melayu dan bersamping dengan warna sedondon dengan baju pengantin Arissa pula sudah terduduk di sofa.
“Err...macam mana majlis ni?” Tanya Imam Ismail yang turut tercengang dengan kehadiran perempuan itu di tengah-tengah majlis tadi.
“Ustaz..kami terpaksa batalkan majlis ni. Kami akan panggil ustaz semula bila keadaan telah reda.” Zaki pandang Imam Ismail yang masih terpinga-pinga.
“Baiklah...kalau macam tu, saya balik dulu.” Imam Ismail mula minta diri ditemani Zaki yang menghantarnya sehingga ke pintu lif.
“Ustaz..saya minta maaf atas apa yang telah berlaku.” Banyak kali Zaki meminta maaf pada Imam Ismail, tok kadi yang sepatutnya menjadi jurunikah pada hari itu.
“Tak apa..bila dah reda nanti, saya akan datang lagi kalau majlis ni diteruskan..” Imam Ismail tepuk bahu Zaki sambil tersenyum.
Zaki menapak semula ke dalam rumah. Dia menghampiri Daniel yang masih duduk di sofa sambil menundukkan wajahnya. Matanya beralih pada makcik Fatimah yang sudah mula bergenang air mata. Arissa di sebelah makcik Fatimah pula tidak ada riak apa-apa. Zaki mula menghampiri makcik Fatimah.
“Omma...sudahlah. Kita tak tahu lagi apa muslihat perempuan tu.” Pujuk Zaki.
Makcik Fatimah yang sudah sebak hanya menundukkan wajah.
Fatimah hanya mengangguk. Dia juga bingung dengan apa yang berlaku.
Zaki bangun dan mendekati Daniel semula yang masih berada di sofa.
“Bos..apa sebenarnya yang berlaku?” Zaki pegang bahu Daniel yang masih tunduk.
Daniel mendongak. Zaki dipandang seketika dan kemudian beralih pada Arissa yang sudah sugul. Jelas ada riak kecewa di wajah gadis itu. Masih terngiang lagi kata-kata perempuan yang menerjah tadi.
“Zaki...saya pun tak tahu pasal tu. Apa yang dikatakan oleh perempuan tu langsung tak masuk akal.” Daniel tunduk semula.
“Macam nilah...kita balik dulu. Kita bincang macam mana nak selesaikan perkara ni. Saya yakin benda ni tak akan berpanjangan. Mesti ada jalan penyelesaiannya.” Zaki memujuk Daniel.
“Makcik...boleh saya cakap dengan Arissa sekejap?” Daniel menoleh ke arah makcik Fatimah. Matanya beralih pula pada Arissa yang masih tunduk
.
Fatimah mengangguk lemah.
Fatimah dan Zaki beri peluang kepada Arissa dan Daniel berdua di situ. Mereka memerhati dari muka pintu rumah.
Daniel masih memandang Arissa yang nyata dari tadi tidak sedikitpun memandang ke arahnya.
“Arissa...apa yang berlaku tadi, saya sendiri tidak tahu..” Daniel mulakan bicara.
Arissa masih diam.
“Saya..saya..” Daniel sudah kehilangan kata-kata. Apa yang diucap oleh perempuan tadi memang tidak pernah diketahuinya. Memang dia kenal perempuan itu. Perempuan itu salah seorang teman wanitanya dulu yang juga anak kenalan mendiang ibunya yang rapat dengan ayah perempuan itu.
“Nama dia Elizabeth kan?” Akhirnya Arissa bersuara.
Daniel terdiam. “Macam mana awak tahu?”
“Itu tak perlu kau tahu. Apa yang perlu kau tahu sekarang ini, kau kena bernikah dengan dia. Aku tak nak disebabkan pernikahan ni, kau hilang semua harta dan kau juga kena bertanggungjawab atas apa yang telah terjadi.” Arissa memandang tajam ke arah Daniel yang sudah tercengang mendengar kata-katanya tadi.
“Arissa..I love you..please...I want to marry you..” Daniel seakan merayu.
“Simpan saja rasa cinta kau tu pada perempuan tu. Dia lebih berhak. Aku tak nak kau jadi papa kedana nanti. Tolonglah faham Daniel..” Arissa menundukkan wajah. Pertemuannya dengan perempuan itu di kedai bunga dulu rupanya bukan hanya setakat itu. Perempuan itu datang lagi menganggunya dengan sebuah tuntutan! Perempuan itu menuntut haknya!
“Please Arissa..saya tak perlukan harta semua tu. Cukuplah saya ada awak di sisi saya, sebagai isteri saya..” Daniel masih mengharapkan pengertian Arissa.
“No!”
“Arissa..I’m muslim now, you know that! How come I’m gonna marry her? She’s not even muslim!” Daniel sudah mula patah semangat. Ternyata Arissa begitu tegas.
“That’s not my problem.” Arissa berkata dengan nada agak keras. Sebenarnya dia sendiri keliru dengan perasaannya ketika ini. Dulu, pernah dia berfikir dan mengharapkan sesuatu seperti ini berlaku di hari pernikahannya supaya dia ada alasan untuk menolak niat Daniel. Itu semua kerana ada rasa bencinya pada Daniel yang masih melekat kuat di dalam hati dan sekarang, ternyata apa yang diharapkan itu benar-benar berlaku. Sepatutnya dia merasa gembira kerana itu yang diharapkan selama ini tapi...
“Please Arissa....” Daniel merayu lagi.
“Ini baru satu rahsia yang terbongkar, entah-entah ada beribu lagi rahsia yang kau sorokkan dari aku.” Arissa mengetap bibir.
“Arissa...please..” Daniel tunduk. Dia meraup muka.
Arissa bingkas bangun. Dia meluru ke dalam bilik dengan linangan air mata.
Zaki menapak ke arah Daniel yang sudah meraup muka dari tadi. Fatimah pula melangkah masuk ke bilik Arissa.
“Bos....sudahlah tu. Kita balik dulu. Biar Arissa tenang dulu.” Zaki pujuk Daniel yang terpaksa mengalah.
“Omma! Kami balik dulu!” Laung Zaki dari ruang tamu sebelum melangkah keluar.
FATIMAH mendekati anak gadisnya yang sudah menyembam muka ke bantal. Belakang Arissa diusap lembut.
“Arissa...sudahlah. Kita berdoalah semua ini tak benar.”
“Omma..”Arissa peluk ibunya dengan erat. Tangisannya semakin kuat.
“Arissa..semua ni terjadi ada hikmahnya sayang. Kita perlu bersabar. Arissa jangan putus asa ya nak?” Fatimah angkat muka Arissa sehingga terdongak wajah mulus itu di depannya.
“Omma, Arissa dapat rasa yang perempuan itu mungkin berkata benar. Kalau tak, takkan Daniel tidak membantah kata-kata perempuan itu tadi. Selalunya Daniel tidak akan mudah mengalah.” Arissa masih memandang ibunya yang turut sugul.
“Kita belum tahu lagi siapa yang benar dan siapa yang salah. Omma yakin, Daniel akan cari jalan penyelesaiannya nanti. Mana mungkin dia berkahwin dengan perempuan itu sedangkan mereka berbeza agama. Arissa kena faham tu..” Fatimah menatap wajah sayu Arissa. Air mata masih mengalir di pipi gebu anak gadisnya itu. Terus disapu lembut.
“Omma, Arissa tak kecewa omma. Dari dulu Arissa benci dia. Omma tahukan apa yang telah terjadi pada Arissa? Jadi, mungkin Allah nak tunjuk pada Arissa, yang selama ini Daniel hanya berlakon baik saja depan kita tetapi sebenarnya dia..” Arissa tak sanggup meneruskan kata-katanya lagi.
“Arissa..omma tak percaya semua tu. Daniel ikhlas memeluk agama Islam. Tegakah Arissa melihat Daniel hanyut semula ke dunia lamanya kerana dia perlu mengikut kehendak perempuan tu?” Sekali lagi wajah Arissa didongakkan.
“Entahlah..kalau Daniel tu benar-benar ikhlas memeluk Islam kerana Allah, dia tak seharusnya mengalah dengan perempuan tu. Dia kena tegas dengan akidah baharunya tu. Arissa percaya tanpa Arissa pun, dia akan tabah dan kekal dalam Islam. Abang Zaki kan ada?” Arissa masih tidak mahu memihak pada ibunya.
“Arissa kena ingat, Arissa masih tunang Daniel. Arissa kena beri sokongan pada dia. Omma bimbang, Daniel akan mudah terpesong nanti. Arissa bantulah dia..” Rayu Fatimah.
Arissa tunduk. Perasaannya mula serba tak kena. Apakah dia perlu terima Daniel tanpa hiraukan perempuan itu atau tinggalkan Daniel dan bawa diri jauh dari Malaysia?
“Omma..Arissa dah diterima masuk ke univerisiti di UK. Jadi, Arissa ingat, Arissa akan terima tawaran tu. Arissa akan sambung belajar di peringkat Phd. Arissa ingin lupakan semua ni.” Arissa mula berterus terang.
“Apa? Jadi Arissa nak lepaskan Daniel macam tu je?” Fatimah terkejut.
“Untuk apa Arissa tunggu dia, dia ada ramai pengganti Arissa yang lebih baik dan lebih cantik. Mungkin jodoh Arissa dengan dia hanya setakat tunang.” Arissa mengesat air mata. Perasaan cinta pada lelaki itu yang mula tumbuh di dalam hati terpaksa diketepikan kerana banyak sebab.
Fatimah terdiam. Tiada apa lagi yang boleh memujuk hati Arissa ketika ini. Arissa telah banyak kali terluka. Pertama kali dulu ketika dia tinggalkan Arissa di Malaysia, kali kedua ketika Arissa jadi mangsa dendam Daniel dan kali ini, Arissa ditipu dalam majlis nikahnya sendiri.
Arissa minta diri untuk bersendiri. Fatimah menapak keluar dari bilik Arissa.
DANIEL bersandar lemah di sofa di ruang tamu rumahnya. Matanya menala ke siling. Masih tidak percaya apa yang telah berlaku sebentar tadi.
“Bos...sabarlah. Saya yakin ini semua ada hikmahnya. Apa yang perlu kita buat sekarang ni, kita siasat kebenaran kata-kata permpuan tadi.” Zaki sentuh bahu Daniel yang nyata sudah kecewa.
“Terlalu banyak dugaan yang saya hadapi..dulu, saya kehilangan ayah yang saya sangat sayang, saya hilang wang pelaburan dalam JN Biotech dan sekarang..saya tak sanggup lagi kehilangan Arissa..tidak Zaki..” Daniel menekup muka. Ada titis jernih mengalir di pipi.
“Bos..berdoalah kepada Allah supaya Allah tunjukkan kebenaran kepada kita. Maaf..kalau saya tanya sikit. Siapa perempuan tu sebenarnya?” Zaki juga turut bingung dengan kejadian tadi. Memang dia tahu Daniel mempunyai ramai teman wanita sebelum ini dan mungkin perempuan tadi salah seorang dari mereka itu. Mungkin perempuan itu serius menjalinkan hubungan dengan Daniel sehingga sanggup menghancurkan majlis pernikahan Daniel dan Arissa tadi.
“She’s one of my girlfriends and she’s also my late mum’s choice..” Daniel meraup muka.
“Maksud bos?” Zaki menelan liur.
“Dia adalah pilihan mak saya dan itu bukan hanya di mulut tapi sudah ada dalam perjanjian bertulis...” Daniel teringat mendiang ibunya dulu pernah memberitahunya tentang jodoh yang diatur itu tetapi dia hanya menganggap itu sebagai janji kosong. Jodoh yang hanya tertulis di atas sekeping kertas yang tak bermakna apa-apa. Ternyata anggapannya meleset sama sekali. Elizabeth datang menuntut semua itu.
“Oh...” Zaki turut mengeluh.
“I need some rest...” Daniel bingkas bangun dan melangkah lemah ke biliknya.
Segalanya sudah dirasakan berakhir.
ZAKI hanya memerhati bos mudanya yang ternyata sudah begitu kecewa. Arissa pula berdegil tidak mahu meneruskan pernikahan itu walau Daniel merayu sekalipun.

June 5, 2015

Terbaik Untukmu

Terbaik Untukmu
Yatie Atiqa

Harga: RM 23.00 Buy Now!
ISBN: 978-967-86-0562-5
Halaman: ~560
Berat: 550 gram
Tarikh Terbit: 25 Mei 2015

Sinopsis
Masalah keluarga memaksa Juita mengorbankan usia remajanya membantu ibunya, Kak Jah di gerai nasi lemak miliknya. Pertemuan dengan Muhamad Asyraf a.k.a Kebeng, pelanggan tetap di gerainya membibitkan rasa cinta. Kebeng menyimpan hasrat untuk menjadikan Juita miliknya yang sah. Dalam diam Juita juga menaruh hati kepada Kebeng.

“Rasailah kehadiran saya seperti angin yang bertiup. Tidak nampak di mata, tetapi dinginnya terasa hingga ke tulang.” - Kebeng

“Rasa ini selalu hadir untukmu. Sesuatu yang mungkin kau takkan pernah tahu.” - Juita

Kehadiran Faiz, teman sejak sekolah rendah yang masih mengharapkan cintanya yang ditagih sejak sekian lama disambut Juita. Kenakalan Faiz sering menyakitkan hati Juita yang tidak pernah menyimpan perasaan walau sekelumit pun terhadap lelaki itu. Faiz suka memanggil Juita dengan gelaran Comel menambahkan perasaan benci Juita terhadapnya.

“Walaupun kau tak terima cinta aku, tapi izinkan aku panggil kau Comel, ya.” – Faiz
Antara cinta dan simpati, siapa yang menjadi pilihan Juita? Apa pula reaksi ibu dan ayah Juita yang ingin melihat anak mereka hidup mewah dengan harta kekayaan dunia. Mampukah Juita memilih seorang dan melupakan yang seorang lagi?

June 4, 2015

Kekasih Olok-Olok Eija Khadeeja

Kekasih Olok-Olok
Eija Khadeeja

Harga: RM 21.00 Buy Now!
ISBN: 978-967-86-0565-6
Halaman: ~480
Berat: 450 gram
Tarikh Terbit: 25 Mei 2015


Sinopsis
JULIANA... gadis kacukan Melayu-Cina, melarikan diri dari rumah setelah mengetahui pengkhianatan yang telah dilakukan oleh ayah kandungnya sendiri. Di saat dirinya terumbang-ambing, dia bertemu dengan seorang lelaki yang sudi menghulurkan bantuan, tetapi bersyarat. Syarat yang mengikat Juliana dan Asyraf sebagai kekasih olok-olok. Di hadapan Melisa, lakonan harus menjadi nyata agar wanita bergelar model itu tidak lagi mengejar Asyraf. 

Di dalam lakonan, berputik cinta Asyraf dan Juliana. Di saat mereka sedang menikmati manisnya cinta, Juliana dikejutkan dengan satu kebenaran yang tak diduga. Dia 
nekad meninggalkan Asyraf. Asyraf yang ditinggalkan berasa kecewa. 

Ketika konflik melanda, mampukah dua hati yang sedang menagih cinta bersatu jasadnya?

May 31, 2015

Dia Tunang Aku!



Dia Tunang Aku!
Dhieya Adlynna

RM 27.90  Beli Sekarang
ISBN: 978-967-0535-22-7
~672 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 10 Mei 2013

Sinopsis

Dzaquan serba salah. Dia dalam dilema. Menerima ‘lamaran’ daripada Datuk Zaman atau berpisah dengan adik-adiknya? Menerima, bermakna dia akan melukakan sekeping hati seorang gadis yang tidak bersalah. Menolak, bermakna dia sanggup dipisahkan dengan adik-adiknya. Sudahnya, dia nekad. Satu keputusan harus dibuat. Dia terpaksa menjadi orang yang pentingkan diri sendiri demi mempertahankan adik-adiknya. Tapi, sanggupkah dia melukakan hati dan perasaan Aneesa, sedangkan dia tahu tiada ruang untuknya di hati itu?Aneesa pula sudah geleng kepala.Mr.Waiter? Rasa macam tak percaya saja dengan apa yang baru didengari daripada mulut rakannya itu. Terpikat dengan Dzaquan a.k.a tunang aku? Apa lebihnya Dzaquan, sampaikan dia menjadi kegilaan ramai perempuan di luar sana? Dah buta ke mata mereka? Dzaquan yang selekeh dan berambut panjang itu pula, dikatakan kacak dengan rambutnya diikat kemas? Senyuman dia boleh buat angau, suara dan layanan dia boleh buat jatuh cinta? Sah! Mereka semua dah tak betul! Tapi sejak bila pulak dia jadi waiter di Café S2? Kenapa dia langsung tak cakap pada aku? Aku kan tunang dia? Eh, kejap. Sejak bila aku akui dia sebagai tunang? Mereka bertunang pun kerana kedegilan papa. Di hatinya hanya ada Amsyar. Cinta aku hanya untuk Amsyar dan bukannya Mr.Waiter seperti Dzaquan tu!

“Ikatan yang ada di antara kita ni, tak penting ke untuk kau?” - Dzaquan

“Aku tak sangka orang macam kau hanya pentingkan diri sendiri! Yang boleh dibeli dengan wang ringgit! Aku benci kau! Aku benci kau!” - Aneesa

Suamiku Encik Sotong

Syikin Zainal

RM 25.90 Beli Sekarang
ISBN: 978-967-0535-21-0
~624 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 17 Mei 2013


Sinopsis
ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica

Dulu Benci, Sekarang Suka



Dulu Benci, Sekarang Suka
ROSE ELIZA

RM 27.90 Beli Sekarang
ISBN: 978-967-0535-28-9
~736 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 21 Jun 2013

Sinopsis
Benci! Itulah yang Hazrel Hardy rasakan setiap kali bertemu dengan Nur Ain Zafira. Pelbagai rancangan diatur untuk mengenakan gadis itu. Disebabkan perbuatan seseorang, mereka terpaksa bernikah tanpa rela. Bagi Hazrel, Nur Ain tidak layak menjadi isteri serta memiliki cintanya. Hanya kebencian yang dilihat pada gadis itu. Apabila mulut tidak seiring dengan kata hati, perasaan benci bertukar menjadi sayang. Ego yang dipertahankan akhirnya runtuh. Dalam melayari kebahagiaan, kebenaran muncul silih berganti. Oleh kerana tidak mahu hatinya terluka dengan sejarah lama, Nur Ain bertekad untuk mengundur diri. Adakah Hazrel rela melepaskan Nur Ain pergi daripada hidupnya? Siapa pula Eddie Zakuan? Apakah tujuan Eddie Zakuan mengambil berat serta setia di sisi Nur Ain tatkala gadis itu menghadapi masalah?


May 25, 2015

Kerana Aku Isteri Bidaan - Tulip Ungu


KERANA AKU ISTERI BIDAAN - TULIP UNGU
HARGA : RM27.00 (SEM) 
SINOPSIS :
RAINA terperangkap dalam dunia GRO gara-gara percaya dengan janji manis kekasih hati yang membawanya lari dari dunia kampung dan dunia Farel. Bergelumanglah dia dalam dunia itu walaupun pernah berusaha melarikan diri tetapi gagal. Hari pertama bertugas, dia  bertemu Emad dan mengikat kontrak untuk kekal sebagai teman mesra Emad di kelab.
RAINA yang dahulunya liar, degil, melawan… Menambah perangai lagi… Manja, seksi, gedik demi tuntutan tugas dan keselamatannya. Suatu hari dia tergamam seketika apabila salah seorang pelanggan yang harus dilayannya adalah Farel, lelaki yang amat dikenali… Lelaki yang difitnahnya dan ditinggalkan pula pada malam pernikahan mereka namun lelaki itu juga yang membidanya dari TTF.
RUMAH TANGGA mereka ada pasang surut… Ada rentak ‘3S’ – seksa, seksi dan ‘syurga’…
I sebut satu atau dua perkataan, you sambung perkataan yang ada kaitan dengan perkataan I sebut. Nak?”
“Kebun pisang?” Giliran Raina pula.
“Farel.”
Raina gelak. Farel jawab menyebut namanya sendiri. Mentang-mentang dulu pengusaha kebun pisang. Farel yang melihat semakin terpegun. Kejujuran dan keikhlasan Raina ketawa sudah dia temui.
“Farel?” soal Farel pula. Raina tergamam. Mahu menjawab kebun pisang, tidak boleh pula.
My hero…” Spontan jawabnya.
DISANGKA matahari memancar indah hingga ke petang, namun hujan di tengah hari… Rupanya rumah tangga mereka cukup rentak… Memporak perandakan hati dan tragis juga…
I nak hantar you balik ke tempat asal you,”
“Farel tolonglah… Apa yang terjadi bukan seperti yang you sangka.” Raina bela diri. Air matanya sudah gugur.
“Kena tangkap khalwat dengan Emad, apa yang I sepatutnya jangka?” Sinis nada Farel bertanya. Kalau setakat bercanda dalam bilik pantri dia boleh maafkan lagi tapi kalau sudah ditangkap basah, itu bukan lagi perkara kecil. Ia melibatkan maruahnya.
“Farel… Tolonglah, I tak nak balik ke sana, kalau you tak nak simpan lagi, ceraikan atau jualkan I pada Emad,” rayu Raina sambil memaut lengan Farel yang sedang memandu menuju ke TTF…

APAKAH yang berlaku dan tindakan Farel seterusnya tatkala Raina masih sukar mengubah cara hidup GROnya?

Pemilik Hati Encik Doktor - Wan Rohayu


TAJUK : PEMILIK HATI ENCIK DOKTOR
PENULIS : WAN ROHAYU
NO ISBN : 978-967-0657-75-2
HARGA RM25

BLURB

Siapalah yang tak nak jadi kekasih encik doktor? Dengan karisma dan paras rupa Dr Irfan, sudah pasti ramai perempuan yang tergila-gila, mengimpikan untuk menjadi teman hidup si doktor. Malangnya, Dr Irfan sukar meninggalkan cinta lamanya, lantas menjadikan Edlin sebagai eskapisme.

Edlin, gadis sempoi dan selamba, sering kali mencuit hati lelaki si doktor. Aura gadis itu menghangatkan dan Dr Irfan sangat selesa apabila bersamanya. Mereka berkawan tetapi Dr Irfan lupa, tiada istilah berkawan baik antara lelaki dan perempuan.

Edlin seperti gadis-gadis lain juga, ada hati dan perasaan untuk dicintai dan mencintai. Angan untuk menjadi pemilik hati encik doktor itu umpama mimpi ke bintang. Edlin tahu sangat hati doktor itu untuk siapa. Puas dilarang hatinya tetap degil juga menyimpan rasa.

“Please stop calling me... doctor! Call abang pun sweet, kan sayang?” – Dr Irfan

“Doktor Irfan, jangan panggil saya dengan panggilan yang awak tak maksudkan apa-apa. Tak bagus untuk hati orang! Sebab hati saya hati orang, manusia... bukan hati unta!” – Edlin

Terima kasih kepada Iqzal Iqbal, seorang yang misteri, kurang ramah orangnya dan perasan macam bagus-bagus. Pertama kali berjumpa, menyakitkan hati. Setelah mengenali, lelaki itu punyai kebaikannya yang tersendiri. Iqzal Iqbal mula mewarnai kehidupan Edlin. Bukan hanya ada Dr Irfan sahaja.

“Cik kak, telefon jatuh ni.” – Iqzal Iqbal

“Hah!” - Edlin

“Wangi bau cik kak. Rasa nak kunyah macam chewing gum!” – Iqzal Iqbal

Segalanya menjadi keliru! Dr Irfan mula pandai cemburu. Hati Edlin yang jadi libang-libu, terpaksa bersabar dengan perangai pasang surut Dr Irfan. Lelah mengharap kasih yang tak kunjung tiba, Edlin nekad mengakhiri segalanya. Cinta seharusnya bukan menyakiti hati. Cinta adalah penyatuan hati. Kalau tiada cinta di hati, apa gunanya lagi menyimpan hati.

May 24, 2015

Dia Menantu Rahsia - Indah Hairani


Dia Menantu Rahsia
Indah Hairani

RM 27.00
ISBN: 978-967-446-194-2
~624 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 31 Mei 2015
Sinopsis
PERTUNANGAN antara Zamer dengan Doktor Suraya telah merobek hati Melissa. Apatah lagi pertunangan itu atas permintaan emak Zamer sendiri. Kerana mahu merawat hati yang kecewa, Melissa membawa diri ke Kuala Lumpur. Pertemuan antara Melissa dengan Syakir di Kuala Lumpur telah mengubah keseluruhan hidup mereka. Semuanya bermula dengan permintaan tidak diduga daripada Syakir. Lamaran daripada Syakir, akhirnya diterima Melissa semata-mata mahu melarikan diri daripada Zamer yang terus mengejar cintanya. Malahan Engku Kamelia juga turut mendambakan cinta Syakir. Tujuan mereka mahu berkahwin tidak diketahui sesiapa. Malahan perkahwinan itu juga tanpa rasa cinta di hati masing-masing. Mampukah perkahwinan itu menyelesaikan masalah mereka? Selama manakah mereka mampu bertahan hidup di alam perkahwinan itu?


Atas Sejadah Cinta - Qis Zakirah


Atas Sejadah Cinta

RM26.90
Demi kasih terhadap Zaim, dia rela berkorban apa sahaja demi melihat suaminya bahagia. Biarpun sering terluka, Syamimi terus tabah menanti kasih suaminya. Cukuplah senafas dirasai, itu sudah memadai baginya.
Oh! Awak boleh buat permintaan untuk saya menikahi suami awak sedangkan permintaan saya awak tidak sudi terima. Awak fikir saya ini apa?Walaupun cinta saya pada Zaim begitu mendalam, tetapi saya tidak sebegitu hina untuk meruntuhkan rumahtangga orang lain”.
Airmata Sumaiyyah sudah mengalir tidak henti-henti. Dia benar-benar tidak menyangka wanita yang dinikahi Zaim punya hati yang begitu mulia sehingga sanggup mengorbankan diri sendiri demi kebahagiaan suaminya. 
“Entah anak siapa yang dikandungnya lepas itu kau perangkap akukan? Nak tutup perbuatan keji kau yang tak sepadan dengan penampilan kau yang ala-ala perempuan solehah konon”.