Pencinta Novel

November 21, 2014

kampung girl - umi kalsom



ISBN: 9789670246130
Penerbit: Karyaseni Enterprise
Tarikh Terbit: Cetakan Kedua Februari 2012
Halaman: 547
Harga: RM21
Sinopsis belakang buku:
PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” - Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

November 18, 2014

Setitis Kasih Darmia ~ Naniey TJ


Tajuk : Setitis Kasih Darmia
Pengarang : Naniey Tj
Harga : RM 26.90(S/M) ,RM 29.90 (S/S)
Penerbit : SR Publication
ISBN : 978-967-5822-09-4
Mukasurat : 665 Halaman 

Beli di Sini

Sinopsis belakang buku:

Tonton di sini

Jika diam itu boleh selesaikan masalah, maka Darmia rela tunduk membisu menerima makian dan hinaan dari keluarganya sendiri tanpa dia tahu di mana kesilapannya. 

“Kau tak guna!. Patutlah bapak kau tinggalkan mak kau. Tak balik-balik sampai sekarang. Sebab kau ni bawak sial!” pekik Latifah 

Darmia pasrah dibesarkan hanya dengan kasih sayang ibu. Belum puas dia bermanja, ibunya terlebih dahulu di jemput Illahi. Mujurlah masih ada Opah dan Haliza yang sudi menjaga dan mengambil berat. Kasih Haliza buat Darmia melebihi sayangnya untuk adik kandungnya sendiri, Anis Alisa

Peluang belajar sambil bekerja yang ditawarkan oleh Haliza disambut Darmia dengan rasa gembira. Namun kemunculan Khairul Amir, lelaki misteri yang pernah melafazkan ijab kabul padanya 4 tahun yang lalu sebagai majikannya merangkap kekasih Haliza mengharu-birukan keadaan. Lelaki itu muncul bersama dendamnya yang tidak pernah padam. Rahsia yang di simpan tidak boleh di bongkarkan.

“Kau dengar sini baik-baik. Aku takkan biarkan hidup kau senang selepas kau susahkan hidup aku. Kau dah buat aku malu dulu. Kau letak maruah aku kat tapak kaki kau. Sekarang kau pulak rasa apa yang aku rasa”

“Kalau itu dapat puaskan hati encik, baiklah. Saya akan ikut apa yang encik inginkan. Tapi tolonglah jangan lukakan hati Kak Liza. saya rayu pada encik.”sendu Darmia

Buatlah apa saja, Darmia rela asalkan hati Haliza tidak di sakiti. Asalkan Haliza tidak tahu rahsia mereka. Percaturan tuhan siapa yang tahu. Berkali-kali bibir lelaki itu mengucapkan benci namun berkali-kali juga hatinya enggan berkompromi. Semakin Darmia menjauh semakin galak Khairul Amir mengejar biarpun dia tahu pasti akan ada hati yang terluka. Dalam satu insiden yang tidak disengajakan, rahsia yang cuba dikuburkan terbongkar jua. Hati Haliza dan Darmia hancur bagai dipukul ombak tsunami yang meranapkan bumi Aceh. 

“I love you. Love you so much. Setelah you bagi harapan pada I untuk sehidup semati dengan you, mudahnya you nak I lupakan you. Macam mana I nak lupakan you, Mir. You satu-satunya lelaki yang I cintai dalam dunia ni” Tangis Haliza 

Kisah persengketaan dua beradik yang tidak pernah padam dalam memori Latifah bagai di ulang tayang. Kerana sebuah dendam, pengorbanan dan keegoan semuanya menjadi kucar-kacir. Khairul Amir tekad, biar hilang segalanya di dunia ini, setitis kasih Darmia terus di nanti.


Resensi saya:

Dimulakan dengan baik dan suspen, Darmia keluar dari mulut naga, masuk ke mulut buaya.. Kisah seorang anak gadis bernama Darmia yang dipelihara oleh ibu saudaranya, tetapi bapa saudaranya telah cuba mencabulnya ketika ibu saudaranya pergi merewang ke surau. 

Darmia lari masuk kedalam hutan belukar dan tiba-tiba terlanggar kereta yang dipandu Khairul Amir. Ketika itu bapa saudaranya sedang mengejarnya dari belakang dan terserempak pula ibu saudaranya yang pulang sebentar membawa bekalan untuk bapa saudaranya. Lantas bapa saudaranya mengelak dengan sengaja memanggil orang surau untuk mencari anak saudaranya (Darmia) yang dikatakan lari dari rumah.

Ketika episod mencari itu lah mereka berjumpa dengan Darmia di dalam kereta di belukar berdua-duaan dengan Khairul Amir yang sedang kepanikan kerana terlanggar Darmia. Dengan kekalutan itu, bapa saudara dan ibu saudara Darmia mengambil kesempatan dengan menuduh Darmia melalukan maksiat dan mereka berdua dinikahkan dengan segera.

Setelah hampir 4 tahun berlalu, Khairul Amir langsung tidak memperdulikan Darmia yang ditinggalkan di kampung. Darmia pula membawa diri ke rumah Haliza di Kuala Lumpur, Haliza yang merupakan anak kepada ibu saudara Darmia dengan baik hati menawarkan pekerjaan dan membantu Darima melanjutkan pelajaran ke Universiti. Di Universiti pula, pensyarah Darmia, Zulfekar pula menaruh hati pada Darmia. 

Konfik berlaku apabila Haliza bercinta dengan Khairul Amir. dan apabila Khairul Amir tersermpak dengan Darmia, dia mula menaruh hati pada isterinya sendiri. Darmia mulanya menolak, tetapi akhirnya kalah juga. 

Haliza hampir hilang pertimbangan apabila mengetahui bahawa Khairul Amir sudahpun berkahwin dengan Darmia. Dia kecewa, dan melarikan diri ke tepi sungai saat hari perkahwinannya. Di saat kucar-kacir itu, muncul pula Roslan, bapa kepada Khairul Amir, memenuhi undangan perkahwinan tersebut, malangnya ibu saudara Darmia, Latifah (yang sulong) mengenali Roslan. Roslan pula tidak dapat mengingati apa-apa pun yang berlaku. 

Latifah mengatakan bahawa Darmia adalah anak Roslan bersama kakak mereka. manakala Khairul Amir juga anak Roslan, jadi mereka berdua sebenarnya haram berkahwin.... apa kah yang akan terjadi seterusnya???... 

Saspensss...... Terbaik dari Naniey TJ dan SR Publication!!! Syabbasss...

***** lima bintang... sebab banyak adegan, bahasa yang baik, moral of the strory bagus, jangan simpan dendam, berbaik sangka lebih baik, memaafkan lebih baik, adik beradik bagaikan air dan dicincang tidak akan putus.... wahhh banyak moralll

http://m.tonton.com.my/#/webapp/home/Setitis_Kasih_Darmia/premier_episod_11_157b3c1e31d14d8cb935a3e1011a122d.html

November 13, 2014

Bila Hati Berbicara - Antasya Balqis

ISBN: 978-983-3669-34-9
Berat: 600 grams
Stock: Ada
Terbitan: BUKU PRIMA
Tahun: 2007

Beli di sini


Sinopsis
BILA HATI BERBICARA mengisahkan tentang Emir Qasya, seorang jutawan muda yang sedang mencari bakal isteri dan dikelilingi oleh populariti, kacak dan berwawasan tinggi. Kisah peribadinya selalu menjadi buruan wartawan. Hidupnya dilanda gosip liar dan selalu dikaitkan dengan model dan perempuan cantik. Sejak dia merwar-warkan ingin mencari calon isteri, hidup peribadinya diintip wartawan setiap saat. Dia amat mementingkan darjat dan keturunan supaya setaraf dengan kedudukannya tetapi akhirnya telah jatuh cinta dengan Tania Katsura di dalam keadaan yang tidak terduga di kawasan setinggan yang diberi nama Lembah Jingga.

Emir merasakan Tania adalah perempuan yang sangat istimewa tetapi hatinya selalu menafikan bahawa dia telah jatuh cinta kerana Tania tidak memenuhi ciri-ciri perempuan yang layak menjadi isterinya. Tetapi akhirnya dia sendiri yang memerangkap Tania dalam perkahwinan kerana cabaran Badri Fathul yang juga menaruh minat terhadap Tania. 

Sesuatu telah terjadi di dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik terhadap Tania kerana tidak dapat memiliki gadis itu. Apakah yang terjadi terhadap perkahwinan mereka dan rasa cemburu kerana sayang dapatkah kembali menyatukan cintanya terhadap Tania?


https://bilahatiberbicara1line.blogspot.com

Siapa Aku Disisimu - Alina Haizar

SIAPA AKU DI SISIMU
No. ISBN:- 978-967-0448-74-9
Jumlah muka surat:- 824
HARGA SEMENANJUNG: RM30
HARGA SABAH/SARAWAK: RM33

Sinopsis:-

Siti Hajar dan Izwan terpisah akibat kemalangan jalan raya. Setelah sekian lama, Izwan yang menghidap amnesia dikejutkan dengan surat permohonan cerai daripada Siti Hajar.

Bila masa dia berkahwin dengan Siti Hajar? Siapa Siti Hajar? Keadaan semakin meruncing dengan kehadiran Azrul yang ingin memiliki semula Siti Hajar.

“Aku reda dengan perpisahan ini kerana cinta tidak semestinya bersama. Biarlah kuundur diri….”

Resensi saya:

Pertamakali baca novel coretan Alina Haizar. Ternyata jalan cerita nya menarik walaupun sedikit klise dan boleh agak, tapi masih juga nak baca. Kisah cinta dua darjat antara Khairil Izwan anak pemilik hartanah di Kuala Lumpur yang terpikat dengan anak pemilik kotej Kellys Inn. Walaupun pada mulanya pertemuan antara Siti dan Izwan tidak begitu menarik, tetapi kelembutan dan budibicara Siti menambat hati lelaki Izwan.

Mereka berdua akhirnya jatuh cinta tanpa pengetahuan kedua orang tua Izwan dan melangsungkan perkahwinan di Cameron Highlands dengan hanya diraikan oleh sebelah pihak sahaja. Tiba masanya Izwan membawa suri dihatinya berjumpa kedua orang tuanya di bandar, tiba-tiba berlaku pula kemalangan dan menyebabkan Siti mengalami luka parah dan rosak bahagian belakang tubuh dan muka nya hancur sebelah. Izwan pula koma dan apabila sedar dia mengalami amnesia dan langsung tidak dapat mengingati tentang perkahwinannya.

Masa berlalu dan setelah hampir 4 tahun, Izwan terkejut apabila menerima surat tuntuan perceraian dari Siti. Dia langsung tidak mengingati mempunyai seorang isteri, malahan mempunyai seorang anak hasil perkahwinan dia dan Siti.

Pada mulanya, dia menafikan mempunyai keluarga, tetapi setelah ibu Izwan mengakui kesilapan dosa-dosa nya yang menghalang Siti dari berjumpa Izwan, akhirnya Izwan akur. Dato Ibrahim - bapa Izwan dan Datin ingin menyatukan mereka kembali, tetapi Izwan sukar untuk menerima, tambahan pula tanah milik bapa Siti dalam proses pembelian oleh syarikat Izwan....

Izwan yang serik dengan perhubungan dia dan Wan Anum tempohari masih belum bersedia untuk menerima sesiapa dalam hidupnya, malahan Suraya, anak kepada Dato Johari yang ingin membuat JV dengan syarikat Izwan juga belum mampu membuka pintu hati Izwan. Cuma memikirkan kepentingan syarikat dan penyatuan antara dua syarikat (milik Izwan dan Dato) maka dia bersetuju untuk berkahwin dengan Suraya. Tetapi saat dia hendak berkahwin itu lah pula muncul surat tuntutan fasakh dari Siti.

Sementara itu, Siti ditemani oleh Azrul dalam mesyuarat jual beli tanah milik Siti. Azrul pula ingin menyunting Siti, dan dengan sebab itulah Azrul mengusulkan agar Siti meminta tuntutan fasakh. Hampir saja mereka berpisah, tetapi Datin memberikan syarat agar Siti dan anaknya tinggal dirumah banglo milik mereka dalam beberapa bulan sebelum Dato dan Datin berlepas menunaikan haji. Datin merayu Izwan agar memberinya peluang mengenali Siti dan anaknya sebelum membuat keputusan bercerai.

Apakah yang berlaku ? lalalalalalalala.... kalau cerita yang klise, sudah tentu pembaca2 dapat mengagak kesudahan cerita...

824 mukasurat, agak tebal untuk cerita yang biasa-biasa dan susunan ayat yang agak menyakitkan hati saya yang membaca... uhuhuhuhu.... 'sebatang tubuh di sisi pintu?' boleh tak guna sekujur atau susuk? adohhhhhhh

** dua bintang sebab jalan cerita biasa, pastu ayat yang tak best, tapi dapat la bintang sebab jalan cerita dia banyak.

Sekian. Jangan Sentap ye.


September 24, 2014

Dialah Cinta Hatiku - Aisya Sofea

Dialah Cinta Hatiku
Aisya Sofea


Add to cart

Harga: RM 27.00
ISBN: 978-983-124-979-6
Halaman: ~688
Berat: 650 gram
Tarikh Terbit: 25 Ogos 2014

Sinopsis belakang buku:


Bagi Julianna Isabelle, cinta hanya sekali. Sudah enam tahun dia bersama Rizan. Namun apa yang dirasa; Rizan bukan lelaki yang mengganggu mimpinya. Rizan juga bukan lelaki yang dia rindui. Nanar gelisahnya juga bukan kerana lelaki itu. Tapi siapa? Ada satu nama yang terukir di sudut hatinya. Megat Iskandar Zulkarnain! Akhirnya lelaki itu pulang membuka hijab cinta Julianna. Lebih tulus, lebih suci dan sangat bermakna buat mereka. 

Sayangnya, Megat adalah abang Rizan dan Julianna pula bakal ditunangkan dengan Rizan. Mana mungkin seorang abang sanggup merampas bakal adik iparnya sendiri? Megat nekad. Enam tahun yang dipersiakan harus ditebus semula. Julianna juga tekad. Dia redha menerima lafaz ijab kabul Megat biarpun ada hati yang terluka. Namun, perkahwinan yang baru berusia seminggu dihempas badai. Megat ada perempuan lain! Hanya air mata yang menceritakan seksa dan derita yang memamah sekujur tubuhnya.

Resensiku:

Garapan Aisya Sofea kali ini tidak menghampakan. Kisah konflik Juliana Isabelle dalam menentukan siapa cinta hati miliknya. Si abang atau si adik... Rasa sayang antara seorang kawan ternyata lain rasanya apabila didatangi Megat... Ju semakin keliru dengan perasaannya.. Tetapi rasa kuat yang mengikat hatinya pada si abang..

Si abang pula punyai konflik dalaman.. Di dera emosi sejak kecil, si abang membesar tanpa kasih sayang ibu dan ayah. Walaupun dibesarkan dalam banglo indah milik bapanya, tetapi ibu tiri terlalu memilih kasih himgga si abang terpaksa memendam perasaan dendam hingga membawa diri ke Paris. Di situ dia bertemu dan berkahwin dengan perempuan Indonesia dan mendapat seorang anak perempuan yang diberi nama Nadia Isabella.... 

Isabelle-Isabella, adakah ianya satu kebetulan?... Ternyata selepas 6 tahun, Juliana masih lagi di hati si abang....

Terbaik Aisya Sofea, membawa saya hingga kepuncak konflik rumahtangga dan diakhiri dengan adegan yang sangat ndah....

March 1, 2014

Kerana Terpaksa Aku Relakan - umie Nadziemah




Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.
Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.
Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga  segar berbau harum.
“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin
Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa…
“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” – Indah Halina
“Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup. Tak sama ke angan kita?” – Tajul Razin


Sinopsis dari saya:

Kisah Indah seorang gadis yang diperdaya kaka tirinya saat akhir hari pernikahan ya dengan tunang pilihan keluarganya. Dia dibuang keluarga. Pasrah dan dia terpaksa membawa diri berkelana hingga terjumpa dengan seorang datin yang amat penyayang... Mcam citer cinderella...

Anak datin mulanya tidak langsung menyukainya dan menganggap Indah sebagai sworang bibik, tetapi Datin mengambil Indah menjadi anak angkatnya kerana budi bahasan dan kesopanan Indah.

tajul Fahihin atau Tajul Razin? Indah jatuh cinta pada si abang.... Tetapi memdapat tentangan dari si adik... Masing2 berebut, tapi si abang sebagai abang berkorban untuks i adik....

Saat Indah mengharap kasih si abang, si abang pula melarikan diri... Emosi Indah tergugat,  sementara itu kakak tirinya pula sudah pun mengahwini bekas tunang Indah, tetapi hati busuknya ingin Indah terus susah. Kakak tirinya merancang menghapuskan Imdah....

Suspens, umie naziemah membawa saya terbuai-buai dihanyutkan perasaan terumbang ambimg... Syabas...!!!


January 21, 2014

Hadirkan cinta buat aku

HADIRKAN CINTA BUAT AKU ~ TULIP UNGU
PENERBIT : INTENS IDEA
HARGA : SM RM25.00 / SS RM28.00
ISBN : 978-967-5289-26-2
HALAMAN : 640 MS





SINOPSIS: SYED ZIQRI – Kerana Emma Saffiya perlukan kasih sayang seorang ibu, dia menerima Sara Adelina sebagai isteri. Kasihnya yang menebal terhadap arwah isterinya, Syarifah Sofiya buat dia keliru dengan apa yang dia rasa terhadap Sara sehingga tegar menggores perasaan isterinya itu.

 ‘Tiada siapa yang boleh gantikan tempat Sofiya di hati abang. Abang tak mungkin boleh berlaku adil pada Sara. Berkahwin dengan Sara tetapi dalam hati abang, hanya ada cinta Sofiya. Tentu tak adil bagi Sara.’ SARA ADELINA – Kerana diburu, dia menerima lamaran Syarifah Raziah untuk Syed Ziqri. Tiada apa yang dia fikir kecuali keselamatan diri dan kasih sayang yang mula hadir untuk si kecil, Emma Saffiya.  tanpa Sara tahu letak duduk status Sara. Tegarnya abang tinggalkan Sara saat Sara mengandungkan anak abang. Apa salah Sara pada abang? Syed Ziqri! Kenapa buat aku begini?’

 LIMA tahun berlalu, Syed Ziqri pulang semata-mata membawa satu misi iaitu berkahwin dengan kekasihnya, Syarifah Letisha merangkap sepupu kepada arwah isterinya, Syarifah Sofiya. Sekali lagi Sara diuji hati dan minda. Mana tidaknya, Syed Ziqri pulang bertujuan lain tetapi tiba-tiba tersangkut dengan dirinya pula. “Ya Allah, sampai bila drama ini berlarutan? Abang, kenapa buat anak-anak macam tu? Nanti-nanti abang pergi lagi tinggalkan mereka.” Sara di dalam bilik air bertambah sebak dan pilu.

 MEREKA berbalah dan berperang, namun kerana anak-anak, mereka berusaha cipta bahagia… “Abang ni nak ke Penang bukan lama pun kan tapi kenapa sedih aje ni? Tu la Sara nak ikut, tak kasi.” Syed Ziqri terus ceriakan mukanya dengan melemparkan senyuman manis untuk Sara. “Kalau abang boleh bawa, abang bawa Sara. Sehari pun abang dah rindu, inikan pulak lebih sehari Sara tak ada di sisi abang. Abang cintakan Sara. Sara cintakan abang?” “Cinta.” “Kalau abang dah tua esok, cinta lagi tak?” “Cinta. Dah tua bongkok pun, Sara cinta.” “Kalau tiba-tiba ada perempuan lain sukakan abang tapi abang tak suka dia, Sara masih cintakan abang tak?” “Cinta,” jawab Sara bersama gelak kecilnya. Dia berasa hairan dengan sikap Syed Ziqri. Kemudian, dirinya terus dipeluk oleh Syed Ziqri dengan erat. “Mari sini.” Kedua-dua pipi Sara sudah dilekap oleh tapak tangan Syed Ziqri setelah pelukan Syed Ziqri renggang. “Abang nak cium Sara lama-lama.” Sekelip mata sehingga tidak sempat Sara berbuat apa, seluruh wajah Sara dikucup oleh Syed Ziqri. Satu-satu anggota di mukanya dikucup hinggalah mata Syed Ziqri merenung bibir Sara. BETAPA Syed Ziqri resah sendirian tatkala syarikat hampir muflis dan dijangka akan disaman hingga ratusan juta. Betapa Syed Ziqri marah dan sakit hati namun dia terpenjara. Hanya Syarifah Letisha yang ditinggalkan, mampu menjadi penyelamat, namun tegarkah dia menggores hati Sara sekali lagi!

Ringkasan dariku:

Kisah konflik hatid an perasaan antara sang suamid an sang isteri yang telah ditinggalkan hampir 5 tahun. Syed ziqri duda beranak satu, menangisi kehilangan isteri yang sangat dicintainya saat isterinya melahirkan anak sulong mereka. Hampir 3 bulan dia terumbang ambing....

Sarah gadis yang terseksa akibat perbuatan bapa saudaranya, yang cuba mengaut keuntungan dari wajah cantik dan tubuh gadis tersebut. Sara lari dari cenngkaman, dan berselindung disebalik banglo keluarga Ziqri....

Mereka berdua dikahwinkan, tapi selepas malam pertama, Syed Ziqri masih tidak dapat menerima hakikat pemergian aruah isterinya, menyebabkan dia lari meninggalkan keluarga dan berhijrah ke kota London bagi mengubat hatinya yang lara.

Wajah manis Syarifah Letisha, sepupu Syarifah Sofia, berjaya mengubat hati syed ziqri, mereka berdua kembali ke Malaysia untuk memohon restu ibu Syed Ziqri. Tetapi perkara yang sebaliknya berlaku, Syed Ziqri mula jatuh hati pada Sara yang setia menanti, membesarkan anak mereka berdua hingga 5 tahun.

Walaupun nampak mudah, tetapi Sara juga mempunyai hati dan perasaan. Manakala, beberapa orang lelaki cuba menggoda Sara. Tuan Ghaffur, pengetua sekolah AC, cuba memikatnya dengan cara kotor. Dia bekerjasama dengan bapa saudara Sara untuk memerangkap Sara. Dalam masa yang sama juga, rakan baik ziqri juga menuntut ziqri untuk melepaskan Sara kepadanya. Azmizy menunggu dengan penuh harapan sejak 5 tahun. Juga tidak ketinggalan, bapa kawan anak ziqri, duda anak satu, yang merupakan jiran Sara juga berkenan untuk menyunting Sara bagi menggantikan aruah isterinya.

Sementara itu, ziqri juga dikejar sang tealady Tania, yang menggodanya. Syarifah Letisha pula menagih janji dari ziqri.... (less)

January 8, 2014

The Wedding Breaker - Evelyn Rose


Tajuk: The Wedding Breaker
Penulis: Evelyn Rose
Penerbit: Karya Seni
Bil ms:642
Tarikh Terbitan :Jun 2013
Harga: RM25/-

Beli Online Klik di sini : ADD TO CART

Sinopsis Belakang Buku:

Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.


“What’s so funny?”

“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil


Review Saya:

Baru habis baca, selepas tengok beberapa episod dalam slot Akasia. Kisah Tengku-tengku nak dikahwinkan dengan tengku-tengku juga, sebab wasiat. Kalau tak disebabkan Juwita tak jadi kahwin, maka tak de la cerita Ariana Rose ni.

Ariana Rose yang mengenali Juwita di tempat menunggang kuda Serdang, hingga menjadi rakan karib Juwita, sanggup menebalkan mukanya menjadi mak sanggup belakon jadi perempuan mengandung yang sarat dan mengakui anak dalam kandungnnya itu milik Tengku Adam Kamil di saat hari pernikahan Juwita-Adam. HAVOC!.

Adam, Datuk muda, CEO syarikat besar, mengarahkan konco-konconya mencari identiti Arianna Rose, dan akhirnya Adam tersalah langkah dan mula terjatuh cinta pada Arianna Rose... 

Rasanya macam baca buku dulu-dulu Mills And Boons pon ade... 

Tapi hakikatnya dalam novel ni, watak jahat Ramzul dan Liyana atau Sofie masih tidak dapat kesimpulan apa jadi pada mereka, atau tidak kuat apa yang berlaku, sama ada mereka di tangkap polis atas sebab-sebab pecah amanah/rasuah? atau apa-apa lah....






Seikat Kembang Merah - Imaen


Tajuk: Seikat Kembang Merah
Penulis: Imaen
Penerbit: Jemari Seni
Bil ms: 495
ISBN: 9789685118418
Tarikh terbit: June 2011



Sinopsis Belakang Buku:
Ketika aku melangkah keluar, ada yang tertinggal di sini; angan-angan, harapan dan seluruh hati. Sebagai gantinya aku membawa bersama wajahnya, dan rindu padanya – Nur Tahani gadis bertudung labuh.
Aku memang telah jatuh cinta pada dia. ‘Bidadari’, versi dunia atau akhirat seperti dia hanya layak digandingkan dengan orang beriman.
rat hanya layak digandingkan dengan orang beriman!Aku?
Bagaimana mungkin perempuan cantik, berprofil tinggi dan terlahir dalam gedung Gucci seperti Nina mahukan aku? Dia hanya layak bersanding dengan lelaki kategori ‘arreviste-hooray henry’. Sedangkan aku hanya lelaki terbuang. Kelas kambing! Paria! Dalit!
Benarkah, kalaulah cantik itu pintu kepada cinta, setiap lelaki kena bertapa dalam gua dan jalan pejam mata?
Lalu aku melambung dadu terakhir. Kalau aku kalah sekalipun, aku sudah tiada apa-apa lagi untuk rugi. Sama ada aku lambung atau tidak dadu itu, aku tetap merana; merindukannya separuh mati dan mencintainya seumur hidup.




January 1, 2014

Projek Memikat Suami

Tajuk: Projek Memikat Suami
Penerbit: Karyaseni
Bil m/s: 526


Sinopsis belakang buku:

NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

Review dari saya:

Kisah si Nawwal Husna yang akur dengan perjodohan yang diatur oleh keluarga, Nawwal Husna si kaki berjalan terpaksa melupakan hasratnya menjelajah Scandinavia. Dia pulang lebih awal demi pernikahannya dengan mamat iceberg yang dia langsung tak kenal. CEO baru syarikat Alimin terpaksa akur dengan perintah Tan Sri, jika tidak, habislah jawatan CEO yang disandangnya ditarik balik.

Zahrain berazam akan meninggalkan Nawwal saat bernikah dengannya, tapi takdir mengatasi segala-galanya. Nawwal yang punyai kakak-kakak yang sangat 'supportive' memberikannya tips-tips memikat suami yang menyebabkan Zahrain cair... yang dulunya iceberg akhirnya cair juga....

Tapi langit tak selalu cerah, kehadiran sigedik Adira sejak awal, model yang langsing lagi cantik hampir menggugat kesabaran Nawwal, tapi sabar dan redha menjadi kekuatannya. Sementara itu, Zahrain juga diuji dengan kehadiran Atai dan abang Ajaq (walaupun Atai cuma kawan sekolej dan salah seorang 4 rakan karib Nawwal (Pet, Atai, dan Em, tapi Zahrain tetap cemburu).

Nawwal membawa diri ke Yogja, (hampir tidak ditemui oleh Zahrain kalau tak disebabkan oleh mulut tempayan si Pet)....

Tonton Online Astro Ria Isnin 9-10mlm 13 episod