Pencinta Novel

April 11, 2005

tombiruo



Sinopsis :
TOMBIRUO
Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri.
Harga : RM 19.90
Halaman :517
ISBN : 983-124-008-1

Komen saya:

Membaca dengan berterusan, lain dari yang lain. Kisah wartawan wan suraya yang mencari ketenangan di sabah, tetapi sifat kewartawanannya membawa dia ke tempat yang tak sepatutnya dia pergi. Hutan Keningau yang digeruni dengan Tombiruo diredah.

Kisah cinta yang tak kesampaian antara duda dengan Wan Suraya, dan siapa Tombiruo sebenarnya? kenapa wasiat tersebut ditukar sehingga berkali2. Konflik keluarga kaya pemilik hutan balak....

Suspens seolah2 kita berada dalam hutan keningau itu sendiri!

Rating: **** (best boleh buat koleksi)

2 comments:

sherrina said...

berbaloi ke buku2 nie untuk dijadikan koleksi? ada 3 siri plak tu. saya memang peminat RAM dan dah baca ADAM, Satu Janji.

kuizikel said...

satu janji sy dah baca. best. yg lain tak penah baca lagi..