Pencinta Novel

August 12, 2024

Demi Kamu Anna Balqis - Myra Ameer


Tajuk: Demi Kamu Anna Balqis
Penulis : Myra Ameer
Penerbit: Penulisan2u
Tahun Terbit: Jun2018
Bil ms: 619




Sinopsis belakang buku:

Tak perlu sempurna untuk jatuh cinta kerana yang sempurna itu hanyalah Dia. HAKIM, hidupnya dari mula lagi tidak sesempurna mana. Lahirnya tanpa dia sendiri ketahui dari mana asal usulnya. Kehilangan ibu kandung ketika dia baru berusia 16 tahun membuat dia terpaksa berjerih untuk meneruskan hidup. BALQIS, hidupnya juga jauh dari sempurna. Dia keseorangan. Dibesarkan oleh lelaki yang tidak jelas ikatan mereka malah terlibat dengan dunia hitam membuatkan hidupnya terkongkong dan tidak pernah aman. Disebabkan satu kesilapan, Balqis diburu. Pelariannya menemukan dia dengan Hakim secara tidak sengaja.

“Kau datang nak mencuri eh?” – HAKIM

“Mencuri dekat bengkel buruk ni? Hello! Kalau setakat besi buruk aje yang ada, apa yang boleh aku curi dan jual?” – BALQIS

Pertemuan tersebut tidak terhenti di situ. Mereka bertemu lagi dan setiap kali Balqis berada di dalam kesusahan, Hakim pasti muncul sebagai wira penyelamatnya. Disebabkan satu peristiwa yang tidak diduga, juga demi menyelamatkan nyawa dan maruah Balqis, Hakim yang terpaksa menjadi pelindungnya.

“Kalau kau dah tak sayang nyawa sangat, aku tak kisah. Lantak kaulah situ. Lagi senang hidup aku sebab tak payah fikirkan tentang keselamatan kau lagi.” – HAKIM

“Aku bukannya pergi mana-mana, aku turun bawah aje.” – BALQIS

“Pergi bawah aje? Kau tahu tak kalau kau leka sikit, dekat bawah tu pun kau boleh mati!” – HAKIM

Terbiasa hidup keseorangan menyebabkan kehadiran Balqis terasa begitu menyusahkan. Apatah lagi dengan kedegilan Balqis yang membuatkan mereka sering tak sehaluan. Tetapi, di saat mereka memilih untuk berdamai, satu kebenaran yang memeritkan terbongkar. Hakim hampir rebah dan Balqis mula hilang arah. Sesungguhnya, setiap apa yang berlaku itu ada sebabnya. Sesungguhnya, takdir Allah itu benar! Dan sesungguhnya, Dia yang menentukan segala-galanya juga benar! Hakim dan Balqis, mampukah mereka reda andai kisah silam itulah yang membuatkan jiwa mereka goyah dan lukanya semakin parah?

“Hakim…kalaulah aku mampu undurkan waktu, aku lebih rela jika kita tidak pernah bertemu!” – ANNA BALQIS


Resensiku:

Jalan cerita yang menarik, plot demi plot, kisah antara seorang gadis 18tahun yang terpaksa mengharungi liku kehidupan yang ganas. Dia dibesarkan oleh ayahnya, sementara ibunya telahpun meninggal dunia. Pada usia 18 tahun dia kehilangan ayahnya yang dipercayai dibunuh oleh gangster. Gangster yang tidak puas hati dengan ayahnya mula mengejarnya dan ingin menculiknya supaya ayahnya keluar dari persembunyian (gangster tersebut tidak percaya yang ayahnya telah meninggal sewaktu menyelesaikan misi).

Ketika itulah dia diselamatkan oleh seorang pemuda bengkel kereta (sewaktu Anna Balqis mencuri masuk ke bengkel yang kebetulan tidak dikunci - untuk bersembunyi dari gangster2 tersebut).

Bermulalah kehidupan ups and downs Balqis (Q) mana nak menyelamatkan diri, dan mana nak cari ayahnya, pulak tu dia terpaksa berkahwin dengan Hakim (ini bukan terpaksa, tapi Hakim sendiri rela untuk melindungi Balqis).

Dalam cerita ini, Balqis dibesarkan tanpa ilmu agama, dan dia pula dari keturunan yang bercampur2. Ayahnya pula langsung tidak mengamalkan kehidupan beragama. Jadi banyak perkara dia belajar dari Hakim. 

Seterusnya, plot akhir dia, berjaya menjumpai ayahnya, tetapi dalam keadaan gangster masih mengejarnya (adegan suspens).

Rating saya: **** (4/5 bintang) - berjaya menarik saya untuk baca sampai mencapai titik TAMAT. plot2 yang cukup menarik dan suspens.

 

No comments: