Pencinta Novel

August 27, 2024

Pemilik Hati Paling Chill - Eina Afrina

 


ajuk : Pemilik Hati Paling Chill
Penulis : Eina Afrina
Penerbit: Alaf21
Tahun: April 2018
Bil ms: 186 paperback  
ISBN: 9789678608558

Sinopsis belakang buku:

Permintaan Mak Leha untuk menjodohkan Syamin dengan Nazril membuatkan Syamin dalam dilema. Hana, sahabat baiknya meminati Nazril dalam diam. Takkan dia mahu potong jalan Hana macam tu saja? Antara ibu dan sahabat, yang mana satu harus dia utamakan?

“Sya tolak sebab Sya sangka Hana pun sukakan abang. Sya tak sanggup nak lukakan hati Hana. Susah tau Sya nak buat keputusan. Tiga hari tiga malam Sya fikirkan sampai naik sewel.” - Syamin

Saat Syamin dibelenggu pelbagai tekanan, Nazril buat pengakuan berani mati yang dia cintakan Syamin. Saat Syamin sedar kesilapannya, dia harus menagih semula cinta yang sudah dilepaskan.

“Iyalah, anak manja tapi anak manja inilah yang jadi pilihan calon menantu ibu untuk anak gadis dia, kan?” - Nazril

Resensiku:

Kisah yang agak klise, antara Syamin (watak utama) dan mereka disekitar kehidupannya. Kisah masyarakat yang suka memandang rendah dengan orang yang tidak mampu, dan perlu diambil iktibar, supaya kita tak berperangi seperti itu.

Agak menarik jalan ceritanya, dimulakan dengan Syamin yang menyukai Nazril dalam diam kerana keperibadiannya, termasuk antara peribadi Nazril yang disukainya ialah dia melaungkan azan yang sangat sedap ditelinga Syamin. Namun begitu Syamin hanya memendam perasaannya kerana dia masih muda dan tidak berminat untuk berpasangan seperti perempuan lain. Dia hanya menjalankan tugasnya di bengkel yang sama dengan Nazril, sehinggalah ibunya jatuh sakit, dan abang serta kakaknya memaksa dia untuk berhenti kerja dan menjaga ibu sepenuh masa. 

Ada juga diselitkan adegan bagaiman dia diganggu oleh anak jirannya, (yang ni paling perlu ambil iktibar). Akak sangat puas hati bila endingnya ada pembalasan untuk orang yang berlagak dan disokong pula perangainya oleh mak nya) - memang patut dapat pembalasan.

Akhirnya, yes happy ending dan plot twist juga, yeay!


Ratingku: **** (4/5 bintang sebab satu bintang tu, saya tak suka baca elaboration apa yang dialog tu buat, membaca dialog tu sahaja boleh agak apa yang berlaku dan siapa yang bercakap)

No comments: