Pencinta Novel

August 11, 2025

Kerana Dendam - D. Dahlia

 


Penulis: D.Dahlia
Penerbit: Prolog
Tahun Terbitan: May 2025
Bil ms: 941ms paperback (cetakan 1)

Sinopsis belakang buku;
“So, get ready to live in ruins once I get back.” – Adam Hirdy.

Kerana marah dan dendam, Adam meninggalkan Azalea seusai akad nikah mereka.

Tiga tahun dia menghilangkan diri tanpa khabar berita.

“Belum sempat awak hancurkan saya, saya dah pun hancur, Adam. Saat awak pergi tinggalkan saya masa hari pertama saya jadi isteri awak, saat itu juga hidup saya terus hitam ... sehitamnya. Saya dah tak nampak lagi ada warna putih dalam hidup saya.” – Azalea.

Selama tiga tahun itu jugalah Azalea menunggu kepulangan Adam. Bukan untuk kembali ke pangkuannya, tetapi inginkan kebebasan selepas Adam menghancurkan hidupnya sepertimana yang diucapkan.

Dan … Adam kembali semula selepas tiga tahun bersama rancangannya untuk membalas dendam terhadap Azalea. Tetapi belum sempat rancangan dilaksanakan, petunjuk demi petunjuk datang kepadanya dan membawa dia kepada satu per satu rahsia yang secara tidak langsung melibatkan Azalea.

Apakah rahsia tersebut?

Apakah kaitannya dengan Azalea?

Serta, adakah Adam meneruskan rancangannya untuk membalas dendam terhadap Azalea atau dendam itu terkubur begitu sahaja?

Resensiku:

Novel paling tebal untuk tahun ini, 941ms. Tapi ku membacanya tanpa skip2 kerana terlalu detail dan ingin mengetahui kenapa, apa dan siapa. Penulis berjaya membawaku ke dalam penceritaaannya, permulaan cerita yang membuatkan kita tertanya2, sampai ke separuh baru sedikit2 mula terjawab, dan akhirnya berjaya mencapai ke mukasurat terakhir.

Perasaanku sangat geram ya dengan watak utama cerita ini iaitu Azalea, dia sangat2 degil, sangat2 tidak faham atau tidak pedulikan orang lain, dia hanya mementingkan diri sendiri dan membahayakan semua orang disekitarnya, ini semua disebabkan oleh PTSD dan anxiety setelah dia melalui episod paling mengerikan dalam hidupnya, belum cukup dia dibesarkan dalam penderaan dan penganiayaan bapa dan bapa tirinya, hingga membawa ke perkahwinan dengan Adam. (bermulalah episod sebenar kisah novel ini).

Rating saya: ***** 5/5 bintang (recommended dan pls be aware dengan PTSD syndrome)
\



No comments: