Pencinta Novel

June 18, 2008

Ketika Cinta Bertasbih Ep 1

Ketika Cinta Bertasbih
Nama Pengarang : Habiburrahman El Shirazy
ISBN : 978-983-2672-54-8
Harga Buku : RM 21.90

Sinopsis Buku

Entah kenapa tiba-tiba ia merasa berdosa. la merasa berdosa dan jijik pada dirinya sendiri yang begitu rapuh, mudah terperdaya oleh tampilan luar yang menipu. la jijik pada dirinya sendiri yang ia rasa terlalu cair pada lawan jenis yang belum halal baginya. la hairan sendiri kenapa jati dirinya seolah pudar saat berhadapan atau berdekatan dengan Eliana. Apakah telah sedemikian lemah imannya sehingga kecantikan jasadi telah sedemikian mudah menyihir dirinya. la beristighfar dalam hatinya. Berkali-kali ia meminta ampun pada Dzat yang menguasai hatinya.

Azzam meratapi kekhilafannya dan memarahi dirinya sendiri. Dalam hati ia bersumpah akan lebih menjaga diri, dan hal yang menistakan seperti itu tidak boleh terjadi lagi. la juga bersumpah untuk segera menemukan orang yang tidak kalah hebatnya dengan Eliana, tapi bertudung litup, solehah, boleh berbahasa Arab dan berbahasa Inggeris dengan fasih. Kalau terpaksa gadis itu orang Mesir tidak mengapa. Yang jelas rasa terhinanya harus ia sirnakan.

la harus menemukan kembali kehormatannya sebagai seorang Azzam yang memiliki harga diri. Meskipun masyarakat Indonesia di Mesir mengenalinya hanya sebagai tukang masak atau penjual tempe, tapi harga diri dan kesucian diri tidak boleh diremehkan oleh siapapun juga. la yakin akan memperolehi isteri yang lebih jelita dari Eliana, dan lebih baik darinya. la yakin itu tekadnya. la ulang-ulang tekad itu dalam hatinya. la rajut dengan doa. la bawa tekad itu ke dalam tidurnya. Ke dalam mimpinya. Dan ke dalam alam bawah sedarnya.

Ringkasan dari saya:
Kisah pelajar Indonesia yang menuntut di Universiti Al-Azhar, dia datang dari keluarga yang bukan kaya, tapi tidak miskin, namum dia pelajar cemerlang yang dihadiahkan biasiswa, pada tahun pertama Azzam mendapat pangkat cemerlang, tetapi apabila berita kematian ayahnya dalam kemalangan jalanraya, menyebabkan Azzam kecundang dalam pelajaran, bukan tidak sengaja, tetapi sengaja demi mencari rezeki buat adik2nya dengan menjual bakso dan tempe.

Malah dia telah berkenalan dengan ramai orang, termasuk putrinya Pak Dubes, Eliyana yang cantik dan menawan. Azzam hampir tergoda dengan Eliyana, namun cepat-cepat dia menyedari diri untuk mengawal dirinya. Cadangan Pak Ali untuk menyunting Anna di ajukan pada Ustaz Mujab, tetapi rakan baiknya Furqan terlebih dulu menyunting Anna walaupun Anna belum mendapat memberi jawapan.

Sementara itu dalam keadaan gundah gulana, Azzam meneruskan kehidupan meniaga sambil belajar, dan dia juga telah membantu 2 orang muslimah yang kesulitan ditengah jalan, tanpa diketahui bahawa seorang darinya adalah Anna. Malah Anna terpesona dengan budi baik Azzam, yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah. Nama penuhnya Abdullah Khairul Azzam.

Furqan pula ditimpa musibah fitnah, dimana dia telah bermewah-mewah di hotel, dan telah diperangkap oleh geng Mosad. Furqan tersedar dari tidur dalam keadaan betul-betul malu. Gambar blue dgn Miss Italiano tersebar diinternet, dan dia hampir kecewa dengan keadaan yang berlaku. Semasa melaporkan pada pihak berkuasa tempatan, dia telah diminta membuat ujian kesihatan, kerana dikhuatiri disuntik dengan HIV.

Dalam novel ini keputusan HIV nya didapati positif, dan Furqan hampir kecewa dan gelap dunia. Dia walaupun begitu telah dinasihatkan untuk meneruskan kehidupan dan merahsiakan keputusan dari pihak hospital. PAda masa yang sama lamaran nya diterima oleh Anna...

Keseluruhan cerita dalam novel ini berkisar dengan pelajar2 Indonesia di Mesir yang belajar di Universiti Al-Azhar. Mereka juga mempunyai cita-cita tinggi dan terselit juga kisah-kisah cinta dan kekecewaan terutama pada Fathil dan Tiara yang berkorban demi sahabat nya Ustaz Zulkifli yang lebih layak menikahi Tiara. Fathil betul-betul kecewa namun pasrah atas nasihat Azzam. Juga kisah hati dan perasaan Anna terhadap Abdullah, dan Hafez yang menyimpan minat pada Cut Mala.

Rating Saya:
**** : Empat dari lima bintang!, best tapi sedikit meleret-leret berbanding Episod 2.
Post a Comment